Tuesday, April 13, 2010

Tak ada rezeki......

Pagi ni terbangun tapi x tengok jam berapa..kena gigit nyamuk...pasang lampu...tpi x nampaklah nyamuknya..tunggu punya tunggu, tutup balik lampu..tidur balik, jam 5.30 pagi terjaga balik, hairan tengok langsir bilik tersingkap..nampak tingkap terbuka besar...tanya husband pagi tadi ( maksudnya semalam )ada buka tingkap ke?...Dia kata tak ada..ehh..kenapa tingkap terbuka? saya tanya balik...kemudian terpandang tingkap sebelah kiri, langsirnya terselak jugak...fikir tingkap tu terbuka sikit..pergi dekat-dekat...tengok tingkap terbuka besar jugak...eh ini lain macam ni....(dalam hati kata, kalau husband x buka, ada orang la bukak tingkap) Pattern tingkap lebih kurang camni lah bezanya, ditengah cuma dua panel, (dalam gambar ni tengah ada 3 panel) yang sipenyangak tu bukak di kiri dan kanan tingkap, tengah elok aje tertutup.


Solat subuh, anak bersiap pergi sekolah, husband hantar anak ke sekolah, dan saya ke dapur masak mee goreng, husband balik lepas tu dengar dia start motor semula, saya pi jenguk grill pintu dah siap dikunci,, ehh kemana pulak dia pergi?..bila balik dia bagitau jumpa ustaz bagitau kasut sekolah (sekolah agama)Thira yang hilang kat masjid selepas solat Dhuha semalam, ustaz tanya mana anak yang kasut hilang...husband jawap dia x nak pergi sekolah, kasut punya pasal....(semalam semasa saya ambil dari sekolah agama tu, memang ada sepasang kasut yang tinggal tapi bukan kasut anak sebab saiz kasut tu besar, jadi sianak (Thira) x nak lah kasut tu sebab bukan dia punya..balik masuk ke kereta dengan stokin  aje.


Husband pulak lepas balik dari sekolah agama siramlah pokok-pokok tanamannya, terdengar husband  kata.."tingkap bilik Fiqa pun terbukalah.....dia kopaklah.",saya pun pergi ke bilik tengah..tengok langsir ok.tapi tingkap terbuka luas, ampaian beroda siap tertolak ke tepi.....lepas tu husband tutup balik tingkap...tengok macam tak da apa yang hilang..laptop ada, wimax ada hp ada, lepas husband sarapan, dia pergi kerja, saya menggosok pakaian, kemudian mesin kain, Fiqa tolong sidai..saya bagitau tingkap bilik dia terbuka..(kebetulan dia x tidur bilik tu)..siap menggosok dah dekat kul 11.00 pagi saya pergi ke pasar, dan meneruskan rutin harian, hantar dan ambil anak di sekolah. 


Malam ni selepas berita di Awani, dah lebih dari pukul 8.00 malam, saya nak on laptop terpandanglah ke wayar usb untuk kamera...baru saya teringat kat kamera digital...ehh mana kamera...aduhhh sahlah sipenyangak tu malam tadi (malam semalam) dapat curi kamera, puaslah cari memang sahlah....kamera dah hilang...aduhhh...lupa nak simpan...letak kat meja kecil sebelah meja laptop, dan meja kecil tu tepi tingkap yang terbuka dalam bilik Fiqa...Kamera tu beli masa sale di depan Maju Junction..dapatlah beli dengan harga Rm 500 lebih, boleh zoom...hmmm nak buat camne tak ada rezekilah nampaknya tu!!!!!!!


Terdengar anak yang bongsu kata..kasut hilang, kamera hilang...

Sunday, April 11, 2010

Ubat Hati

Semua perkara bermula dari hati, dan hati pula berkait dengan fikiran dan perasaan...Bukan mudah untuk mengendalikan fikiran, hati dan perasaan ...seperti kata pepatah ..ikut hati .....mati, ikut rasa....binasa,  dan fikiran pula...selalu negatif.. Orang yang berjaya selalunya bila mereka berfikiran positif.
Agama Islam memberikan panduan yang cukup hebat, bagaimana mahu menjaga hati dan sekaligus mengawal fikiran dan perasaan. 

Ada 5 perkara:


Membaca Al Quran dengan tafsirannya sekali supaya lebih memahami.
Solat malam ni pulak kena berkorban masa tidur...paling awal pukul 3.00 ke 3.30 pagi... 
Berkumpullah dengan orang soleh,... contohnya:- berkumpul dalam majlis ilmu, solat berjemaah.
Perbanyakkan berpuasa, contoh:- puasa sunat Isnin dan Khamis.
Zikir malam perbanyakkanlah.... Contoh:- Subhanallah..
dan salah satunya,(dari yang di atas) siapa boleh menjalani / melakukan, moga-moga Allah S.W.T akan mencukupi / memberkati.

Kita kena bertanya pada hati...Hidup ini untuk bahagia atau untuk celaka?

Dari Abu Malik al-Asy’ari katanya:"Bersabda Rasulullah s.a.w:"
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi.
Sembahyang itu pelita.
Sedekah itu bakti.
Sabar itu cahaya dan
Al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu.
Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Dah ada Ustaz baru

Salam,...lama tak up date blog...busy lak pulak...seminggu x ada ustaz untuk kelas pengajian..pejabat kata hari Isnin 29/3/10 baru sampai... jadi kelas bermula pada 3/4/10...
Hari Sabtu , masuk kelas, Ustaz perkenalkan diri... Ustaz Hasbullah, asal orang Kedah...Ustaz pun test la..sorang-sorang anak murid baca...tambah pulak ketua kelas Kak Leha..bagitau Ustaz..."kita orang dah periksa sebelum Ustaz Ahmad berpindah"...(he..he..kan dah kantoi bab tajwid......saya kata pada rakan sekelas...diaorang semua gelak.. ) Mana taknya..lepas sorang-sorang habis baca, ustaz tanya tunjuk hukum tajwid pada bacaan...yang boleh jawab - jawab..tapi yang tak boleh jawab...lidah kelu noo....sampai ustaz kata..Tak bunyi apa pun....(slang utara)ha..ha..ha satu kelas gelak....

Bila x boleh jawab, ketua kelas kak Leha ..kata pada ustaz.."kami ni lambat pick up sikit Ustaz..pasal dah expired".... Kak Leha...kak Leha........tak kan anak - anak dara dalam kelas tu expired...? Kak Leha terlupa dalam kelas tu pun ada anak-anak dara. .. muda-muda lagi....Biar betul!!!!!! Sabor ajelah........

Friday, March 26, 2010

Jamuan Perpisahan

Nak update blog x sempat..banyak la tugasan lain...Hari Ahad 21/3/10 yang lepas, saya dan kawan-kawan di kelas pengajian Yayasan Al Quran, mengadakan jamuan perpisahan untuk meraikan Ustaz Ahmad yang dapat tawaran mengajar di Sekolah Men.Agama di Jerantut , kampung halaman Ustaz . Masing-masing bawa makanan, ada yang masak meehoon, mee lada hitam, chicken chop, puding, buah-buahan, kuih-muih termasuklah cute muffin...memang banyak makanan..jemput juga ustaz-ustaz yang lain, kebetulan ramai ustaz masih dalam kelas, jadi ada 2-3 ustaz aje yang dapat hadir...sakanlah kami menyakat ustaz Ahmad...pasal ustaz ni bujang lagi...he...he..he.... Semuga berbahagia dan bertemu jodoh  Ustaz....Kalau makan nasi minyak jangan lupa jemput kami. Siapa yang akan ganti Ustaz Ahmad  untuk kelas kami,  x tau lagi...tunggulah minggu depan Insya Allah.

Gambar-gambar semasa jamuan dan gambar beramai-ramai tanda kenangan.                                         

Taraaaa..ni dia Ustaz Ahmad yang diraikan.

Dari Kiri Belakang: Hafiza, Siti Balqis, Kam, Khadijah, Nur Ainon, Maznah, Noraini, Zaleha, Nur Balqis, Mariah, Faridah.
Depan: Sharizan, Athirah dan kakaknya, Ustaz Ahmad, Adik pada Siti Balqis.
Tiada dalam gambar: Intan, Suria, Ina (tidak hadir), Siti Hawa datang lambat dan saya sendiri (dah jadi camera woman..he..he) Ada yang tolong ambil gambar tapi blurrr....
Gambar ada yg blurr..pasal asyik tergelak je...kamera pun bergoyang-goyang,.ruangan pulak sempit , kalau zoom..ada yg x masuk dlm gambar jadi ni lah hasilnya...

Banyak betul makanan hari tu...lihat sajalah.......










Amboiiii...beriya akak Faridah bergambar dgn Ustaz..


Haa ni dia gambar anak-anak dara yang mengaji kat Yayasan ni...

Tudung pink..Siti Balqis dan tudung hitam Hafiza
 
Berbaju dan tudung pink Sharizan

Izan dan Nur Balqis (ada 2 nama Balqis)

Nur Balqis dan adik juga Athirah

Ini 3 beranak, adik Athirah bersama mama (Kam) dan kakak

 Kakak pada Athirah lupa lak nama, Kak Ainon dan Kak Khadijah

Hiasan Rumah Kakak

Rumah kakak ni hiasan dalamannya dah pernah masuk majalah juga surat khabar.

Tapi hiasan yang ini belum lagi ...setiap kali masuk ..hiasannya berbeza, tempat letaknya juga berubah.
Dah banyak kali upload gambar...slow..tu yang x de mood...  dan guruh berdentam-dentum..terpaksalah stop...malam kalau tak hujan sambung semula InsyaAllah.

Ruang Tamu

Set sofa dan jambangan bunga...


Susunan pelbagai kusyen




Koleksi piring kaca dan cawan ..ada diantaranya di hias sendiri tampalan bunganya...





Koleksi barangan kaca.....

Hiasan bunga kering menjadi pilihan....





Koleksi barangan antik di laluan pintu masuk


Koleksi barang-barang dari mengkuang...

Ruang Makan Tetamu



Ruang keluarga... Gaya Inggeris 



Koeksi botol-botol hiasan diruang keluarga......

Ruang makan keluarga


Koleksi pinggan mangkuk di ruang keluarga


Ruang makan keluarga dan ruang dapur kering











Guruh berdentam-dentum terpaksa lah stop upload gambar ni...
Hujan lebat dan angin kencang siang tadi..sebelah malam saya sambung semula upload gambar-gambar...

Ini gambar hiasan dinding menuju ke ruang dapur kering



Keratan akhbar dan majalah yang memaparkan hiasan rumah beliau dibingkaikan




Bilik tidur





Ruang dapur basah






Taman bunga di hadapan rumah







Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails