Sunday, February 19, 2012

Sotong Goreng Tepung Ranggup - Resepi yang susah di temui di mana-mana...


Pasal apa saya kata susah nak jumpa resepi ni..pasal resepi ni saya  dapat dari seorang peniaga..nama  kakak tu Sharifah..anak Syed......kakak ni dapat tender cafeteria kat ofis saya..kat ofis tu ada 3 cafetaria berlainan bangunan.....kakak tu dahlah cantik, putih melepak, tak kedekut dengan resepi niaganya.............memandangkan saya ini MESRA ALAM...dengan poyo dan tak malunya, saya bertanya resepi..pasal hari-hari saya beli sotong goreng tepung ni untuk kudapan saya di ofis masa tengahari (kadang malas makan nasi..hua..hua..hua masa kerja dululah), ......sekarang MINTA AMPUN...BADAN NAIK...  

SOTONG GORENG TEPUNG RANGGUP - Amy (resepi asal kak Sharifah anak Syed)..
tak tau nama penuhnya. Sungguh kurang sopan saya ni...

Bahan-bahan:-
500 gm sotong dipotong bulat (dicuci & toskan)
Bahan untuk di celup:-
Dibancuh dalam mangkuk tanpa air
5 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar serbuk lada putih
2 biji telur ayam
Bawang merah & bawang putih (kisar halus)
2 tangkai daun kari (lagi banyak ..lagi harum baunya).
Sedikit minyak bijan dan garam

Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:-
1.                  Gaulkan sotong bersama bahan-bahan
       yang telah dibancuh sehingga sebati.
2.                  Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga kuning.
3.                  Apabila sudah kuning, angkat dan toskan minyaknya.
4.                  Hidangkan bersama sos cili.

*       Kak Sharifah minta halal dunia akhirat...   
        untuk resepi ni...saya letak dalam blog kak,   
        supaya orang lain boleh guna resepi ni
        dan cuba...mudah-mudahan pahalanya
        dapat kat akak  Sharifah...Aminnnnn....





Sayur Bayam Tumis Air


Antara sayur sawi dan bayam, saya lebih gemar kepada sayur bayam, kerana rasanya lebih manis...Masak tumis air adalah masakan yang paling senang,  jika angin monsun M melanda....muahahaha (gelak jahat ni...)


Sayur Bayam Tumis Air – Amy
Bahan-bahannya:-
1 ikat sayur bayam – dicuci bersih
1 mangkuk kecil udang basah
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 / 2 inci halia - dikisar
1 biji lada merah- dihiris
1 / 2 biji bawang besar – dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara:-
      1.    Bayam dipotong akarnya, direndam
        terlebih dahulu,  supaya  pasirnya 
        tidak melekat.
2.   Potong ikut kesukaan dan asingkan daun dan batangnya.
3.   Udang basah dibersihkan, tinggalkan ekornya.
4.   Panaskan mintak dan tumis bahan kisar,
        bila telah naik baunya,masukkan terlebih
        dahulu batang bayam yang telah
        dipotong dan udang.
5.   Setelah itu masukkan air secukupnya,
    biar mendidih,
        baru masukkan daun bayam,
        hirisan cili dan juga
        bawang besar beserta garam dan 
        serbuk perasa secukupnya.
6.   Jangan biarkan terlalau lama,kacau 2-3 kali
         terus matikan api dan angkat.    
         (Supaya sayur tidak lembik).
     *     Sebuk perasa saya adalah secubit gula….

Bubur Jagung Keledek

Ini menu petang semalam, beli jagung segar kat Pasar Selayang ingat nak rebus...tapi dah lama tak makan bubur..kebetulan ada keledek...

BUBUR JAGUNG KELEDEK - Amy.
Bahan

3 tongkol jagung segar
1 biji ubi keledek  
3 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1 cawan air
1 cawan gula melaka /gula perang-merah
2 s/b gula [sekiranya kurang manis]
2 s/b sagu mata ikan [basuh dan toskan]
garam
daun pandan

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendidih, ubi keledek empuk dan sagu nampak

    jernih.
3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih

    sekali lagi.
4. Hidangkan.


*Udah jadi blog masakan gamaknya ya...dok menayang gambar masakan je...
masak jangan tak masak wehhh...kalau tak masak, siapa yang laporr ??? Mereka dan keluarga merekalah juga...muahahaha......


Jemput-jemput Udang


Petang hujan lebat, lapar lak pulak...apalagi goreng jemput-jemput sedap ni...kebetulan memang ada tauge dan kucai, udang pun ada lagi...

JEMPUT-JEMPUT UDANG -Amy
Bahan-bahannya :
3 cawan tepung gandum
1 mangkuk kecil udang basah dibuang kulit
2 biji bawang merah - dikisar
1 paket kecil udang kering - dikisar
1 mangkuk kecil sayur tauge
seikat daun kucai - dipotong
secubit baking powder
1 sudu kecil garam
air secukupnya - jangan cair
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
Udang basah dibuang kulit dan dicincang kecil.
Bawang merah dan udang kering dikisar bersama.
Campurkan semua bahan-bahan dan masukkan air sedikit-sedikit.
Gaul hingga rata, kacau adunan sehingga elok pekatnya.
Adunan boleh digoreng guna sudu atau dijemput guna tangan
Goreng hingga kekuningan di dalam deep fryer(kuali biasa pun boleh).
Bolehlah dimakan bersama sos cili atau kuah kacang ke….
* Guna deep fryer ni, gorengan lebih sekata dan garing.

Friday, February 17, 2012

Dalca Daging Ikut Selera Saya...


Lauk dalca ikut selera saya, bila sayuran dalam lauk tersebut tidak dimasak terlalu lama. Selalunya kuah dalca terutama di majlis kenduri, sayuran dalam lauk dalca lembik dan layu, sama hancur macam kentangnya juga...ini betul-betul potonglah...muahahaha!!! Ini resepi ikut selera saya:-

DALCA DAGING – Amy.
Bahan-bahannya:-
600 gm daging cincang (direbus n simpan air rebusan)
1 1 / 2 cawan kacang dal (dicuci dan ditos)
2 biji ubi kentang (dibelah 4)
2 biji terung
15 biji buah tomato kecil
10 tangkai kacang panjang
4 biji cili hijau
2 batang lobak merah
1 / 2 biji kelapa – diperah jadikan santan
4 sudu besar minyak masak
Sedikit asam jawa
Garam dan gula  secukup rasa. (gula ganti serbuk perasa)
 Bahan dikisar /giling:-
6 biji cili kering
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2inci halia
4 sudu besar rempah kari
Bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis n bunga lawang
Cara:-
1.     Lada kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk kari dikisar sekali@ digiling lumat.
2.    Kacang dal direbus sampai empuk/lembut.
3.    Semua jenis sayuran di potong-potong.
4.    Panaskan minyak , tumis rempah empat sekawan dan juga bahan dikisar.
5.    Bila naik bau, masukkan air rebusan daging.
6.    Santan diperah dengan sedikit asam jawa.
7.    Masukkan kedalam bahan masakan.
8.    Bila mendidih masukkan lobak, kentang,daging dan kacang dal.
9.    Bila empuk baru masukkan terung dan kacang panjang.
10. Biarkan mendidih, masukkan garam secukup rasa, akhir sekali masukkan tomato dan juga cili hijau.
Mabeles sungguh!!!!! ekekeke.......


Monday, February 13, 2012

Selamat Hari Lahir Adibah Nabila!


Semalam Hari Lahir Diba, memandangkan selang seminggu balik bercuti, sebab cuti am, bila semalam (Sabtu 11/2/2012) hari lahirnya kami sekeluarga pergi ke sekolah Teknik jemput Diba dan bawa tidur ke Port Dickson... saja-saja surprise!!!!untuk hari lahirnya...











Doa Ibu, Ayah dan adik-adik, jadi anak yang solehah, diberikan kesihatan, panjang umur, bahagia hidup dunia dan akhirat...Aminnnn......



Sunday, February 12, 2012

Asam Pedas Ala Singapura....Kesukaan Saya

Asam Pedas Kepala Ikan

Asam Pedas Kesukaan saya...dimasak bersama kunyit hidup dan lada hitam...baru kaw!!!

Ini resepinya:

ASAM PEDAS KEPALA IKAN - AMY

Bahan-bahannya:-
1/4 kilo kepala ikan nyok-nyok- belah dua (ikan apa-apa pun boleh)
30 biji cili kering- di kisar
1 cawan air asam jawa
4 tangkai daun kesum
8 biji kacang bendi
1 biji tomato belah 6
2 batang bunga kantan - belah 2
2 cawan air
Garam secukup rasa
Gula sedikit (pengganti serbuk perasa)

Bahan-bahan dikisar:-
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ini halia
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
1 sudu kecil lada hitam


Cara:-


1. Tumis bahan-bahan kisar tadi, bila naik baunya,
    masukkan cili kering yang dikisar, biar cili masak
    dengan betul, baru masukkan air asam jawa, biarkan 2 - 3 minit.
2. Masukkan air dua cawan , bila mendidih masukkan kepala ikan,
    daun kesum, bunga kantan, bendi juga garam serta sedikit gula.
3. Biarkan sahaja ikan masak dan kuahnya agak pekat,
    baru masukkan tomato yang telah dibelah 6.



Kebetulan waktu masak ni,stok bunga kantan tak de..jadi tak de ..lah dalam gambar..kebetulan teringat nak ambil gambar asam pedas ni, jadi saya masukkan dalam blog beserta dengan resepinya sekali.. 

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails