Saturday, March 10, 2012

Penjawat Awam Saja???? Yang Bukan Awam Bila ????



Awam sahaja, …kami yang bukan awam macam mana ?
Saya terbaca luahan hati ini semasa blogwalking.
Luahan hati yang perlu difahami oleh orang yang punya kedudukan dan jawatan, yang kebanyakan keperluan hidup mereka PERCUMA!.

"Apakah penjawat awam sahaja yang membina dan membangunkan negara ini ?
Bagaimana nasib kami yang bukan kakitangan atau penjawat awam ?
Adakah kerajaan hanya berterima kasih kepada penjawat awam sahaja ?

Kalu harga ikan sayur dll bagi penjawat awam mahal daripada harga ikan yang kami beli , kami taklah kisah sangat.
Tetapi kalau sama sahaja, bayar tol sama harga, naik Air Asia sama, harga nasi ayam sama jadi apakah pula nasib kami yang bukan penjawat awam ni ?

Kami tak ada tanah sawit dan tanam getah.
Kami hanyalah buruh yang menjadi kuli kepada majikan kami dan bertuankan kerajaan yang ada.
Kami hanya dibayar seadanya, dah berbakti dan curahkan khidmat tidak pernah jemu.

Pinggan plastik, mangkuk plastik, piring plastik, sudu plastik yang tuan puan guna adalah hasil jerih payah dan titik peluh kami.
Tapi kami tetap sabar, nasib dan ujian kami.
Setiap kali pilihanraya kami undi kerajaan tuan,
kerajaan yang menjanjikan kemakmuran,
kesejahtaeraan, kebaikan dan bermacam-macam lagi.

Apa sahaja maklumat yang pembangkang kata,kami tulikan, kami pekakkan.
Namun kami tetap mengharap.
Harapan kami sudah terlalu lama dah mencecah 12 kali pilihanraya.
Kami tetap sabar.
Selepas ini kalu kami ubah dan alih harap tuan jangan marah, tuan-tuan dah melampau dan terlampau."
Posted by zbh2663 Muhajirin

Thursday, March 8, 2012

Blog yang lawak gilerrrr.....jika stress,fenin,tension n sewaktu dengannya....


Blog ni memang cool, sempoi, klako giler, suwit sesangat…jika tengah frust, tension, stress atau apa sajalah  yang sewaktu dengannya…jenguk ajelah blog ni……
Sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan tekanan darah tinggi anda…wakakaka…..
Saya ingatkan tuan tanah ni balik kampong , manalah tau kampungnya kat KUTUB UTARA ke kan? Ataupun berhijrah ke Negara lain ke?, Pasal Malaysia ni kan sekarang mengalami masalah “BRAIN DRAIN”…yang pakar-pakar, yang terror, yang bijaksana semuanya berhijrah ke luar Negara…jadi saya ingatkan si GIANT POLAR ni ikut sekali ke manalah taukan? Pasal apa dia ikut sekali..pasal otak dia ni bergeliga…daya kreativitinya dalam kategori SUSAH MAU CARI!!!!
Saya duk tunggu punya tunggu, tuan punya blog update  ini Blog…. lama sangat ….dah tak update ….tapi sampai laa ni tak update jugak…..saya pun bw…jumpa blog yang lain tapi tuan tanah yang sama……Sekali baca inilah jawapannya…….

Your Profile, Your Story: Memang sangat lama aku tak update dan aku sudah tak ada hati nak update. Terutama sekali, aku tak ada masa banyak. Aku kena kerja, belajar, urusan persatuan, urusan peribadi dan banyak lagi. So, untuk aku sepenuh masa atau separuh masa untuk meneruskannya, buat masa ini tak perlu lah. Kiranya, aku bersara sahajalah. Posted by giantpolar.

Aduyaiii…bersara lah pulak dia update blog ni….huwaaaaa!!!!!!!
Tapi walaubagaimana pun…seperti yang dikata…anda semua yang tak pernah tau (walaupun sebenarnya terlalu ramai yang tau pasal blog ni) still boleh jenguk entri yang lama-lama…memang klakor gilerrrr...wa cakap lu!!!!

Untuk tuan punya blog Your Profile, Your Story…..nama sebenarnya HAFIZ SAADON….semuga Berjaya dalam apa saja yang anda impikan... Aminnnnnn…

Tuesday, March 6, 2012

Undang-undang dunia!!!! Hakim Syurga @ Hakim Neraka

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :
“Hakim ada tiga;

dua di antara mereka masuk neraka,
sedangkan satu diantara mereka masuk syurga.
Iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq,
lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq),
maka ia masuk syurga.
Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq,
tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya,
maka ia masuk neraka.
Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq
lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya
maka ia juga masuk neraka.”
( Hadis Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)
Kisah di bawah ini harus menjadi tauladan
 kepada penegak/pengamal undang-undang di Malaysia.

Seorang Hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil dan memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh” sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya. - sumber Kerengga.


*Kisah ini mengingatkan saya pada sebuah kejadian, seorang remaja dari utara, dihukum penjara 3 hari kerana tidak dapat mengikuti kursus PLKN, kerana mencari rezeki untuk menolong keluarganya yang miskin. Bila kisah ini menjadi "PANAS", Menteri Besarnya membayar denda bagi pihaknya dan remaja ini dapat keluar dari penjara.

*Persoalan yang bermain di minda adalah....jeng..jeng..jeng.....!!!
Ada tak anak-anak menteri dikerah mengikuti PLKN ini ?
Tak pernah pun dengar anak-anak menteri mengikuti PLKN...
sedangkan anak-anak VIP....yakni keluarga remaja yang mempunyai TITLE di depan, contohnya Dato' , Datuk......bila diarah mengikuti PLKN pun diasingkan Kem latihan mereka dari anak-anak orang biasa...itu baru anak-anak yang family mereka ada TITLE di depan.....KALAU anak-anak menteri ????


Sunday, March 4, 2012

Pelik bin hairan?????

 Pelik Tapi Inilah Hakikatnya!

# Pelik ya..duit RM 50 kelihatan begitu besar
 bila dibawa ke kotak derma masjid,
Tetapi begitu kecil bila
 kita bawa ke supermarket.

# Pelik ya..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir ,
Tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi.

# Pelik ya..betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu
saat menonton wayang di panggung.

# Pelik ya..tak sampai 30 minit
dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu,
Tetapi tidak pernah puas dengar lagu kesukaan kita
walaupun dah ulang 2,3 kali.

# Pelik ya..susahnya orang mengajak
menyebarkan dakwah,
Tetapi mudahnya orang menyertai
dan menyebarkan gosip.

# Pelik ya.. kita boleh mengirimkan ribuan jenaka
dan surat berantai di email mahupun di facebook,
Tetapi bila mengirim yang berkaitan ibadah,
berfikir dua tiga kali..
Renung-renungkanlah semua..

*kredit kepada http://iluvislam.com/

Jangan Bersedih!!!!!...

JANGAN BERSEDIH!!!!  

Jangan bersedih bila orang lain
tidak MEMAHAMI dirimu.
Tapi berdukalah kerana dikau
tidak MEMAHAMI orang lain

Jangan bersedih bila orang lain
tidak MEMPERCAYAI dirimu.
Tapi berdukalah kerana dikau
tidak PERCAYA pada dirimu sendiri

Jangan bersedih bila orang lain
tidak memberi KESEMPATAN kpdmu.
Tapi berdukalah kerana dikau
masih belum membuat PERSIAPAN

Jangan bersedih bila orang
tidak MENGHARGAImu.
Tapi berdukalah kerana dikau
tidak MENGHARGAI orang lain

Jangan bersedih bila orang lain
MENGHINAmu.
Tapi berdukalah kerana dikau
MENGHINA dirimu sendiri

Jangan bersedih jika orang
selalu MENGKRITIK dirimu.
Tapi berdukalah kerana dikau
tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

Jangan bersedih jika dirimu
selalu JATUH.
Tapi berdukalah kerana dikau
tidak mahu BANGKIT kembali

Jangan bersedih kerana perjalanan hidupmu
penuh PAHIT GETIR.
Tapi berdukalah kerana dikau
tak pernah sekalipun belajar dari PENGALAMAN






Murtabak Segera @ Murtabak Popia


Malam tadi terasa nak makan murtabak..
malas nak keluar,
kebetulan kat dalam peti ais
ada kulit popia..
dan lebihan inti karipap...
hmm apa lagi, laju ajelah
membuat murtabak segera ni...
tapi saya sertakan jugalah
resepi penuh,senang untuk rujukan
 kemudian hari...
MURTABAK SEGERA
Resipi:
Minami133 MyR
Servings: 6 orang
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
*1 batang karot - potong dadu
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
1 sudu kecil garam
kulit popia *size besar ye
2 biji telur
Cara-caranya:
1.  mula2 buat inti utk murtabak.
 bawang besar, bawang putih, kentang
dan karot di potong dadu.
 tumiskan bawang.
2.  apabila bawang sudah layu,
masukkan rempah kari
yang telah dibancuh dgn air.
 goreng sehingga pecah minyak.
 kemudian masukkan daging cincang.
3.  apabila daging masak,
masukkan kentang dan karot
yang dipotong dadu.
masukkan garam . jika terlalu kering,
tambahkan air.
masak sehingga kentang empuk.
akhir sekali masukkan daun sup.
4.  pukul telur di dalam mangkuk.
masukkan inti tersebut ke dalam telur.
 kacau sehingga sebati.
5.  ambil kulit popia
dan bungkus inti murtabak segiempat.
cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6.  goreng murtabak dgn api yg perlahan
dan sedikit minyak.

Rendang Pedas Perak

RENDANG PEDAS PERAK
– Buku resepi kakak tahun 80an
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (potong 18)
2 cawan santan
3 batang serai - diketuk
1 keping gula kabung (yang tebalnya 1/2 inci)
1/2 cawan kerisik
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Bahan Kisar:-
10 - 15 biji cili padi
3 sudu besar cili kering kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 / 2 inci lengkuas
1 / 2 inci halia
1 / 2 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
Cara:-
Campurkan ayam dengan bahan-bahan
 kisar di dalam kuali.
Gaul rata dan masak sebentar
 ayam dengan api perlahan.
Kemudian masukkan santan,
asam gelugor dan serai ketuk.
Masak dan gaul sekali sekala.
Biarkan mendidih dan santan agak surut.
Masukkan kerisek, garam dan gula kabung.
Masak lagi sambil dikacau sesekali
hingga kuah rendang pekat
dan bersalut dengan ayam.
Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan tutup api.
Kacau rata daun kunyit dengan ayam tadi.
Angkat dan hidangkan

 dan ini buku resepi lama tu...

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails