Sunday, April 1, 2012

Sale!! Sale!!Sale!!

Betul ke murah?...atau harga dinaikkan dari harga asal, lepas tu diturunkan 70% ke 80%... sesiapa yang suka window shopping mesti tau pasal harga…apatah lagi kalau barangan tu memang dah di “aim” nak beli…. Saya pernah terkena..nak sangat baju tu…dalam hati kata tunggulah “SALE”, bila kedai tu buat sale…hahaha..Tipah tertipu..tertulis situ turun 20 %, tapi sebenarnya bukan turun tapi naik dari harga yang saya lihat dulu…tapi masa tu tak adalah terfikir nak ambil gambar harga dengan baju tu der..supaya bila terkena seperti ni…boleh tunjuk kat tauke kedai yang dia menipu dan boleh buat lapuran kat Kementerian ….
Semalam saya dan keluarga menumpang sekaki jualan SALE ni…mana lagi kalau tak ke SOGO…kalau kat sini saya percaya lah sikit..pasal saya dah bandingkan harga dengan tempat lain..contohnya langsir..,memang berbaloi-baloi… (nak jadi tukang promote pulak leteww….muahahaha..)
Masuk jalan TAR..jammed….mak oii yaiii…parking SOGO penuh..parking la kat bangunan sebelah..apalagi CIMB lah…pergi pun sebab hubby nak beli slack…tapi anak-anak menumpang shopping beli cadar katil…tahun lepas beli satu je cadar single, si Thira nak sangat warna pink…kali ni beli lagi…harga tak sama..pasal kualiti tak sama…bukan pasal harga naik tau!  (macam dapat komisyen dari SOGO jer niiiii….miahahaha..)
Kalau tengok orang bershopping ni…memang Melayu sesaja….ramai seramai-ramainya….hubby saya cerita…ada sekali tu Chinese man cakap kat hubby saya macam ni …….  “kalau tengok orang Melayu shopping, macam duit orang Melayu tak habis-habis…” Wow!!!!orang Melayu duit tak habis-habis???
Wah!!! Duit dapat dari NFC ka? atau tak payah bayar hutang MAS ka??? Atau dapat untung atas angin ka???? Ceciter..ceciter????


Pujian kepada Allah sebelum berdoa



Pujian kepada Allah sebelum berdoa
Dari Fadhalah bin  Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci, selanjutnya membaca salawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR Termidzi)

Jadilah orang yang pemurah.....


Sabda Rasulullah SAW

"Orang yang bermurah hati dekat pada Allah, dekat pada manusia dan dekat kepada syurga. Sedangkan orang kikir, jauh dari Allah, jauh dari manusia dan jauh dari syurga dan dekat dengan neraka. Orang yang jahil bersifat pemurah lebih disukai ALLAH daripada ahli ibadat yang kikir"
Hadith Riwayat Termizi


Monday, March 26, 2012

Tiga perkara yang perlu disegerakan...



Tiga perkara yang perlu disegerakan...

Sabda Rasulullah saw, ·"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah
di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya,
yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara
apabila telah ada orang sekufu dengannya”. ·

Dalam hadis ini Nabi saw menyatakan ada tiga perkara jangan di lengahkan.∙

Yang pertama∙

apabila telah masuk solat, maka bersegeralah menunaikannya.

Yang kedua:

Nabi saw menyuruh
kita agar segera mengkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah
selesai dimandi, dikafan dan di sembahyangkan.

Yang ketiga:

Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk memelihara dirinya dari maksiat dan fitnah.

Sunday, March 25, 2012

Wasiat Saidina Ali R.A.



Wasiat Saidina Ali R.A.


1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah
"PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Wednesday, March 21, 2012

Ayam Masak Madu


Ayam Masak Madu – Amy - Resepi asal - Cikgu ERT Norasikin Basri
Bahan-bahan Ayam Madu
6 ketul ayam
10 tangkai lada kering
1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 cmb gula
2 cmb madu
1 cmt garam
1/2 cwn minyak masak
1 cmb cuka
Cara membuat ayam madu
1. Goreng ayam mengikut cara anda sendiri. 
    Mamak biasanya goreng menggunakan tepung yang tebal.
2. Kisar lada kering, bawang besar, 
    bawang putih, halia sehingga hancur.
3. Panaskan minyak dan tumiskkan kullit kayu manis,
    bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Setelah harum, tumiskan bahan kisar.
    Kacau sehingga lada betul-betul garing.
5. Masukkan gula, madu, cuka dan garam.
    Jika terlalu kering, masukkan 1/4 cawan air dahulu
    sebelum dimasukkan gula dan madu.
6. Akhir sekali, masukkan ayam goreng 
   dan digaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Tip masakan komersial dari Cikgu ERT Norasikin Basri
1. Saya sangat suka menggunakan ayam
    yang digoreng tepung yang tebal
    kerana tepung ini akan kembang
    apabila digaulkan dengan kuah ayam madu.
    Rasa kuah ayam madu akan meresap dalam tepung.
2. Anda boleh menggoreng ayam dengan 
    mana-mana tepung ayam goreng segera
    yang terdapat dipasaran. 
    Campurkan dengan sedikit rempah kari
    supaya sesuai dengan ciri-ciri masakan India.
3. Harga madu memang mahal, 
    jadi untuk menjimatkan kos,
    menggunakan 2 cmb madu sudah mencukupi
    dan ditambah dengan gula. 
    Dapatkan madu yang mempunyai warna gelap
    dengan rasa yang kuat. 
    Kalau dapat, guna madu yang telah
    disimpan beberapa tahun.
    Guna sikit pun dah terasa.
4. Boleh gunakan serai tetapi 
    jangan sekali-kali dikisar. 
    Tumis bersama rempah penumis.
    Begitu juga dengan daun kari.
5. Gula akan membuatkan ayam madu
    lebih berkilat tetapi gula mudah hangus
    dan berketul bila bercampur dengan minyak panas.  
    Jadi jangan masukkan gula jika kuahnya kering. 
    Masukkan air terlebih dahulu. 
    Lebihkan air jika ingin ayam madu yang lebih berkuah.
    Perasakan semua dengan seimbang.
6. Hias la sikit ayam madu tu.
    Taburkan daun saderi 
    atau bawang goreng pun ok.



Ikan Siakap Masam Manis


 IKAN SIAKAP MASAM MANIS
 Bahan-bahan:-
 1 ekor ikan siakap/kerapu
 Garam, kunyit dan tepung jagung
 Ramuan sos Bahan Kisar:-
 5 biji bawang merah
 5 biji bawang putih
 3 cm halia
 Bahan lain:-
 3  sudu besar cili kisar/cili kering
 3 sudu besar sos cili
 3 sudu besar sos tomato
 3 cawan air 
 1 sudu besar gula 
 Garam secukup rasa
 Perahan limau kasturi 

 Bahan hiasan:-

 1 mangkuk campuran nanas (dlm tin tos airnya)
 Sedikit daun bawang/daun sup
 1 biji tomato potong baji
 1 biji karot - dihiris
 Cara:-

1.       Bersihkan ikan, lumur garam dan kunyit,
      salut dengan tepung jagung.

2.      Goreng ikan hingga garing dan
      letak dalam piring hidangan.

3.      Untuk sos:- Tumis bahan kisar hingga naik bau.

4.      Masukkan cili kisar dan kacau hingga
      pecah minyak (biar garing).

5.     Masukkan sos cili dan sos tomato, gula,
     juga garam dan jus limau kasturi dan air.

6.     Biar mendidih baru dimasukkan potongan nanas, 
     tomato hiris , karot, kacau sekejap
     dan angkat agar sayur tidak layu.

      7.  Tuang kuah diatas ikan dan taburkan
           daun bawang/sup, sedia dihidang.

           *  Saya tak bubuh cili capsicum, timun,
             sebab yang ada ni pun dah macam-macam
             sayur, yang nak makan sayurannya mak
             dengan ayahnya...anak-anak segala
             sayuran di tolaknya ketepi,
             jadi bubuh sayuran yang ada ni
             pun cukup untuk memenuhi syarat je.... 




Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails