Wednesday, August 21, 2013

PTPTN – CCRIS…dan Ayat cliché !!!! ….


“Bersyukurlah” Apa lagi yang kerajaan tak bagi?
Cliché sungguh!!!! Siap iklan lagi "PTPTN kan ado!!!"
Bukankah besyukur itu kepada tuan empunya langit
dan bumi, yang meminjamkan nyawa dan nafas, 
yang memberi langit dan bumi untuk berlindung 
dan bernaung…Tapi nak buek cam no…kalau pemikiran
“nan hado”…. tak dapek nak nolong!!!!.

Yang terkini peminjam PTPTN akan disenaraikan 
di dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat 
(CCRIS)...kalau ada yang tertunggak atau tak berbayar
jangan haraplah dapat keluar dari Malaysia…

Tapi kalau ambil duit beli LEMBU,KONDO,RESTORAN
MEWAH, bagi menantu SAHAM walaupun bukan Ahli 
Lembaga Pengarah, AP kereta bagi kat sedara mara,
MAS rugi, PERWAJA STEEL rugi, ambil duit Baitulmal, 
duit Tabung Haji, ambil duit ZAKAT buat bayar duit 
Peguam dan segala macam lagi, lepas macam tu aje….
siap main golf kat luar negara lagi….

Kalau korup(Rasuah) macamana pendidikan nak diberi 
percuma.. cuba tanya siapa yang dapat projek ........
dari projek buku teks hingga ke projek besar-besar 
termasuklah pemberian laptop ke sekolah - sekolah, 
projek sekolah terbengkalai, makmal Komputer 
terbengkalai. JKR panggil PROJEK SAKIT.
Projek yang terbengkalai ni, cuba tengok nama 
kontraktor atau syarikat mana yang dapat tender tu…
yang heran bin ajaib bin musykil..nama syarikat tu tak 
pernah di “BLACK LIST” pun, dapat tender berbillion 
ringgit lagi adalah!!!


Jumlah Pinjaman:- RM52,000....
Kos Pentadbiran:-  RM19,882.84. 
Jumlah perlu dibayar balik RM71.882.84.
Kos Pentadbiran = riba@bunga@interest...

Saya keje Bahagian Biasiswa dan pinjaman JPA dulu,
Tak pernah pulak JPA minta student bayar Kos
Pentadbiran….tapi tak taulah kalau sekarang ada…???
Student siap tulis surat minta bayar RM 10.00 sebulan
sebab tak keje lagi…(maknanya tak ada keje tetap lagi).

Zaman tu EPU boleh keluar waran bagi Biasiswa 
untuk pelajar luar negara datang belajar kat Malaysia
..dari tiket kapal terbang, sampai ke duit makan pakai, 
duit buku, duit lojing, tanggung bil hospital, sampai kan 
pergi seminar ke luar negara pun ditanggung...
sungguh hebatkan Malaysia!!!! Seperti kata pepatah
"Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".
"Malaysia Boleh" sungguhlah sangatkan!!!!!.....

Morrocco yg kurang hasil bumi pun boleh sediakan
pendidikan percuma.. Malaysia yang penuh dengan
hasil bumi dari minyak ke sumber hutan pulak tak
boleh ???.. Yenna dey!!!!!....




Tuesday, August 20, 2013

Simbol 4 Jari

Simbol itu diciptakan oleh Erdogan Perdana Menteri
Turki yang paling lantang mengecam pembunuhan
pemerintah Mesir terhadap rakyatnya. Erdogan
mengecam keras pembunuhan beramai-ramai pada
Jumaat dan Sabtu lalu di Ramses Square dan
pengepungan Masjid Fatih oleh junta Tentera Mesir.

Bermuula Sabtu lalu, simbol 4 jari ramai digunakan
oleh pengguna media sosial (twitter, fb) yang menjadi
simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan
untuk penyokong Mursi.

Erdogan yang mencetus simbol 4 jari tersebut
menyebutnya sebagai simbol mengenangkan medan
jihad Rabiatul Adawiyah(Rabi'ah)yang telah dihancurkan
oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari memberi
maksud Rabi'ah. Rabi'ah / arba'ah bermakna empat.
Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol
mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa
maksud keteguhan, kekuatan dan solidarti.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Friday, August 16, 2013

Biskut Buah Kana


Biskut yang saya teringin sangat nak makan, 
dulu-dulu makan zaman budak-budak, lepas tu tak 
jumpa dah biskut ni dekat mana-mana. Akhirnya 
buat sendiri.

BISKUT BUAH KANA- Amy-Resepi asal- Dayangjack
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawang tepung jagung
1/2 cawan marjerin / mentega
1/2 sk serbuk penaik / baking powder
1 biji telur
1 sk esen vanilla - optional
1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) –
jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit 
sukatannya.
jem secukupnya
Cara-cara :
1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard 
   dan serbuk penaik diayak bersama.
2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. 
   Masukkan vanila, kacau rata.
3. Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. 
   Simpan di dalam bekas kedap udara sementara
   membentuknya.
4. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan 
   ke dalam acuan buah kana. Ketukkan acuan dan 
   susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang 
   sudah dilengserkan dgn mentega/marjerin.
5. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau 
   hingga masak.
6. Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup 
   kemas.
7. Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia
   cepat kering dan melekat dgn sempurna.

Apasal Malaysia Raya Satu Bulan????......

As salam....
Nak kata saya busy beraya…idaklah…Hari Selasa dah 
hantar kak Diba balik Poly, si Iqa Ahad 18 ni…Insya Allah
Busy pasal sedara-mara datang ke rumah, kawan-
kawan Si Iqa, Ira datang beraya…

Saya pergi beraya pada Raya pertama, aduhh..jalan 
sesak gilerrrr…nak pergi rumah Kak Long di Sungai Besar
Kakak kahwin dengan orang sana, lepas suaminya 
pencen Puncak Niaga balik kampung duduk sana…
Ikut highway LATAR…sampai ke simpang nak tuju Kuala 
Selangor, kereta dah tak bergerak…kami celah ikut jalan 
Ijok..sama aje sesak, tapi bergeraklah sikit…singgah solat
Zohor pun dah kul 3.00 petang kat masjid.

Sampai rumah kakak dah nak pukul 5.00 ptg. Ingat nak 
pegi Tg. Malim rumah mak usu, tapi tak jadi…dah penat 
sangat….Yang kesian…anak saudara Ammar..(anak abang
yang duk kat Bukit Antarabangsa)rupanya datang rumah
dengan abang sekali..Salah komunikasi rupanya..sebab 
diaorang gi Kelang..ingat join kakak punya group…
rupanya selisih…

Lepas solat Asar…kami gerak pergi rumah abang kat 
Sekinchan…yang ni abang kahwin dengan orang Sg.
Panjang,lepas Maghrib..baru kami balik ikut jalan Kelang…
pergi rumah kakak kat Kelang…Bukit Kerayong..Lepas 
solat Isyak rehat sekejap…tunggu abang dan keluarga
(duduk Rawang) nak balik bersama. Tunggu pasal dia
orang nak makan nasi dulu…kami balik Batu Caves
dan abang pulak balik Ampang Jaya…rumah mak mertua.

Jangan tak tau masa hari raya nilah nak jumpa adik 
beradik. Kalau hari biasa tu masing-masing sibuk dengan 
urusan sendiri dan keluarga. Tanya khabar ikut telefon 
atau sms ajelah….

Rumah ipar duai pulak pegi Raya kedua, tapi adik beradik En.Hubby ni semua duk K.L, jauh sikit kat Sg. Buaya dan 
seorang lagi kat Melaka tapi yang Melaka petang raya 
mesti turun K.L. Jadi bila semua berkumpul pakat 
datang ke rumah kami..(hari Ahad lepas) baru gerak ke 
Sg. Buaya.

Dalam sibuk-sibuk beraya…abang saya kat Rawang
bercerita, pekerja Bangla kat tempat dia kerja tanya
kenapa Malaysia Raya sampai satu bulan…tempat
lain satu hari saje???????Adehhh!! Malaysia kan ada
slogan Malaysia Boleh!.


Gambar Pagi Raya...



Gambar-gambar diambil selepas Solat Hari Raya...
pencahayaan gambar tidak sama...ada ambil guna
kamera, guna hp..guna tab...banyak gambar yang 
diambil, tapi saya masukkan 3 keping gambar saja
dalam blog...malas sebenarnya...hehehe....


Wednesday, August 7, 2013

Salam Eidul Fitri

SEPI bukan bererti HILANG
DIAM bukan bererti LUPA
JAUH bukan bererti PUTUS
Kerana diantara KITA
Ada SATU IKATAN
yang tidak mudah dilupakan
Iaitu….
“PERSAHABATAN”
Salam Eidul Fitri

Maaf Zahir Batin
kepada semua pembaca blog ini
teman-teman blogger, 
teman-teman baik hati,
saudara mara dimana sahaja berada.
Semuga di rahmati Allah SWT.


Ramadhan Berlalu Pergi !!!!!!................


Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan....
Lalu ku sapa ia, "Hendak kemana?"
Dengan lembut ia berkata,
"Aku harus pergi, mungkin lama...
Tolong sampaikan pesanku
untuk orang bernama "MUKMIN".
Syawal akan tiba sebentar lagi....
Ajaklah SABAR untuk menemani
hari-hari dukanya,
Peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan
dalam perjalanan taqwa.


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails