Thursday, September 19, 2013

Bercuti ke Pulau Mutiara..Penang!!! Bhg.3

Pagi hari ni sepatutnya kami jalan-jalan di Queensbay
Mall Bayan Lepas, tetapi bebudak ni sibuk menengok 
TITANIC….“You Jump I Jump!!!” kebetulan siaran tv 
hotel keluarkan cerita tu...menonton untuk kali yang 
ke berapa pun dah tak tau...sudahnya kami keluar lepas   makan tengahari…





Queensbay Mall ni, rekabentuk sama macam Jaya Jusco, 
ialah tauke yang sama AEON, tempat letak kereta sama 
macam Sunway Piramid, ada lampu merah, hijau...butik 
sama macam Pavilion...





Tapi yang paling best sebab tepi laut...
lepas keluar dari shopping, boleh lepak-lepak, borak -
borak sambil makan jagung bakar, jagung rebus, asam 
laksa, rojak buah atau minum, sambil tengok laut,
tengok kapalterbang lalu, bot lalu atau tengok budak -
budak main layang-layang... chill and relax...sempoi 
wehh....







Malam kami jalan-jalan di Gurney Drive...lepas tu ke
Padang Kota....




Bila dah malam ambil gambar blurr lah pulak...

Wednesday, September 18, 2013

Bercuti Ke Pulau Mutiara...Penang!!! Bhg.2


Balik dari Bukit Bendera, kami balik ke bilik hotel solat 
zohor…lepas solat, baru kami ke Teluk Bahang…dah 13 
tahun tak jumpa En. Yahya…kawan sepejabat sejak dari
Menara Promet lagi hingga ke Damansara. Balik kampung
di Penang tahun 2000, buat rumah sebelah rumah 
orang tuanya, tapi ibu Yahya kami tak dapat jumpa 
pasal ikut rombongan pegi Kolumpo...
Kami dijamu makan tengahari…pandai Asma masak..
isteri Yahya ni berasal dari Afrika Tengah – Zambia, 
datang Malaysia waktu umur 13 tahun, ikut ibu, kakak
- kakak (4 beradik semua perempuan) dan ayah tirinya rakyat Malaysia. Lauk yang dimasak semuanya lauk 
kegemaran. Ada sambal belacan, ulam jantung pisang, 
kacang botor, daun selom, ikan cencaru sumbat belah 
belakang, goreng ikan talang masin, sayur tumis.. dan 
lauk utara Kari Ikan. Makan bertambah-tambah….
Alhamdulillah!!!!


Lepas solat Asar, kami dibawa ronda-ronda di Teluk 
Bahang…ada Taman Negara, Jeti Nelayan..









Lepas tu kami ke Empangan dan pantai Teluk Bahang..






Kami balik bilik sebab dah senja...malam kami meronda-
ronda di pasar malam Batu Feringghi..




Anak-anak beli sedikit barang-barang yang mereka 
suka, penat jalan-jalan, kami balik.
Bersambung lagi...Insya Allah..

Bercuti ke Pulau Mutiara...Penang!!Penang!!Penang!!!



As salam…baru ni nak update blog…
Cerita pasal cuti. Cuti sebab penat ulang alik, utara 
selatan, Perak-KL. Kali ni kami pergi ke Pulau Mutiara…
Sebenarnya kami keletihan nak patah balik KL..
Mana taknya, hari Ahad ambil si Iqa kat Kuala
Kangsar, turun dari XPDC Gunung Bubu, sakit
kaki, sakit pinggang..dia kata naik Gunung Kinabalu
pun tak teruk macam tu..
Bawa dia balik KL, doktor bagi MC 2 hari, hari
Selasa hantar balik ke Kuala Kangsar, dan Hari
Jumaat minggu yang sama nak kena ambil dia
balik sebab balik Cuti Wajib…adehhh..capek dong..!!!!

Kebetulan bila telefon Kak Diba..hari Khamis dan
Jumaat tak ada kuliah sebab Pensyarah cuti.
Jadi kami ambil keputusan tak payah balik KL,
rehat aje kat utara…sebab hari Isnin cuti hari
Malaysia nak kena hantar balik ke kolej masing-
masing.

Sampai kat Penang, betul-betul depan hotel Si Ira 
muntah..dah demam pulak dia… jadi masuk bilik..dan 
kami tak keluar kemana-mana hari pertama tu…sebab 
si Ira asyik muntah aje..

Pagi hari kedua…masih demam lagi..tapi takkan datang 
Penang tak jalan-jalan..kali terakhir saya datang 5 ke
6 tahun lepas, dan Si Iqa ada pergi sebab ikut mak kawan
baik dia Dani bekas Pensyarah USM, tapi yang dua orang
lagi memang tak pernah sampai Penang. Dia orang nak
naik Bukit Bendera…


 Sibudak demam...
 

Sampai kat stesyen..punyalah ramai orang..beratur beli 
tiket..kena tunjuk MyCard, sementara menunggu…bas 
rombongan makin lama makin banyak…Tunggu keretapi 
sampai, sekejap aje…si Ira kata, “Demam tak demam ….
orang nak jalan jugak..”

Ohh…rupanya hari tu ada Perayaan tanglung. Sebelah 
petang ke malam di Bukit Bendera..Tapi kami naik 
waktu pagi..melepaslah acara tu…




Bila sampai kami ronda - ronda di atas bukit tu. Lima
ke enam tahun lepas saya pergi, gerai nya hanya gerai 
biasa, tapi sekarang dah cantik… dua tingkat, ada
tempat bergambar dengan burung hantu, ada muzium
kecil, ada kereta buggy untuk pusing-pusing sekitar Bukit
Bendera, tapi tak jauh...sekali sewa Rm 30/-...













Peti surat yang berusia lebih dari 100 tahun..

Ingat lepas naik buggy kami nak ronda-ronda lagi tapi
tersekat sekejap sebab hujan turun...Lepas hujan reda 
kami turun dari Bukit Bendera, sebab kawan lama
En.Hubby yang duduk Telok Bahang telefon ajak datang
kerumah... 

 


Bersambung lagi......

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails