Saturday, October 26, 2013

GST..Harga Gula...Kau Nampak Tak Permainan Aku ????


Perangkaan Pendapatan Isi Rumah 2012
oleh Jabatan Statistik

Cukai naik, harga barang naik..
gaji tak naik-naik..!!!!

Yang miskin..papa kedana..
pun jadi mangsa GST.....


Kaki auta @ kencing lebih…

Kenyataan dari orang 
yang jual agama demi duit…
  
BR1M hanya dapat setahun sekali, 
GST paksa rakyat bayar tiap-tiap hari..
dan bukan semua rakyat dapat BR1M tu..!!
6 x naik harga gula, baru pegang 3 tahun...
berbanding dengan yang pegang gula 41 tahun..
Haa!!!Kau Nampak Tak Permainan Aku ???

Friday, October 25, 2013

Siapa Kita Untuk Meragui Undang - Undang Allah ..????

Yang bukan Islam ternanti-nanti...

Pemimpin dan bekas pemimpin
menghina habis-habisan...!!!!

Akhirnya..Brunei yang melaksanakan..

Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam,
Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang
Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang
mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah
dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan
menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke
Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.

Beliau menekankan bahawa jika tujuan para
pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk
mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa
selamat kerana akan mendapat perlindungan yang
sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah
sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa
mereka Insya Allah terjamin selamat.

Jaminan keselamatan di atas bukan retorik,
tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana
berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada
zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah
syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah
curi, rompak dan bunuh.

Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan
oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada
pencuri dan perompak.

“Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah?
Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah
haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun
membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta
jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan
Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk
mengawal kebanjiran berkenaan.

“Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan,
tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat,
tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil
menambah kata bahawa Undang-Undang Allah
bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan
penuh dengan hikmah.

Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang
Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah
salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah
lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah
keliru seperti kita keliru, serunya.

“Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui.
Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah?
Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita,
sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” 
nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan.

Yang membuat kita Kuat adalah Doa.
Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah.
Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras.
Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa.
Yang membuat kita Semangat adalah Harapan 
dan Impian.
Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah 
mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan 
memperbanyak Sujud dan mengingati Allah 
Azza Wa Jalla.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali 
dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan 
kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan 
kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat 
yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan 
dan keamanan.

Bila Hukum Allah TIDAK Kita Tunaikan.

“Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak 
mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah 
Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para 
hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan 
dan kesejahteraan,”
"Undang-Undang Jenayah Syar'iah Menjamin Keadilan 
dan Kesejahteraan Untuk Semua",  syariah yang datang 
daripada Allah memang wajar malah wajib diyakini 
sebagai mampu menjamin keadilan dan kesejahteraan 
bagi semua.- Sultan Brunei.
Pemimpin Negara yang takut kepada Allah

Negara Brunei sudah menggazetkan Akta Perintah 
Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi 
pelaksanaan hukum hudud ..dan tanggungjawab itu 
ditunaikan oleh Sultan Brunei sendiri…apatah lagi 
sebagai Ketua Agama Negara…tapi Negara Malaysia 
macamana????

Berita jenayah seperti pembunuhan, rogol makin 
berleluasa semenjak dua menjak ni. Kena tembak, kena 
tikam, rogol seolah-olah seperti kita menonton siri tv..
padahal semua itu kejadian sebenar-benarnya. Itu pun 
masih ada yang berkata "Malaysia Aman"...kriteria aman 
pada mereka ini agaknya, bila tidak kena pada diri 
sendiri, keluarga dan saudara mara mereka ...????   

Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,“……
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak 
melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam 
Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, 
maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan 
di kalangan mereka sendiri “. 
Hadith Riwayat Ibnu Majah

Wednesday, October 23, 2013

Kuih Cara Berlauk Paling Sedap!!!!!


Saya pernah makan kuih cara berlauk ..masa di Kuantan,
sedap sangat..masa tu SUK Negeri Pahang meraikan kami
dari JPA.Lepas tu saya makan kuih cara berlauk dari gerai
atau dari acara tertentu, tak ada yang sesedap kuih cara
kat Kuantan tu...tapi resepi ni saya setuju dengan Che Ani
atau Rossa blogger rossamyzani.blogspot.com Dari Duniaku..resepi 
kuih cara berlauk ni lembut dan mabeles, sedap sangatttt..sampaikan 
anak saya si Ira..suruh buat lagi..Tq Che Ani @ Rossa sebab kongsi
resepi yang mabeles ni.

Kuih Cara Berlauk PALING SEDAP - Amy
Resepi asal  : Mak Mertua SHikin -
Sumber : CA Dari Duniaku

Bahan bahan :
a) Adunan Tepung

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning

Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati @ blend je.

b) Lauk dan  eksesori:

200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah
   dan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah
   rendang..
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
   /ayam kisar, bawang besar, masukkan air
   secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Aksesori : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

Proses masak cara berlauk:

1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
   minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
   kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
   daun sup dan cili.
3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
   1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
   bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
   sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
   boleh la  angkat.
4.  Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...


Tuesday, October 22, 2013

Petai Tumis Pedas Bersantan

Makan dengan nasi putih...sedapnyerrrrrrrrrrr!!!!

Petai Tumis Pedas Bersantan - Amy
Bahan kisar:
3 biji cili merah
10 biji cili padi
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan

Bahan lain:
1 biji bawang besar - dihiris
3 keping papan petai – dihiris bersama kulit.
1/2 cawan ikan bilis
1/2 cawan santan
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.     Panaskan sedikit minyak.
2.     Gorengkan petai, sekejap kemudian toskan.
3.     Goreng ikan bilis – toskan.
4.     Tumis bahan kisar hingga garing.
5.     Masukkan santan – biar pecah minyak.
6.     Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7.     Masukkan petai, ikan bilis dan gaul rata.
8.     Biar kering sedikit, baru angkat.

Monday, October 21, 2013

Crunchy Cornflakes Raisin - Hasil Tangan Iqa Najiha

Satu lagi kudapan yang tau-tau aje dah habis...

Crunchy Cornflakes Raisin – Iqa Najiha
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
100 gm majerin
70 gm gula kastor
1 biji telur
30 gm susu tepung
50 gm kismis
50 gm cornflakes
1 / 2 sudu teh serbuk penaik
1 / 2 sudu teh esen vanilla
Cara:
1.  Ayak tepung gandum, tepung susu dan serbuk 
   penaik.
2.  Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut.
3.  Putarkan majerin dan gula kastor sehingga sebati.
4.  Masukkan telur dan esen vanilla dan putarkan lagi.
5.  Masukkan tepung campuran tadi sedikit demi 
   sedikit. Gaul sehingga menjadi doh. 
6. Seterusnya masukkan kismis, emping jagung dan 
   gaul sebati.
7.  Griskan dulang pembakar,kemudian sudukan doh, 
   letak atas dulang pembakar.
8.  Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 C selama 15
   –20 minit.
9.  Simpan dalam bekas kedap udara.


Saturday, October 19, 2013

Gaya SKEMA.......

Saya memanggil gambar dengan gaya begini adalah 
SKEMA..ha..ha..ha...Jangan marah aaa...
Gambar kak Diba dan teman- teman kolej…
Gaya SKEMA lagi...Iqa Najiha dan teman-teman kolej...

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails