Wednesday, November 13, 2013

Ni Haa Kalendar 2014!!!!



Assalamualaikum..
Tercari-cari kalendar 2014...haa ini dia!!
Jadi nak kongsilah dengan ngkorang semua Kalendar 
2014. Bagi yang ada anak-anak tengah belajar macam 
tuan rumah ni, kalendar memang penting…ada banyak 
nak diuruskan. Kalau En.Hubby pulak bolehlah set 
semula cutinya yang dah nak habis (tinggal satu hari tu
 – ulang alik ambil dan hantar anak) set untuk ulang 
alik tahun depan Insya Allah...

Yang bestnya kalendar ni ada Cuti Umum dan Cuti 
Persekolahan seluruh Malaysia. Jadi bolehlah merancang 
apa-apa pelan untuk tahun hadapan.Yalah kita manusia
ni kan hanya boleh merancang tapi yang menentukan 
Allah SWT. Jadi selepas kita rancang, selebihnya 
tawakkal. Kalendar ini saya copy dari blog ni..

Tuesday, November 12, 2013

Tora Datang Lagi!!!!...Masihkah Kau Ingat ??? .....

Zaman kanak-kanak adalah zaman paling indah…Itupun kalau 
kau orang semua membesar pada tahun 70an,dan 80an…sebab 
bila masuk zaman 90an permainan di kawasan lapang sudah 
berkurangan bila komputer mempengaruhi permainan. Masa
70 an belum ada lagi TORA ni. Bila masuk tahun 80an kanak-kanak melalui zaman“TORA datang lagi!!!” dengan pelakun 
utamanya MAT SENTOL. Hik..hik..hik kelakar bila ingat iklan 
TORA kat tv zaman tu.

Main polis sentri..

Main galah panjang..

Mesti kau orang ingat permainan seperti main galah panjang,
main polis sentry, main sorok-sorok, main pondok-pondok@
masak-masak dan main tarik pelepah kelapa. Berdezuppp !!!
Ada permainan yang lebih kepada budak perempuan seperti
main batu seremban, main patung kertas..dan budak laki-laki…
main guli, baling selipar, baling tin/sepak tin.
Main baling tin. 
Main guli.
 Main batu serem'ban.
Main anak patung kertas.

Kau orang semua mesti ada kenangan dengan permainan
tersebut… macam baling selipar… mana taknya emak bising
bila selipar kat depan pintu dapur hilang..hik..hik..hik..!!!
Itu abang-abang punya keje lah..sampai habis selipar depan
pintu. 
Main baling selipar.
Main sorok-sorok
Bila main sorok-sorok pulak kena leter sebab emak bimbang
nanti kena sorok hantu..dan yang paling kelakar segala
daun dan pokok bunga hancur pasal dibuat masak-masak..
Main masak-masak moden...

Ha…ha..ha..nostalgia sungguh..tapi yang paling tak boleh ingat
kena rotan dengan ayah sebab mandi sungai…ngkorang haderr???
Menyorok-yorok baju salin dalam beg plastik sebab nak mandi 
sungai. Bukan pandai berenang sangat…tapi teruja tengok 
kawan-kawan mandi..(geng perempuan) siap terjun dan 
menyelam…waka..ka…ka!!!
Haa..macam nilah lebih kurang
gaya budak perempuan zaman tu.

Itu permainan masa kat rumah selepas waktu sekolah atau 
hari Sabtu dan Ahad. Kalau waktu rehat kat sekolah 
permainan teng-teng, lompat tali getah, main konda-kundi 
yang paling popular.
 Main lompat tali.

 Main teng-teng.

Main konda-kundi.

Sekarang mana ada lagi semua tu… nak-nak mandi sungai.
Sungai pun dah cetek..kotor pulak tu, dulu-dulu sungai,
air bukan sahaja jernih tapi bersih… Tapi bila masuk 90an
haa..games kat tangan lah yang paling popular...

Sekarang nak cari budak-budak main kat lapangan macam dulu 
tu, hmm…dah tak ada.Mana taknya bila permainan komputer berkembang..dengan sendirinya permainan dilapangan hilang.
Sekarang yang tak lepa dipegang adalah handphone, ipad, ipod, tablet..adehh !!!Bila fikirkan budak-budak sekarang…macam
memori indah zaman kecil tiada pulak…kesiannya !!!!...


Sunday, November 10, 2013

Ibu dan Ayah..Adakah Kita Lupa Pada Jasa Mereka ???...

Assalamualaikum.. untuk semua…
Iktibar untuk hari ini..

Saya telefon kakak, sambil bercerita sempat kakak 
berkisah zaman dia dulu-dulu…zaman muda dia. Kakak 
cerita dia ada emak angkat… dan emak angkat dia tu 
seorang wanita yang kaya/berharta..

Eh..ang tau, aku dapat cari no telefon mak angkat 
zaman muda aku..sekarang dia tinggal kat Bangi…
Dah tu rumah kampong dia sapa jaga??
Anak sulung dia yang cacat tu…  
Oh…!!!
Tapi anak dia tu berdikari..ada bisnes sendiri…wiring
letrik kalau tak silap…
Kat Bangi duk dengan sapa??..
Duk dengan anak bongsu perempuan tengah sambung 
belajar..tak kahwin lagi..makcik kata anak dia, bila
orang pinang…nantilah…nantilah… tu yang tak kahwin 
lagi tu…
Eh!!!Makcik tu sekarang umur berapa?..
Dah 70 puluh lebih..
Sihat lagi???...
Dengar suara sihat je…cuma makcik tu kata..dia pakai 
tulang besi kat belakang…sebab jatuh kat pasar raya..
tergelincir..sebab ada budak makan ais kerim tertumpah 
kat lantai..
Oh!!!kesiannya… 
Makcik tu kata, dia tak boleh buat apa-apa keje dah..
yang ringan sikit..tu bolehlah…
Anak makcik tu semua pandai-pandai kan???
Memanglah…anak dia pandai-pandai, bawah yang sulung 
tu semua belajar kat Luar Negara..

Kakak cakap kat makcik tu…untung makcik anak pandai
-pandai, semua pangkat besar sekarang..
Makcik tu jawab..memang..gaji semua besar-besar..ada 
yang RM 10,000, ada yang RM 8,000, ada yang 
Rm 6,000 paling sikit RM 5,000..yang bongsu tengah
sambung belajar tadi tulah…
Kakak kata lagi…betuah makcik..
Makcik tu kata..tapi gaji banyak manapun..makcik tak 
pernah rasapun duit gaji anak makcik walaupun RM 
50.00 ringgit….

Kakak kata,ang tau aku punya terkejut..aku siap cakap..
Biar betul makcik..??? 
Makcik tu kata..betullah buat apa makcik nak tipu…tak 
pernah merasa pun…
Kakak kata…Diaorang terlupa kejayaan diaorang datang 
darimana, hasil doa siapa…susah payah siapa…
Makcik tu kata..betul tu..betul…!!!
Mungkin diaorang fikir makcik kaya..
Makcik tu jawab…makcik ada kebun..duit sewa kebun
tulah makcik bayar segala keperluan makcik dari urusan
bil sampailah kebenda lain

Saya pun kata kat kakak…kalau makcik tu sanggup 
mengadu ..maknanya makcik tu dah tak tahan..dah lama 
simpan..Kakak jawab..mungkin dia dah lama simpan 
dalam hati… Saya kata..entahlah anak-anak sekarang..
makin diberi kemudahan..makin lain jadinya… saya pun 
naik bimbang..

Kakak kata…ang tau makcik tu jenis orang yang rajin berdoa..solat tak tinggal memang warak…semua dia 
usahakan.. sanggup hantar anak pi luar negara, suami 
pulak dah meninggal..nak kata anak-anak dia jenis jahat tidak..tapi anak-anak dia terlupa apa yang diaorang dah 
dapat…

Kalau tengok gaji anak makcik tu macam tak lojik, tapi
anak-anak hari ni dah tak tau nak kata apa..memanglah 
diaorang ada keluarga sendiri, tapi kalau seorang emak 
dah berkata “Tak pernah merasa”..maknanya dari gaji 
pertama lagi diaorang tak bagi..sebab selalunya gaji 
pertamalah kita teruja nak belanja orang disekeliling 
kita, apatah lagi emak ayah kita ..betulkan????
Kalau dengan angka gaji yang begitu jangankan Rm 
50.00 ..Rm 200.00 pun dah jadi sikit...sebabnya
emak kita...nama pun emak kita..kalau dengan emak
pun kita berkira...memang kes payahlah!!!. lagipun
bukanlah emak tu nak sangat duit kita...cuma perhatian
dan kasih sayang...kalau kita hulur dan cakap, emak
kena terima duit saya, walaupun saya tau emak banyak
duit...sekurang-kurangnya emak merasalah duit saya
pulak, duit dari hasil kerja saya...

Pada saya..kalau rezeki nak murah...nak dilapangkan
oleh Allah SWT...dengan emak ayahlah kita jangan 
berkira...sebab dari kita lahir sampailah ke besar,
sampailah ke mati...takkan dapat kita nak balas jasa 
mereka. Kita ni kadang-kadang khilaf..tapi selagi Allah
panjangkan umur selagi tulah kita boleh membetulkan
kekhilafan kita dan bertaubat. Jangan sampai semuanya
jadi terlambat.

Alfatihah untuk arwah emak dan ayah saya. Semuga
Allah menerima semua amalan mereka, dan ditempatkan
dalam kalangan orang yang soleh. Aminnnn.... 

Saturday, November 9, 2013

Rilex arr..Jangan Stress !!!!!!!

Jom!!! Tengok Pelangi…

Ang tengok aku..lex aje…!!!

Peace Yo!!!!

Senang Nak Ingat…Boh Aje Nombor !!!

Kalau stress lagi, ada duit ..mai sini !!!

Thursday, November 7, 2013

GST Bercanggah Dengan Ajaran Islam !!!

Pengambilan cukai oleh kerajaan perlu memenuhi tiga 
syarat sebagaimana yang disebut oleh tokoh ulama dunia 
Dr Yusuf Al Qardhawi.

Tiga syarat tersebut:
1. Cukai tidak boleh diambil dari semua lapisan 
   masyarakat jika tidak mengambil kira kaya atau 
   miskin.
   -    Cukai dalam Islam ia perlu diambil dari orang 
    kaya dan diagihkan kepada orang miskin.

2. Pengambilan cukai mestilah tidak ada sebarang 
   ketirisan dan penyelewengan dalam kewangan 
   Negara.
   - Tetapi di dalam negara Malaysia ini ketirisan 
     tetap berlaku sepertimana yang didedahkan 
     dalam Laporan Ketua Audit Negara.

3. Cukai yang boleh diambil adalah cukai yang tidak 
   melibatkan perkara-perkara maksiat.
-    GST ni pulak..nampak gayanya pulun semua.

Dalam agama kita..apa yang disarankan adalah 
memberikan sebahagian harta kita kepada orang 
yang kurang berkemampuan seperti yang tergolong 
sebagai penerima zakat, dan Allah S.W.T tidak 
sedikitpun meminta kembali semua kasihNYA, 
malahan menjamin tidak akan mengurangi harta 
kita setelah kita bersedekah.Sepatutnya cukai 
perlu diambil daripada orang kaya dan dikembalikan 
kepada rakyat miskin.Tapi kalau GST ini 
dilaksanakan bukan sahaja menyusahkan golongan 
yang dah susah tapi menambah beban kepada 
golongan miskin.

Yang Papa Makin Papa ....Yang Kaya Bertambah Kaya..!!!!


Kerajaan menarik balik subsidi gula untuk orang miskin
yang hanya akan dapat menjimatkan RM 513 juta
setahun tanpa menyentuh langsung subsidi gas untuk
pengeluar Tenaga IPP yang kaya raya sebanyak RM 12
billion setiap tahun. Juta dengan billion takkan tak tau
beza yang mana lagi banyak ??? Failed matematik 
sungguh!!! Tauke gula pulak untung 1 billion..Aku kaya.
aku kaya..!!! Masa nak tarik subsidi sibuk mewar-war
kan diabetes @ kencing manis. Bukan setakat subsidi
gula aje ditarik, banyak lagi peruntukan untuk rakyat
luar bandar yang di POTONG. Bukan rakyat kena 
KENCING MANIS tapi KENA KENCING!!!!!

Asyik bercakap mengenai mengurangkan perbelanjaan
tapi hutang negara terus meningkat sehingga RM 541
billion pada akhir tahun ini berbanding RM 502 billion
pada 2012...kurang ke macam tu?? Kalau betul nak
kurangkan perbelanjaan kena mula dari Putrajaya dulu
termasuklah belanja menteri-menteri dan juga Pegawai
Kontrak di JPM (PEMANDU) entah apa yang dipandu
menghabiskan duit adalah...Dahlah bil letrik, air sampai
RM 2.5 juta...apa cer.???
Pak Menteri kata orang golongan pertengahan di 
Malaysia memiliki:
1. Rumah Banglo
2. Kereta Mercedes Benz
3. Harta RM 2 juta atau RM 3 juta
Jika memiliki semua ini baru jadi golongan pertengahan,
maknanya kalau tak ada semua itu (rumah banglo, 
kereta Mercz, duit RM 2 ke Rm 3 juta) JUTA weh!!!
Bukannya riban-riban...klas kau Jizz!!! Jadi rakyat
Malaysia dah jadi golongan bawahan/miskin.
Pendapatan rakyat Malaysia mesti riban-riban satu
bulan. Kalah Singapore kalah Korea…kat Singapore
pencuci pinggan kat Restoren gaji ikut nilai ringgit
RM 3,000.00 sebulan..jadi kat Malaysia mesti
RM 5,000.00 kan ?? sebab dah jatuh golongan
bawahan…

Menteri yang buat kenyataan ini mesti tinggal dalam
gua atau bawah tempurung sampai tak sedar keperitan
kos sara hidup dibandingkan dengan pendapatan rakyat
Malaysia selama ini…bingai sungguh!!!
Undang-undang pulak ada kasta…kalau rakyat biasa,
miskin mencuri walaupun sehengget atau pun sepaket 
milo sah-sah kena 2-3 tahun penjara. Tapi kalau collar 
putih,atau ada title dihadapan nama…tak kira berapa 
juta,billion ke rilex aje…cium penjara pun tidak… siap 
main golf, makan angin kat luar negara lagi. Yang 
heran dan ajaib lagi, Pusat Zakat kutip duit juta-
juta tapi orang miskin makin ramai…apa jadi dengan 
duit kutipan???

 Anak Menteri siap cakap"Pls work hard and make some
Good living, so u can enjoy it like us…” Benda dapat
free atau dengan cara mudah,bolehlah cakap macam tu..
cuba keje macam orang biasa...sekolah pulak tak pandai,
boleh beli rumah 7 juta..mampu???? Lesen teksi sapa
punya???
Work hard...good living, jangankan banglo,rumah flat 
pun ramai yang tak mampu beli, masih ramai yang 
belum ada kediaman sendiri, masih duk menyewa. 
Kereta jenama Mercedes Benz ni masih lagi jenama 
untuk orang kaya, walaupun ada yang dah boleh beli, 
tapi tengoklah pulak bayaran bulanannya banyak mana, 
bukannya RM 400-500 hengget sebulan,macam kereta 
Proton…
Oleh kerana rakyat Malaysia tak ada duit RM 2-3 
juta, dan jadi rakyat golongan bawahan bolehlah lepas
ni... dapat duit BRIM dan segala macam lagikan...???

Monday, November 4, 2013

Doa Belajar - Doa Untuk Ingat Dengan Sekali Baca

"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang 
apabila memandang bahan bacaan dengan sekali 
pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya, memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya.

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu 
apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka 
kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya 
dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai 
Tuhan sekalian alam ."

Doa ini hendaklah diamalkan/dibaca 3 kali sebelum mula 
belajar ketika selepas solat. Antara tips atau panduan 
dalam mengamalkan doa ini ialah :

1. menjaga solat 5 waktu,
2. hormati ibubapa dan guru 
3. menjaga pandangan mata
4. elakkan daripada melakukan dosa dan maksiat

Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya 
iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. Maka Imam 
Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa, 
kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak 
akan diberikan kepada pelaku maksiat.

Selain daripada itu, menurut al-Marhum Kiyahi 
Mahfudz Sya’roni; yang merupakan seorang alim 
di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia; sesiapa yang 
mengamalkan doa dibawah ini insya Allah tidak akan 
mudah lupa terhadap ilmu yang dipelajari. Ianya 
hendaklah dibaca tiga kali selepas belajar, mengaji atau 
mendengar ilmu yang disampaikan oleh guru. 

Doanya begini :

بِسْÙ…ِ اللَّـهِ الرَّØ­ْمـنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ اللَّـهُـمَّ ارْزُÙ‚ْÙ†ِÙŠْ Ø­ِÙƒْÙ…َتَÙƒَ ÙˆَانْØ´ُرْ رَØ­ْـمَـتَÙƒَ ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha 
Pengasih. Ya Allah berilah ilmu hikmah-Mudan 
tebarkanlah rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Mentadbir 
sekalian alam”.

Selain daripada itu doa-doa tersebut, boleh juga 
diamalkan ayat al-Quran dari Surah al-Israa' ayat 
70. Semasa membaca doa ini disunatkan meletakkan 
tangan di atas dahi. 

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak 
Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan 
berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan 
Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari 
benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan 
mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-
makhluk yang telah Kami ciptakan."

Untuk memudahkan anak-anak yang belajar,termasuklah
diri kita yang sedang belajar setiap hari..Mencari ilmu 
tidak akan pernah habis sampai bila-bila.



Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails