Thursday, December 26, 2013

Yang Terhangat 2013..

 Bila semua keperluan naik !!!!...

Bila Ketua Polis Negara kata 
" Pistol yang hilang jatuh kelaut"

 Bila tembak dulu...baru siasat....

 Bila Bahasa Melayu diabaikan... 
Bahasa Bangla digunakan ....!!!!
Bila BN menjadi - Bangla Nation....

Lambang Keberanian Kekuatan...

Bila undang-undang " Double Standard"

Bila diberi pilihan ...
" Tapi tidak reti memilih"...
Bila biasa menjadi luar biasa..... 

Mangsa Banjir...
Bila terlalu "bijak" mengurus banjir ...
Bila Pemimpin taat dan takut kepada Allah..
Hukum Allah dilaksanakan..

Bila redha Allah yang dicari.. 
Makam Arwah Ahmad Ammar ..ditumbuhi
bunga mekar warna-warni..
(Syahid Yang Tertangguh)

Cucur Jagung...Lembut sedappp!!!....

Buat cucur ni untuk minum petang...sedap..lembut...

Cucur Jagung – Amy.
Bahan-bahan:
3 cwn tepung gandum
1 cawan udang segar -bersihkan
1 cwn jagung (whole kernel)
3 tangkai daun kucai dihiris
1 labu bawang besar - dikisar
2 sudu besar udang kering – dikisar
1 sudu teh baking powder
1 ½ sudu teh garam
1 biji telur
1 biji lada merah - cincang halus (atau ganti dengan
serbuk lada)
air panas secukupnya

Cara:
1. Udang bersihkan dan di hiris halus.Ketepikan.
2. Masukkan tepung, jagung, daun kucai dalam bekas adunan.
   Gaul rata.
3. Masukkan bahan kisar(udang kering dan bawang)juga udang
   segar yang telah dihiris halus.
4. Masukkan air panas sedikit demi sedikit, garam dan telur.
   Gaul sebati.
5. Adunan jangan terlalu pekat atau cair.
6. Panaskan minyak, goreng hingga masak, angkat dan toskan.
7. Hidang bersama sos.
   Tips: Air panas untuk jadikan cucur yang lembut.
   Air sejuk dan minyak panas untuk jadikan cucur rangup.
  


Saturday, December 21, 2013

Nasi Udang Kuning DiRaja -Sedapp Dan Semerbak Baunya......!!!!


Masa masak nasi ni...habis satu rumah baunya...dari
perut tak lapar..jadi lapar..ngee....!!! Ohh...sedap
sesangat...bertambah-tambah anak-anak makan...!!!!
Di hidang dengan Ikan percik, Kerabu Ikan bakar...
sehingga menjilat jari... 

NASI UDANG KUNING DIRAJA – Amy
Resepi asal – Chef Kamarul
A)
3 cawan beras Basmathi – rendam dan toskan
6-10 ekor udang sederhana besar
3 cawan air
1  cawan susu cair
1 sudu besar serbuk kunyit – (ganti 1 sudu teh 
pewarna kuning)

(B)bahan tumis
2 sudu besar udang kering–cuci dan kisar(saya tambah)
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
5 gm gula batu ( 1-2 ketul sederhana)
3 sudu besar mentega
Garam secukupnya

(C) hiasan tabur atas nasi
bawang goreng
hirisan daun bawang, daun ketumbar.

Cara-cara

1. Beras rendam ( 1-2 jam) basuh beras dan toskan.
2. Tumis bahan hiris dan udang kering kisar.
3. Masukkan bahan rempah dan daun kari.
4. Masukkan udang dan kacau seketika.
5. Masukkan air, susu cair, garam, gula batu dan 
   serbuk kunyit/pewarna kuning.
6. Biarkan mendidih masukkan beras basmathi. Kacau 
   beras sedikit dan tanak sehingga nasi masak.
7. Hiaskan dengan bawang goring dan hirisan daun sup
   /bawang.


Ikan Tilapia Percik


Masa masak kuah ni..Si Iqa siap tanya,ibu buat apa?
...Kuah Percik..buat ayam percik ke? Tak ikan... 
Ikan..??? Sebab saya pernah buat ayam percik masa
Hari Raya. Sebut ikan dia rasa pelik...Bila dah masak 
masing-masing makan bertambah...

IKAN TILAPIA PERCIK – Amy
Resepi asal - Chef Hanieliza

Bahan2:
1 ekor Ikan Tilapia
Bahan untuk Kuah
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 batang Serai
3 biji cili merah
5 biji cili padi
1 cawan santan pekat
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Bahan lain:-
3 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa 


Cara-cara: 


1.  Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan 
    sedikit garam. Ketepikan. 
2.  Panggang ikan sehingga masak.
3.  Kisar semua bahan untuk kuah.
4.  Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan 
    atas api.
    Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya.
5.  Perasakan dengan garam juga gula.
6.  Masakkan kuah sehingga pekat.
7.  Hidangkan ikan didalam pinggan dan tuangkan 

    kuah percik di atas ikan dan hidangkan.

Kerabu Ikan Bakar..Ratah Pun Sedappp...!!!

Lauk yang dihidang bersama Nasi Udang...hmm...
memang sodappp!!!

KERABU IKAN BAKAR – Amy
Resepi Asal : Chef Fazalina

Bahanbahannya:-
4 ekor ikan kembung – (dibakar dan dibuang tulang)
Bahan di hiris:-
1 kuntum bunga kantan
2 tangkai daun kesum
5 biji cili padi
1 batang serai
1/2 labu bawang besar
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara:-
  1.  Ikan dibakar, kemudian dileraikan guna jari 
    tanpa perlu dikisar atau ditumbuk.
2.Gaulkan isi ikan dengan semua bahan yang 
  telah dihiris tadi.
3.Rasa dengan garam, gula, jus limau secukup rasa,
  gaul rata.
4.Hidangkan.

Thursday, December 19, 2013

Ajar dan Suruhlah Anak-anak Solat !!!


Kisah yang menyentuh hati saya…
Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel.Dia singgah di rumah
seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri 
tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru 
penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini 
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami 
isteri ini masih di sekolah.Walau bagaimanapun beberapa 
orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki 
yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu dan 
yang paling muda masih bayi. Anak sudah ada yang 
pulang dari sekolah.Waktu zohor masuk,abang yang tua 
mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk 
solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua,salah seorang adiknya yang 
berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh 
tatkala melihat jemaah yang sedang solat,dia mengambil 
wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila 
imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan 
selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan 
satu rakaat solatnya yang tertinggal. Masya Allah..!!! 
adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... 
ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya 
anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah 
ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau 
mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. 

Cerita tak berakhir di situ.Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.Apabila subuh, ustazah menyangka dialah 
yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja
azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.Takjubnya
dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang 
sibuk ambil wudhu'.Bayangkan 7 orang budak lelaki 
dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke
tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di 
bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu 
anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil 
berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). 
Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak 
bongsunya yang masih bayi(yang sedang jaga)di sisinya. 
Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah 
sepanjang mereka solat.Dan sekali lagi cerita tak 
berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur 
kerana penat travel semalamnya tak surut lagi.Alangkah 
terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah 
berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"Anak-anak..
hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa". 
Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun 
mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Masya Allah..bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab 
bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. 
Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang 
itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah 
untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu..
Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan 
suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka 
terabai tanpa pedoman... 

Cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat 
mengamalkan solat jemaah dalam keluarga???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang 
pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik- adik mereka ??? 
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak 
mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan 
perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka 
yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah... semoga apa yang saya 
sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita 
semua...

Orange Cranberry Cookies - sedap rasa oren dan buah...

Entry yang tersimpan dalam draft…sampai dah lupa.
Pasalnya..ingatkan saya tak letak gambar dalam resepi
ni. Tu yang simpan kat dalam draft… rupanya dah,
tapi letak satu keping gambar aje, jadi saya tambah
satu lagi gambar biskut ni. Pada peminat orange dan
buah kering...biskut ini memang sedappppp....!!!
Cubalah resepi ini..menambah koleksi resepi biskut anda!!

Orange Cranberry Cookies – Amy
Resepi asal thecafesucrefarine.com
Bahan-bahan:

1 cawan mentega pada suhu bilik( 226g)
2 /3 cawan gula aising (confectioners ) diayak
2 kuning telur yang besar, pada suhu bilik
secubit garam
1 sudu kecil vanila atau badam ekstrak
2 cawan tepung serbaguna ( 280g )
2 biji oren – parut kulit
½ cawan cranberry kering- dicincang

1.  Pukul butter dengan mixer hingga sekata
2. Masukkan gula, pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan telur, vanilla dan garam.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
   dan kacau dgn sepatula hingga sebati
4. Masukkan cranberries dan parutan kulit oren.
   Gaulkan lagi
5.  Bahagikan doh, balut dengan plastik dan sejukkan
    dalam peti sejuk, simpan sampai 2 - 3 jam
6.  Keluarkan dari peti sejuk. Canai kira-kira 1 hingga
    1 ¼ inci ( 2.5 hingga 3.2cm ) tebal. ( atau potong
    petak2.)
7.  Dengan menggunakan pisau tajam, potong setiap log
    cookies kira-kira inci 1/3 ( 1cm) tebal.  
8.  Lapikkan Loyang dengan kertas minyak. Letakkan
    Cookies di dalam Loyang, jarakkan kira-kira ½ inci
    ( 1.5 cm ).
8.  Bakar selama 15-20 min 160 C atau 12 – 14 minit

    180 º C/350 º F .(ikut oven masing-masing).

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails