Thursday, April 10, 2014

Syhhhhh!!!!!!!!! Comei kan? ...kan?....kan?

Syhhhh…!!!!!Jangan bising-bising...
babap nanti...!!!! 
Senyum jangan tak senyum.....okey !!!!
Sampai temek-temek idung tau…!!!!! 
 Saya suka muncung Donald Duck…!!!!!
Comeikan????...kan..???kan????
 
Saya sama mommy dengan daddy ....
(Gelagat cucu abang, si Ayra Dania 10 bulan).

Friday, April 4, 2014

Kek Pelangi Kukus - Gebu, lembut, Sedapppp !!!!!!!.

    Kek Pelangi Kukus - Amy
    Resepi Asal - Chef Norzailina
    (Sumber yatiememories)

    Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
    1 cawan mentega
    3/4 cawan gula kastor - (saya buat 1/2 cawan)
    3 biji telur
    ¼ cawan susu pekat
    ¼ cawan serikaya
    1½ cawan tepung gandum
    1 sudu kecil serbuk penaik
    1 sudu besar koko
    1 sudu kecil vanila
    Sedikit pewarna merah jambu,hijau,kuning,ungu,jingga

    Cara membuat

    1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.
    2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
    3. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila.
    4. Kacau rata dan bubuh tepung gandum
       bercampur serbuk penaik.
    5. Bila sebati, bahagikan kepada 7.
    6. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
    7. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium)
       yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas 
       dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan 
       aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga 
       masak.
     * Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar
       susu segar/cair.Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil,
       masa mengukus lebih pendek.
       (tak tambah susu pun kek ni tetap lembut dan gebu)
       Anda yang tak pernah cuba...saya syorkan untuk
       mencuba, memang sedapppp...!!!

Thursday, April 3, 2014

Perjalanan Umrah Dan Ziarah...Part 8..

 Restoren DSaji Felda.
Hari ni teringin nak makan makanan Malaysia
apa lagi order laksam, roti jala dan roti telur..
Air pula teh tarik, horlick ais dan milo ais
enam benda tu..harga nak 40 riyal...

Tapi yang meletop kat Mekah ni 
aiskerim dan air mango
memang mabeles...sedapppp sangat..
makanannya
pulak ayam goreng ala KFC





 Lepas balik dari solat asar, 
balik hotel kat dewan makan
4.30 ptg ada majlis ceramah dan bacaan tahlil..
Si kecil dua orang ni menarik perhatian jemaah
Pak Aji..Mak Aji tersenyum-senyum 
memandang baby 2 orang ni..
Ayra Dania 10 bulan.. 

Hana Nadwah 1 tahun 2 bulan..
Masa bacaan tahlil, dibacakan lagi doa buat penumpang 
MAS MH370. Sepanjang berada di Madinah dan Mekah, 
tak pernah putus doa buat penumpang MAS MH 370...
setiap kali nak makan, Ustaz akan baca doa makan,doa lepas 
makan dan doa untuk MH 370,malahan Mutawwif 
kami setiap kali bas rombongan nak gerak akan baca doa 
bukan untuk kami saja tapi doa untuk MH 370..bacaan 
ayat Al Quran dari kami datang, sampailah nak balik...
Surah Yassin, Al Mulk, Al Waqiah,Ustaz Shakoor ni tak 
payah tengok text... siap khatam Al Quran sepanjang berada
di Madinah.
Hari terakhir berada di Mekah,pagi jam 9.30 kami buat tawaf 
wida 7 pusingan,umat apatah lagi kaum lelaki..ramai sungguh 
(nama pun hari Jumaat).Sesak sangat...yang lelaki kena buat 
tawaf wida 6 pusingan dulu, lepas solat Jumaat sambung dan 
habiskan satu pusingan lagi. Kami pulak balik hotel bersihkan 
diri dan duduk lobi hotel, bimbang kalau duduk dalam bilik 
hotel tertidur dan akan membatalkan tawaf wida kami. Kami 
hanya naik ke bilik hotel untuk solat Zohor.....No camera,no
shopping,tu semua akan membatalkan tawaf wida..kecuali jika
beli air atau makanan untuk diri sendiri.....jangan nak beli
cendera hati atau apa-apa untuk hadiah....

Nak dekat jam 3 lebih (petang) bas gerak untuk ke Jeddah, 
dalam bas Mutawwif kata akan singgah di Masjid Terapung 
untuk solat Asar dan makan. Lagi sekali driver kami buat 
"dekk", tau-tau aje dah sampai airport Jeddah.Padahal flight 
kami jam 10.30 malam..berkampunglah kami kat airport...
Hmmmm....!!!!! Bukan rezeki nak buat camana.
Inilah masjid yang patut kami singgah...Masjid Terapung
(Gambar : Google)

Part yang saya tertinggal adalah bila sebut bab rezeki sewaktu
di Madinah hari terakhir, sebelum bertolak ke Mekah selepas 
solat Asar dan Solat jenazah..seorang wanita Arab yang cantik
jelita memberikan saya duit 100 Riyal..Syukur alhamdulillah...
Saya cadang nak simpan dalam album duit note koleksi saya.. 
tapi kebetulan sewaktu di Mekah, mutawwif saya ada buat 
wakaf Al Quran..jadi saya berikan duit 100 riyal tadi untuk 
wakaf Al Quran bagi pihak arwah Ibu bapa mertua. Walaupun 
saya dah buat wakaf Al Quran semasa di Madinah melalui 
Ustazah untuk arwah kedua-dua orang tua saya dan juga 
mertua, tapi masa saya nak pergi Umrah ada 2 orang kakak 
ipar saya bagi duit, jadi mewakafkan guna duit yang saya 
dapat di tanah Arab itu kepada perkara yang bermanafaat 
adalah lebih baik. Insya Allah...

  







Anak arab yang mengu'sha' Hana Nadwah..
sampai lari si Hana....
Inilah flight kami.......

Akhirnya kami sampai di tanah air jam 1.00 tengahari...
semuga kami dapat Umrah yang makbul...Aminnnn. Saya 
teringin nak pergi semula....saya doakan anda semua dapat 
juga menjadi tetamu Allah seperti kami.

"Ya Allah ya Tuhanku, jangan jadikan tawaf dan ziarah 
hambaMu ini sebagai  kali penghabisan di Baitullah, jika 
sekiranya di takdirkan menjadi yang terakhir maka hambaMu 
pohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan rahmatMu 
wahai Tuhan yg maha rahmat". Aminnnn................

Perjalanan Umrah Dan Ziarah...Part 7..

  Hari ini pula kami dibawa menziarah ke Muzium Haramain. 
Muzium (Dua Masjid).Di sini terletak koleksi barang-barang 
lama yang pernah digunakan di Masjidil Haram dan Masjid 
Nabawi. Lepas tu kami dibawa ke ladang unta.


 Rombongan pelajar Arab.



Tangga Kaabah..dulu nak ke Kaabah ada tangga. 

Bingkai Hajar aswad yang lama... 




 Telaga zam-zam yang lama.

 Bekas untuk mengisi air.





 
 





Susu unta dan air kencing unta 
(dua-dua boleh di minum).Terkejut ???
Satu-satunya air kencing
yang boleh diminum adalah air kencing UNTA 






 Pondok si gembala unta...
Dirver ziarah kami yang ikut suka dia..
Bila nak singgah dia singgah..
kalau tak dia buat dekk ajer...

bersambung lagi...Insya Allah...

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails