Thursday, January 15, 2015

Baju Kurung Pun Masalah????

Ayah pelajar berkenaan, Lawrence Jeyaraj mengeluh di laman Facebook bahawa beliau terpaksa berkejar ke sekolah berkenaan selepas di maklumkan oleh anak perempuan nya yang terpaksa berada di luar kelas kerana tidak dibenarkan memakai baju kurung ( di larang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah -  seorang guru Cina ) 
Sejak zaman saya dulu memang ada pelajar yang bukan Melayu memakai baju kurung, bukan kat sekolah aje tapi kat rumah  tetiba Penolong Kanan SMK Seri Mutiara ni buat kontrovesi pulak !!!!
Bila pulak ada peraturan tak boleh pakai baju kurung... kan baju
kurung Baju Kebangsaan Malaysia...takkan tak tau..macam tak logik ajerrr kan????


So..cikgu disiplin lak kata kalau non muslim pakai baju kurung, nampak baju dalam...sangat menjolok mata..sebab kebanyakkan
 jenis kain baju sekolah memang jarang...jadi jika itu MASALAHNYA
Bagitaulah pada pelajar-pelajar dan masukkan dalam buku peraturan sekolah bab pakaian...jika non muslim nak pakai baju kurung TOLONG..Pakai singlet...takkan itu pun masalah??
Sekolah untuk melahirkan generasi bijak pandai...kalau tak pandai sekali pun ramai yang masih berjaya dalam hidup...asalkan tidak salah memilih jalan kehidupan...yang bagi perkara menjadi susah buat apa..!!!

Monday, January 5, 2015

Di Sebalik Cerita Banjir....


Kelantan - mangsa banjir 100,000 lebih dan keluasan
kawasan kena banjir lebih teruk dari negeri-negeri lain.
Yang dapat 1 aje janakuasa pasai apaa??? Kaedah
pembahagian lagu mana yang TNB pakai…???
loklak sungguh..!!!!

Sempat lagi pi tukar karung beras...buh muka lagi...
lepas tu tak ngaku...pi kata beras tahun 2013...aikk..???
beras dah naik bubuk kaa..yang hang pi kasi...????

Yang ni pun sama lagu tu...sempat nooo..pi selit / tampal
gambaq.  Islam - ajaq kalu tangan kanan memberi...sebaik
- baiknya tangan kiri pun tak tahu. Ini bukan musim PRU
la brother.....ka hang lupaaa????

Tauke bas ni nak cepat kaya !!!!...dah tau Pantai Timur banjir..
dah tau laluan tak boleh guna...bukan saja-saja suka...tapi
tak ada timbang rasa...lepaih ni mesti hang boleh bina villa
ka banglo juta-juta ka...kan??kan??kan??.............

Yang tanda bulat merah tu cikgu yang hot meletops tu..
Sempat cikgu main politik noo !!!...orang buat baik, tolong
dari awal lagi ...sanggup pi halau...kalau kroni mai pun..
apa salahnya kerja sama-sama..niat nak tolong orang..
bukan nak cari nama...awat lagu tu..????

Dalam sibuk-sibuk banjir..dan kapal terbang Air Asia yang
hilang (jatuh terhempas)..riuh pulak orang dok cari Jet
Kerajaan ni..pasal PM dah balik Malaysia..yang jet ni joli
sakan..banyak tempat pulak tu....semua dok tanya..sapa
ada dalam jet tu...??? Ada sapa tau???..Rasa-rasa macam
boleh teka jerr!!!!  

Hat yang ini..tak tau la..dah beli ke dak..Pasai masa Tgganu
banjir.. tak nampak lak pulak..Ada sapa-sapa nampak????



Friday, January 2, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436 H - 2015 M.




2014 Berlalu Pergi...(Tahun Tragedi dan air mata). 2015 Membawa Harapan...


Empangan air kering..tak ada air..sampai habis
air mineral di kedai
MAS - MH 370 tak jumpa-jumpa sampai sekarang
MAS – MH 17 di tembak jatuh
Banjir melanda seakan Tsunami – rumah tenggelam, hanyut.
Air Asia QZ8501 jatuh terhempas.
Itu belum pasal harga barangan yang naik menggila
Menyakitkan hati bila dengar jawapan dari menteri…

Jadi yang ada hanya harapan, usaha, sabar, tabah dan doa…
semuga 2015 dipermudahkan dalam setiap urusan.
Hidup dalam taufik dan hidayah Allah SWT. Amiin.



Sunday, December 28, 2014

Pesawat Air Asia - (Surabaya - Singapore) Pulak Di Lapor Hilang.....!!!!



Pesawat AirAsia rute Surabaya-Singapura hilang kontak 
setelah 8 menit lepas landas. Berikut data lengkap 
pesawat itu. 

Data ini didapatkan dari Corporate Secretary Angkasa 
Pura I, Farid Indra Nugraha, Minggu (28/12/2014).

Rute: Surabaya-Singapura

Nomor penerbangan: QZ 8501
Jadwal : 05.20 LT (Local Time)
Jadwal Tiba: 08.30 LT
Nomor registrasi: PK AXC

Jam boarding: 04.40 LT (Local Time)


D/C : 05.25 LT

Off Chock : 05.27 LT 
Take Off : 05.35 LT
Eta Sin : 00:35
Komposisi Crew QZ 8501

Captain : IRIYANTO


FO : REMI EMMANUEL PLESEL


SFA : WANTI SETIAWATI

FA : KHAIRUNISA HAIDAR FAUZI
FA : OSCAR DESANO
FA : WISMOYO ARI PRAMBUDI
ENG : SAIFUL RAKHMAD

POB (Person on Board) : 138 dewasa/ 16 anak-anak / 01 bayi 

BGE(Baggage/bagasi) :106 Collies / 1305 Kg
CGO (Cargo) : NIL (nihil)


Semuga semuanya selamat dan dilindungi oleh Allah SWT.


Thursday, December 25, 2014

Kan dah kata...Sakan Bercuti!!!....


Nak beliau disalahkan sepenuhnya pun tak boleh juga pasal 
beliau dilahirkan dalam "Dulang Emas". Anak golongan 
bangsawan mana pernah hidup susah...dapat pulak isteri 
yang semua orang kat Malaysia ini "faham"...

Jadi sebagai rakyat marhaen cuba baca artikel ini:

Malaysia sebuah negara sedang membangun dimana rata
-rata rakyatnya miskin dan kurang berpengetahuan 
memerlukan seorang pemimpin dari rahim mereka yang 
benar-benar bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi bertelinga 
rakyat, berhidung rakyat, bermata rakyat dan juga 
berkepala rakyat.
                          
Kerana pemimpin dari rahim mereka sahajalah yang mampu 
untuk menghadam kemiskinan dan pernah mengunyah 
penderitaan rakyat, memahami suka duka rakyat. Saya 
percaya seumur hidup Najib beliau tidak pernah bermain 
banjir dan tertelan air selut. Dia tidak pernah digigit 
nyamuk dan betisnya dihisap lintah. Atau pun kalau dia 
ditakdir menyeberang air selut dia akan didokong oleh 
pembantu ayahnya. Telapak kaki Najib tidak pernah terkena 
duri jauh sekali tahi ayam moner.
                        
Dia tidak pernah tidur di bawah khemah berunggunkan api, memakan ubi kayu bakar. Yang dia makan roti bubuh kaya 
dan keju bersama "Ovealtine" atau "Milo" panas berasap. 
Jauh sekali untuk dia memakan ubi gadung, ubi keladi 
dan juga ikan haruan dan puyu panggang dibara api.

Jadi kalau seorang pemimpin tidak pernah merasai itu 
semua, apa dia peduli dengan nasib rakyat. Kesusahan 
mangsa banjir yang bertarung nyawa kini tidak pernah 
tersentuh oleh hati nuraninya.

Sebab itu kalau hendak memilih pemimpin pilihlah dari 
kalangan kita, rakyat marhaen yang memahami denyut 
nadi rakyat. Yang tahu kepedihan dan keperitan rakyat. 
Yang sanggup tidur dan bersama  rakyat dalam keadaan 
apa sekalipun.

Seorang pemimpin tidak lengkap dan ideal kehidupan 
dirinya sebagai pemimpin kalau setakat merasa atau 
mengetahui penderitaan rakyat itu menerusi audio video 
atau foto sahaja. Tidak cukup setakat membawa novel 
"Ranjau Sepanjang Jalan" untuk mengetahui penderitaan 
rakyat miskin, betapa sakitnya kaki dicucuk duri nibong, 
susahnya menghalau burung ciak atau bertarung dengan 
ulat memakan padi. Tidak cukup. Penderitaan bukan dapat 
dihayati menerusi sebuah lukisan bagai mana realistik 
sekalipun.

Makanya kalau hari ini disaat rakyat berdepan dengan 
kesusahan melawan arus banjir tetapi Najib bersedap-
sedap bermain golf di Hawaii dan berdakap dengan isteri 
di pulau itu, jangan salahkan dia, sebaliknya salahkan diri 
kita sendiri kerana kitalah mengangkat dia menjadi perdana menteri negara kita.


Artikel sepenuhnya di sini.



Tak apa Pak Nil.. jangan bimbang...Melayu Mudah Lupa!!!.

Doa Sewaktu Banjir Dan Di Landa Musibah.....


"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"
 Bersabar dan terus berdoa...Allah tempat mengadu.


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails