Tuesday, December 11, 2012

Kisah Dari GAZA....You Are My Hero!!!!!

SubhanaAllah semangat ukhwah di "Perhimpunan Batu 
Dari Neraka" atau "Intilaqa Hijarat Min Sijjil"cukup luar 
biasa. Ia merupakan simbolik bagaimana burung burung 
kecil ababil mampu mengalahkan tentera gajah lagi 
gagah & hebat. Itulah perumpamaan kami yg berada 
di sini. Kami bertemu saudara (saudari) dari Eropah, 
tanah arab lain & Malaysia dpd pelbagai NGO.


Senyuman wanita Ghaza berbeza hari ini. Dimata
mereka ada harapan. Harapan anak-anak mampu
menjalani kehidupan lebih baik dari semalam.
Punya peluang pendidikan & yg paling penting
peluang untuk si kecil terus hidup!

Namun jika benar-benar ditenung jelas luka 
semalam 
masih tegar dlm memori. Ada yg menceritan 
pengalaman serangan beberapa minggu lalu. 
Mereka menggigil dan saling berpelukan setiap kali 
bom dijatuhkan yahudi zionis laknatullah. Itu buat 
yg tinggal jauh dari lokasi serangan. Bayangkan apa 
yg dilalui mereka khususnya anak-anak kecil yg 
tinggal di tgh kota Ghaza. Muhammad bin Lubbat, 
12 tahun tidak bercakap selama 3 hari apabila 
15 ahli keluarganya termasuk ibu tercinta dibunuh 
kejam dek serangan tidak berperikemanusiaan. 
Trauma yg maha dasyat. Tak mungkin kita orang 
dewasa mampu menanggungnya. Ya Allah 
lindungilah anak ini.

Di perhimpunan begitu ramai wanita Palestin
datang & memeluk kami. Mereka mengatakan
sayang & cinta kpd rakyat Malaysia. Mereka sibuk
memastikan kami ada kerusi utk duduk, walhal
mereka sendiri perlu berdiri. Mereka pastikan
kami yg kecil ini tidak dihimpit, tidak sesat,
tidak lapar & dahaga. Mereka tunjukkan jln malah
sanggup berjalan jauh utuk pastikan kami tidak
hilang arah. Mereka berikan kami buah, roti & air 
kerana risau kami lapar & dahaga. Semua ini 
dilakukan oleh wanita yg berbeza. Layanannya
tetap sama. Bagaikan saudara.SubhanaAllah.
Tiba-tiba hati saya terdetik. Walhal itulah yg
kami cuba lakukan selama ini utk mereka dari
Malaysia. How our roles have changed in a blink
of an eye today.

Ada seorang gadis merapati kami dan berkata
"you are my hero" (sambil memandang Heliza
Helmi & saya). Saya sangkakan saya tersilap
dengar. Sambil tersenyum dia mengulang
 "you are my hero". Saya menjawab "No. You
are the hero. It was you who had to face the
enemy". Dengan pantas dia menjawab "without
your help we could not have fought the Israelis.
So you are the hero". There was a lump in my
throat. Sebak. Begitu rupanya pandangan mereka
terhadap rakyat Malaysia. Saya & Heliza saling
berpandangan. Kami terkedu.

Sebelum berpisah seorang wanita berpurdah
berkata "InsyaAllah bertemu lagi, di Jannah".

-Farrah Adeeba


No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails