Sunday, October 21, 2012

Bola Punya Pasal.....!!!!



Afiq Azmi Pemain Pinjaman dari Pasukan K.L

Saya memang peminat bola….ha …ha…ha…
Jangan pelik bin hairan bin ajaib k….!!!
Sejak zaman sekolah…siap jadi penyokong,
Pihak sekolah sediakan bas bawa pemain dan
penyokong. Tapi yang paling best bila pertandingan
akhir…sekolah saya Sekolah Tinggi Setapak K.L
vs Sekolah anak orang kaya-kaya iaitu St.John Inst.
Memang gempak wa cakap lu….bila sekolah
kami menang lagi kerek habissss….wakakaka..!!!

Bila bekerja pulak..minat diteruskan dengan menjadi 
penyokong pasukan Jabatan..hehehe masa tu kat JPA... 
JPA ni pulak team bola aje ada 2, Team A dan Team B...
dan kedua-dua team tu memang bagus, sebab satu jadi
Juara dan satu lagi tempat ketiga, sampai ke Johor 
saya ikut...sebab JPA juga sediakan bas untuk pemain
dan penyokong...Jabatan atau Kementerian lain
tak bawa penyokong. Bila ada free kami masuk 
Singapore....apalagi shopping laa....

Kalau setakat game Inter JPA...kadang budak-budak
bola siap "sound", Amy....kau punya pasal sampai 
Pengadil dengan Penjaga Garisan tak fokus kat kami,
apsal saya tanya???...Mana tak nya...asyik tertoleh-toleh
je kat engkau...wahaaha...gelak besar lu....!!!!

Tapi yang paling best ....bila Final Piala Malaysia...
saya ada sejarah tersendiri.....saya pernah join 
abang-abang saya jual topi, tshirt dan segala 
bagai di Stadium Merdeka...
dan yang paling best sangat-sangat... bila tengok 
pertandingan akhir Piala Malaysia, masuk stadium
free...lepas tu duduk kat kawasan VIP...betul-betul 
belakang tempat duduk YDA @ tempat menteri-
menteri tu...ha...ha..ha

Malam ni…tengok Final Kelantan vs ATM........
Saya sebenarnya tak sokong mana-mana..sebab
saya penyokong Selangor…kui..kui..kui..tapi pasal
Hubby beria sokong ATM…saya dengan sendirinya
dan si Iqa jadi penyokong Kelantan. Si Ira jadi
geng si ayah…

Saya cakap dengan hubby saya sokong juga ATM
tapi ATM mesin laa..pasal boleh keluar duit….ha..ha
Tengah dok melayan secara live pertandingan akhir
tu…ada lak pemain ni buat rambut Monahawk…....
ek eleh…muka handsome…tapi rambut Trojan…
sapa lagi kalau bukan pemain pinjaman Si Afiq Azmi …

Yang best bila Kelantan dah jaring gol… lepas tu ATM,
Lepas tu..sampai la 2-2 tambah masa lagi…adusss
letih larrr…nasib masa tambahan ada jaringan lagi..
Saya kata…”kan Kelantan menang”….!!!!
Jangan tak tau, rumah riuh rendah macam kat stadium….padahal yang tengok tu cuma empat 
orang…terlebih sudah..hahaha…
Bola punya pasal…kepala pun jadi weng !!!!

Tahniah lah pada pasukan Kelantan 3-2, tahniah
 juga untuk pasukan ATM, sebab malam ni kedua-
dua pasukan, main penuh bergaya!!!!! Syabas!!!


Friday, October 19, 2012

Kerabu Nangka Muda



Kerabu Nangka Muda - Amy
Bahan-bahan
300 g nangka muda – (potong kecil – rebus)
1 mangkuk kelapa parut
2-3 tangkai daun selom (tambahan)
Bahan dikisar:-
2 sudu besar udang kering
6 biji cili kering
6 ulas bawang merah
2 ukas bawang putih
2 sm halia
1 batang serai
2 sm belacan
1 sudu besar air asam jawa @ *
2 biji limau kasturi ambil jusnya *
Garam, gula secukup rasa
Bahan hiasan:
1 labu bawang besar – dimayang
1 biji lada merah – dihiris

Cara memasak
1.    Rebus nangka hingga empuk dan toskan.
2.    Campur bahan kisar bersama kelapa,
      air asam atau jus limau, garam gula
      secukupnya Gaul rata.
3.    Goreng tanpa minyak bahan tadi hingga kekuningan.
4.    Gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
      Campurkan dengan nangka muda rebus tadi
      Juga daun selom(jika suka) gaul sehingga sebati.
5.   Masa hidang tabur cili merah dan bawang besar

Thursday, October 18, 2012

Perbanyakkan Amalan Soleh 10 Hari Pertama Di Bulan Zulhijjah



























Hari ni dah hari kedua bulan Zulhijjah 1433…
Selamat Beramal…..!!!!

Korea Boleh...Takkan Malaysia Tak Boleh!!!!!


Slogan “Malaysia Boleh” ni dah bertahun dah…
Diangkat menjadi slogan berdasarkan dari sebuah
lagu popular tahun 1990 an dari Kumpulan
Metropolitan kalau tak silap…tak ingat nama
penyanyi kumpulan tu…. tapi tajuk lagu tu
“Fikirkan Boleh” lagu yang dikumandangkan
bila pasukan Badminton Negara menang Piala
Thomas 1992..Alaa kalau tak tau cari aje kat
You Tube….Apa kena mengena ini cerita sama
ini slogan? Adaaaaaaaaaa!!!!

Sewaktu Pameran Hari Korea di Pusat Konvensyen
Sunway, Subang Jaya, para pegawai kedutaannya
dan sukarelawan menyediakan kaunter tempat
untuk mendaftar rakyat Korea Selatan yang berada
di Malaysia sebagai pengundi tidak hadir. Bagi
memudahkan pengundian di luar negara, rakyat
Korea Selatan yang tinggal di Malaysia sedang
bersiap sedia untuk pertama kalinya mengundi
bagi memilih Presiden mereka.

"Jika mereka (pengundi) tidak berada di Korea,
mereka perlu memaklumkan kepada kerajaan
bahawa mereka tidak berada di Korea.
"Sebaik sahaja mereka diiktiraf, mereka boleh
mengundi di kedutaan untuk memilih presiden,"
kata Sunny Huang Eun Sun - seorang sukarelawan
di kaunter tersebut, yang membantu menterjemah
untuk Sim semasa ditemubual. Katanya, nama
rakyat Korea Selatan ditambah secara automatik
dalam daftar pemilih apabila mendaftar untuk
mendapat kad pengenalan mereka pada usia
19 tahun, tetapi perlu mendaftar terlebih dahulu
setiap kali mereka bercadang untuk mengundi
sebagai pengundi tidak hadir
Malah, Sim dan para sukarelawan juga menyediakan
tempat mengundi olok-olok untuk memastikan
pengundi tahu apa yang perlu dibuat apabila
mereka mengundi di kedutaan pada bulan Disember
nanti.

Selepas identiti pengundi dan kelayakannya
disahkan, sebuah pencetak kecil mencetak kertas
undi manakala satu lagi pencetak, akan mencetak
sampul surat berpelekat dengan memaparkan
kawasan pengundian.Sebuah penjana kuasa (UPS)
disediakan untuk memastikan sistem pengundian
berjalan lancar walaupun berlaku gangguan
bekalan elektrik.

SPR Malaysia bolehlah belajar dan kalau sesuai
boleh tiru terus kaedah yang Korea Selatan guna
tu. Takkan slogan aje di laung-laungkan
“ Malaysia Boleh”…….“Malaysia Boleh” bagai
nak rak…tapi habuk pun tarakk!!

Benda-benda yang boleh di ikut, ikutla…
takkan KPop dengan Gangnam Style je gah
di tiru…..cara bekerja kalau tidak bertentangan
dengan syariah…ikutlah tak salahkan??? Tapi,
macam biasalah SPR akan buat-buat “BODO”
tak reti atau memang tak reti, pura-pura
tak nampak benda-benda macam ni. Yang heran 
dan ajaibnya SPR nak berhabis duit hantar 
kertas undi kepada setiap pengundi yang ada 
diluar negara seperti yang Pengerusi SPR dok 
kata “akan telan kos yang terlalu tinggi.”
Awat lagu tu!!!…SPR Korea tak buat kerja
lagu tu pun.

Sebagai Suruhanjaya yang menguruskan,
memantau dan mengendalikan Pilihanraya
kenalah lebih telus dan berkecuali. Bekerjalah
"KERANA ALLAH''. SPR kena benarkan ejen 
calon atau parti yang bertanding memantau 
proses pengundian di kedutaan tu.
Janganlah dok kata..’’Berilah kami kepercayaan,
Beri kami kepercayaan…” dok ulang ayat yang
sama…tapi kelaku, buat orang hilang percaya…..

Rasanyalah SPR takdak masalah nak tiru,
pasainya penyediaan peralatan macam ni boleh
buka peluang kepada puak-puak tertentu untuk
dapat kontrak membekal peralatan yang diperlukan,
Bolehlah mark-up harga sampai ke tahap gila 
babi. Kalau tak mark-up harga..depa ni fikir 
tak kan kaya….Pasal dalam hati dan mata..
dok ingat duit..duit..duit aje…takdak depa nak
ingat kerja KERANA ALLAH. Kalau ingat kerja
kerana Allah dak jadi lagu tu!!! 

* Setiap hari 5 x sehari kita akan membaca doa
Iftitah di dalam Solat, dan dalam doa ini ada 
baris ayat yang terjemahannya berbunyi begini,
"Sesungguhnya  solatku,ibadahku, hidupku
dan matiku hanyalah untuk Allah, 
Tuhan semesta alam." 
Hari-hari baca doa ni, apa saja semuanya KERANA
ALLAH, tup-tup bila bekerja kita menyimpang
jauh dari apa yang kita doakan..kenapa???
Bila ada yang tolong mengingatkan kita, kenapa
tak ambil ingatan mereka untuk kebaikan kita???



Wednesday, October 17, 2012

Kentang Goreng Rangup Bercili


KENTANG GORENG RANGUP BERCILI - Amy

Bahan2nya:

2 biji ubi kentang (dibersihkan, diparut nipis )
1/2 cawan ikan bilis (bersihkan dan digoreng garing)
1 biji cili merah (dihiris2)
sedikit garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Bahan2 yang dikisar:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
15 biji cili kering

Cara-cara:

1. Parut kentang nipis-nipis, rendam dalam air berisi garam
    simpan sekejap dalam peti ais (20-30 minit).
2. Goreng kentang yang telah ditoskan sehingga garing.
3. Begitu juuga dengan ikan bilis goring hingga garing.
4. Panaskan minyak tumis bahan-bahan dikisar tadi dan
    goreng sehingga garing.
5. Apabila sudah garing masukkan cili hiris, garam dan
    biarkan kering.
6. Akhir sekali masukkan ubi kentang dan ikan bilis yang
    digoreng garing. Kacau sehingga sebati dan padamkan api.
* Kalau nak bubuh kacang tanah goreng lagi sedap..


Tuesday, October 16, 2012

Lagi Kisah Projek Gilerrr AES!!!!


NGO berkaitan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) 
mempersoalkan kenapa Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) untuk kesalahan lalu lintas tidak
dipasang di kawasan kemalangan sedangkan
tujuannya untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya.
(itulah den dah kobarkan sebolum ni…lain bonar caro
ehhh…!!!! Kojo nak menipu yo jang????)
"Apa yang akan berlanggar di situ, ular sawa dan
penyu? Atau antara kereta lembu?"
(ha..ha.ha lawak antarabangsa…..kamera canggih-
canggih rupanya nak snap gambar kemalangan
kete lombu, sarkastik sungguh!!!!!!)
Laporan terkini mendakwa sistem itu mempunyai
masalah teknikal dan tidak dapat membezakan
antara nombor-nombor kosong, enam dan sembilan.
(Haa …kes parah dah niiie!!!!)
Ini dari NGO…tapi….satu lagi cerita datang dari blog
ni…bacalah sendiri: di sini.

Monday, October 15, 2012

Gilerrr arr Projek AES ni!!!!!!!!


Dah Tau pasal Sistem AES kan? Allaaa…… kamera
trafik yang di pasang pada jalan raya tu…
Automated Enforcement System atau AES 
di kuatkuasakan pada 23 September lalu. 
Pada lapan hari pertama pelancaran aje….., 
sebanyak 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan 
dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan…
(Fuyooo kayo den!!!)
Kalau ikut kan projek AES ni…mendapat tentangan
kerana pemegang konsesinya, ATES Sdn Bhd dan
Betap Tega Sdn Bhd (kroni MCA) mampu mendapat
balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan
daripada saman yang dibayar.
Ini kan sebonarnyo nak ngurangkan kemalangan
jalan rayo ko atau nak cari untung…lain macam
nar caro ehh!!!!
"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun………..
(5 billion ngko!!bukan 500 ribu ke..5 juta ke..tau!!!)
Kedua-dua pemegang konsesi akan untung RM80 juta
di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah
peringkat kedua dan RM350 juta pada peringkat ketiga”.
Ini memberi pulangan lumayan sebanyak RM700 juta
untuk kerja setahun.(Setahun tuuu…kayo gilo den…....
kayooooo!!!!!)Tapi tak leh sebut ‘den’ pasal pemegang
konsesi ni dari kroni MCA kena sebut (“Wa kaya…….
wa kaya…lu jangan bising Maaa!!!!!!) Aduhhh….tak dapek
den nak nolong ….dapek sakit hati adolah!!!!
(keluar pulak slang Nogori…walaupun orang Selangor …
Kui…kui…kui)  

Yang heran bin pelik bin ajaib…. had laju di lebuh raya
itu tidak seragam dan akan menjadikan orang ramai
mangsa dengan pelaksanaan AES. Nampak benor
syarikat terbabit hanya mahu membuat duit….kalu dah
MCA pemegang konsesinya..dah pastilah…tender tu
dapat secara terus bukan tender terbuka….dak gitu???
Dahlah had laju tak seragam, macam baju seragam tu!!,
masa perbahasan bajet kat Parlimen pun jawapannya 
tak seragam, ada percanggahan jawapan antara
Kementerian Pengangkutan dan JPJ, kan heran tuuu!!!
Kementerian Pengangkutan tu bapak ehhhh..... JPJ tu
pulak anak ehhhhh...tapi bagi jawapan bertulis kat Ahli
Parlimen Tanah Merah, YB Amran Ab Ghani berbeza,
mengenai imej yang dirakam (AES).
Adalah yang nak kena Wachaaa ni...nampaknya!!!


"Kementerian menyatakan jumlah imej dirakam
sebanyak 3,344 bagi tempoh dua hari pelaksanaan
mulai 23 hingga 24 September. Namun kenyataan
dari Pengarah JPJ pula memberitahu hanya 2,952
imej sahaja bagi tempoh yang sama, kenapa ini
berlaku dan adakah tiada maklumat yang tepat
diberikan sehingga berlaku percanggahan maklumat,"
ketika membahaskan Bajet 2013 di Parlimen.
(Haaa..bersilat ..berkung fu lah ngko orang lepas ni…)

Selain lokasi had laju 60 hingga 110 kilometer sejam
menjadi pilihan pemasangan AES, lokasi 30 kilometer
sejam juga turut dipasang AES antaranya di Kampung
Pulau Gajah, Kota Bharu dan KM 27 Jalan Langkap
ke Kampar, Hilir Perak.(Jalan kampung pun letak
kamera...naya...naya...memang kes naya....)


Kenapa begitu banyak kamera yang dipasang?????
Kenapa ada jalan jalan yang mempunyai had laju 30
dan 50 km/j (cth jalan Langkap).Dunia semakin pantas, Kenderaan semakin canggih dan teknologi semakin
tinggi.Had laju sedemikian dianggap tidak wajar.
Ini menunjukkan ada udang disebalik batu.Ahhhh!!!!…
peribahasa tu tak leh pakai laa ni..... dah nak kena tukar…
Udang balik mee pun tak leh…tak cool!!! Ohhh........
“Banyak udang atas mee…pasal kolam udangnya free!!!”
Wakakaka…betul laakan free..Menteri Pertanian tu
dapat tanah free buat kolam udang, 30 ekar tu!!!!!!!


Alasan paling bangang dan jiwa kacau untuk projek
AES ini adalah….jeng!!!jeng!!jeng!!! “Langkah langkah
yang diambil ini konon nya untuk mengurangkan
kejadian kemalangan.”
Nak tanyo takkan laa bila ado kemalangan jo, disobabkan
keto dipandu laju.Takkan tu saja sobabnyo?..Tell me...
tell me !!!!!!

Adalah pakcik-pakcik yang bangga bila dapat BR1M..
Kalau dapat BR1M sebab dah pencen ok tadak hal…
Tapi kalau masih bekerja dapek BR1M…memang cari
pasal….!!!Pasal..nya BR1M diuruskan oleh LHDN…..
Ayat penuhnya Lembaga Hasil Dalam Negeri…..taukan
apa tugas Lembaga Hasil dalam Negeri…iaitu kutip
cukai…mana yang dapat tu jangan suka dulu…tunggu
ajelaa…”surat cinta” dari LHDN…ini apa ada kena
mengena dengan ini cerita BR1M dengan AES pulak?
Apa Kes?????...Pasal ada kes la wa bagitau…..
Apa yang bagusnya kalau kerajaan beri kepada anda
RM500?  Cukup dapat dua saman AES je, sama seperti
mereka ambil semuanya balik BR1M tu siap dengan
untung yang lebih mereka dapat, jangan tak tau!!!!!
Tak faham???? Contohnya: 2 kali bayar saman Sistem
Kamera 1Malaysia (AES), hangus duit BR1M RM500
wa cakap lu…..lopaih tu dapek la pulak surat cinto
LHDN...tangkap lentuk.......kalau BR1M tu untuk
kebajikan...dah tentulah Jabatan Kebajikan yang urus..
tapi tu laa pasal...dulu menteri kebajikan pun tak jaga
kebajikan do sibuk njaga lombu tak sudah-sudah....
Sampai lombunya pupus.....(waktu bekas menteri ni
bertugas..saya dah tak ada di situ, saya sempat bekerja
dengan 3 bekas menteri wanita sebelumnya). 


Kalau projek ni tak untung bagi kat depa….kucing
bertanduk pun depa takkan buat projek tu…
Pasal untung lumayan laa…depa bersungguh..dak gitu??
Just my two cents!!!!!!!




Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails