Thursday, October 18, 2012

Korea Boleh...Takkan Malaysia Tak Boleh!!!!!


Slogan “Malaysia Boleh” ni dah bertahun dah…
Diangkat menjadi slogan berdasarkan dari sebuah
lagu popular tahun 1990 an dari Kumpulan
Metropolitan kalau tak silap…tak ingat nama
penyanyi kumpulan tu…. tapi tajuk lagu tu
“Fikirkan Boleh” lagu yang dikumandangkan
bila pasukan Badminton Negara menang Piala
Thomas 1992..Alaa kalau tak tau cari aje kat
You Tube….Apa kena mengena ini cerita sama
ini slogan? Adaaaaaaaaaa!!!!

Sewaktu Pameran Hari Korea di Pusat Konvensyen
Sunway, Subang Jaya, para pegawai kedutaannya
dan sukarelawan menyediakan kaunter tempat
untuk mendaftar rakyat Korea Selatan yang berada
di Malaysia sebagai pengundi tidak hadir. Bagi
memudahkan pengundian di luar negara, rakyat
Korea Selatan yang tinggal di Malaysia sedang
bersiap sedia untuk pertama kalinya mengundi
bagi memilih Presiden mereka.

"Jika mereka (pengundi) tidak berada di Korea,
mereka perlu memaklumkan kepada kerajaan
bahawa mereka tidak berada di Korea.
"Sebaik sahaja mereka diiktiraf, mereka boleh
mengundi di kedutaan untuk memilih presiden,"
kata Sunny Huang Eun Sun - seorang sukarelawan
di kaunter tersebut, yang membantu menterjemah
untuk Sim semasa ditemubual. Katanya, nama
rakyat Korea Selatan ditambah secara automatik
dalam daftar pemilih apabila mendaftar untuk
mendapat kad pengenalan mereka pada usia
19 tahun, tetapi perlu mendaftar terlebih dahulu
setiap kali mereka bercadang untuk mengundi
sebagai pengundi tidak hadir
Malah, Sim dan para sukarelawan juga menyediakan
tempat mengundi olok-olok untuk memastikan
pengundi tahu apa yang perlu dibuat apabila
mereka mengundi di kedutaan pada bulan Disember
nanti.

Selepas identiti pengundi dan kelayakannya
disahkan, sebuah pencetak kecil mencetak kertas
undi manakala satu lagi pencetak, akan mencetak
sampul surat berpelekat dengan memaparkan
kawasan pengundian.Sebuah penjana kuasa (UPS)
disediakan untuk memastikan sistem pengundian
berjalan lancar walaupun berlaku gangguan
bekalan elektrik.

SPR Malaysia bolehlah belajar dan kalau sesuai
boleh tiru terus kaedah yang Korea Selatan guna
tu. Takkan slogan aje di laung-laungkan
“ Malaysia Boleh”…….“Malaysia Boleh” bagai
nak rak…tapi habuk pun tarakk!!

Benda-benda yang boleh di ikut, ikutla…
takkan KPop dengan Gangnam Style je gah
di tiru…..cara bekerja kalau tidak bertentangan
dengan syariah…ikutlah tak salahkan??? Tapi,
macam biasalah SPR akan buat-buat “BODO”
tak reti atau memang tak reti, pura-pura
tak nampak benda-benda macam ni. Yang heran 
dan ajaibnya SPR nak berhabis duit hantar 
kertas undi kepada setiap pengundi yang ada 
diluar negara seperti yang Pengerusi SPR dok 
kata “akan telan kos yang terlalu tinggi.”
Awat lagu tu!!!…SPR Korea tak buat kerja
lagu tu pun.

Sebagai Suruhanjaya yang menguruskan,
memantau dan mengendalikan Pilihanraya
kenalah lebih telus dan berkecuali. Bekerjalah
"KERANA ALLAH''. SPR kena benarkan ejen 
calon atau parti yang bertanding memantau 
proses pengundian di kedutaan tu.
Janganlah dok kata..’’Berilah kami kepercayaan,
Beri kami kepercayaan…” dok ulang ayat yang
sama…tapi kelaku, buat orang hilang percaya…..

Rasanyalah SPR takdak masalah nak tiru,
pasainya penyediaan peralatan macam ni boleh
buka peluang kepada puak-puak tertentu untuk
dapat kontrak membekal peralatan yang diperlukan,
Bolehlah mark-up harga sampai ke tahap gila 
babi. Kalau tak mark-up harga..depa ni fikir 
tak kan kaya….Pasal dalam hati dan mata..
dok ingat duit..duit..duit aje…takdak depa nak
ingat kerja KERANA ALLAH. Kalau ingat kerja
kerana Allah dak jadi lagu tu!!! 

* Setiap hari 5 x sehari kita akan membaca doa
Iftitah di dalam Solat, dan dalam doa ini ada 
baris ayat yang terjemahannya berbunyi begini,
"Sesungguhnya  solatku,ibadahku, hidupku
dan matiku hanyalah untuk Allah, 
Tuhan semesta alam." 
Hari-hari baca doa ni, apa saja semuanya KERANA
ALLAH, tup-tup bila bekerja kita menyimpang
jauh dari apa yang kita doakan..kenapa???
Bila ada yang tolong mengingatkan kita, kenapa
tak ambil ingatan mereka untuk kebaikan kita???



No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails