Wednesday, October 24, 2012

Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah (9 Dzulhijjah)



Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.(Esok 
bersamaan 25 Oktober - Khamis) Ia disunatkan 
kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu 
bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa 
sunat hari `Arafah ialah:
1)    Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun
    yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata,
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya
tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda
menjawab:     يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus
dosa setahun yang telah berlalu dan setahun
akan datang.”(HR Muslim)
2)    Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala
   kerana ia termasuk dari 10 hari pertama 
   dari bulan Dzulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ,
 يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي
سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ,
 اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih
dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh
ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad
di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki
yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya
dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
3)    Hari yang paling banyak dibebaskan dari api
neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala
membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih
daripada hari `Arafah.”(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. 
Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut
Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia
tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan
doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah
dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa
sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…
Sumber di sini

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails