Saturday, April 6, 2013

Bercuti-Terengganu Kite...Hari Ketiga

Pagi hari ketiga sepatutnya lepas sarapan pagi kami
ada Jungle Trekking..dan selepas makan tengahari
ada snokling lagi...tapi masing-masing pakat taknak
pegi jungle trekking..sebab nak tolong Si Iqa yang
pergi kepulau bersama assignment Kolej, mak oii !!!
banyaknya..walaupun cuti hanya seminggu...sedikit
tergendala projek membuat folio pasal takada internet
WIFI jauh sekali...Si Ira kata kita ni terkandas kat 
pulau ke apa? Rupanya benda-benda tu belum 
beroperasi lagi, walaupun parabola sudah dipasang. 

Pukul 2.00 petang si Ira, Kak Diba dan hubby pergi
snorkling, tapi saya dan Iqa tak ikut, kesian banyak 
sangat assignment yang tak siap lagi....



Petang kami meronda-ronda tepi pantai…ada resort 
lain..di Pulau Lang Tengah ni dan paling cantik buat 
ketika ini adalah Reseort Sari Pasifika….resort yang ada 
Jakuzi….

dan ini satu lagi bersebelahan Sari Pasifica.......
tapi dalam tempoh 2 ke 3 tahun lagi…Summer Bay 
Resort akan menjadi resort paling besar…cantik siap 
ada kolam renang dan kemudahan lain, Insya Allah….
semua dalam perancangan..kata pekerja resort.
Memang cantik pasir pantai..halus mulus dan putih 
sangat-sangat....
Kami jalan-jalan sambil menunggu matahari terbenam 
Subhana Allah....Allah Hu Akbar...tersangatlah cantik.....
Cantikkan????
Bersambung lagi Insya Allah.....

Friday, April 5, 2013

Siapa Yang Perlu Kita Undi???..Mengapa Perlu Mengundi????


Parlimen akhirnya bubar…dan tak lama lagi PRU13,
bila pilihan raya orang suka tanya “kau pilih siapa?…
undi parti apa?,” nanti yang menjawab akan kata
“ Eh!!!undikan rahsia!!!”…Tapi itu perkara biasa…
maknanya soalan sebegitu dah jadi biasa… tapi yang
paling biasa dan saya tak suka adalah bila orang berkata..
"Alah…siapa pun yang memerintah sama aje…tak
berkuasa bolehlah cakap…cuba pegang kuasa…dia pun
sama aje……!!!”
Siapa pun sama aje???...Pada saya, mana boleh sama
seperti orang yang rajin bekerja dengan yang malas
tentulah hasilnya tak sama, begitu jugalah dengan
orang yang taat dan takut kepada Allah SWT, dah
tentulah tak sama dengan orang yang ingkar kepada
Allah SWT.
Orang yang kita beri undi, akan jadi pemimpin,
pemimpin yang bagaimana? Yang sanggup susah kerana
orang yang dipimpinnya atau yang tahu senang dan tak
pernah peduli pun apa yang orang lain rasa.
Nabi Yusuf A.s pernah ditanya, maksudnya:
"Kenapa kamu berlapar sedangkan harta negara ada
ditanganmu." Baginda menjawab: " Aku takut jika aku
kenyang, aku melupai orang yang lapar." 

Kepada orang yang tak pernah mengundi sebab tak
nak ambil tahu, alasannya "Politik semua sama,
malas nak layan", cuba baca apa yang Prof.Dr.Muhaya
katakan:-


Prof. Dr.Muhaya:
"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan
dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh
dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?.
Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa
dan menjatuhkan orang lain.

Politik Islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus
dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN
dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara
yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki
bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan
kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak
sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan
mendapat kuasa itu. Apabila orang yang tidak layak
mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas
perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan
tanggungjawab kita sebagai pengundi.Islam menggalakkan
kita bermusyawarah dalam kehidupan. Mengundi adalah
cara musyawarah peringkat global."

Begitu juga bila ada keraguan untuk mengundi
orang yang bukan Islam. Cuba baca dan fahamkan
apa kata Dr.(Ust)Zaharuddin Abdul Rahman
(MURSHID) tentang siapa yang kita undi .

Lepas membaca dan memahami..anda semua
buatlah keputusan yang bijak….selamat berkempen
dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.
INIKALILAH!!!!!!!ABCD!!!!!!

Thursday, April 4, 2013

Bercuti -.Terengganu Kite!!! Hari Kedua Bahagian Kedua....



Kami sampai kat Pulau Lang Tengah..pukul 11.49 pagi 
lebih kurang….sinaran matahari memancar terang…..
Separuh resort sedang di renovasi…pintu gerbang pun 
tak siap lagi…sebab-sebab di renovasi…owner baru dah 
ambil alih…owner lama dah balik Australia….itu kisahnya…..




Pintu Gerbang baru dalam pembinaan

Blok utama...sedang direnovasi

Yang dah siap dan boleh diguna Restoren, kaunter 
pendaftaran dan dapur restoren...kedai atau pasar mini
pun dalam pembinaan…..Restoren ni lah tempat kami
sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan 
makan malam.
Katil King Size
Selepas solat zohor...kami ada acara snorkling...pekerja
siap bawa healer..." Snorkling!!!snorkling!!!!"
Kami keluar buat bayaran untuk peralatan jaket dan
juga alat google...dan ada staf resort yang tunggu kami 
untuk bawa naik kat bot...


Jeti yang dituju untuk naik bot.."snorkling"!!!!!









Ikan punyalah banyak...
Nanti kita sambung cerita pulau ni lagi...Insya Allah.....

Tuesday, April 2, 2013

Bercuti - Terengganu Kite!!!! Hari Kedua Bahagian Pertama....


Sebelum menikmati sarapan pagi di Restoran resort...
kami menikmati pemandangan matahari terbit dan  
bot-bot nelayan bergerak mencari rezeki….Subhanallah….
Allah Hu Akbar….Cantik dan indahnya pemandangan……
tengok gambar ni macam senjakan...tapi sebenarnya pagi.
Sebab terlupa tukar setting kamera dari malam ke siang 
dan dari potrait ke landscape....


   Kami sarapan pagi di sini.....

Lepas sarapan dan check out kami bergerak ke Jeti 
Merang..Pulau yang kami tuju untuk percutian kali ini 
adalah Pulau Lang Tengah, terletak diantara 2 buah
pulau yang lain iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian
Pulau perhentian saja saya dah pernah pergi…(saya
sorang jelah...yg lain hubby dan anak-anak tak pernah
pergi lagi...itupun pergi sebab urusan kerja). Tapi pulau
Redang belum pernah lagi….saya pilih Pulau Lang Tengah
sebab tertarik melihat pemandangannya semasa resort 
ni buat promosi di MATTA Fair bulan September 
tahun lepas…pergi tahun ni sebab nak lepaskan musim 
Monsun Timur Laut….dan kebetulan anak-anak Cuti 
semester dan cuti sekolah….. 
kawasan Jeti Merang
Carilah wakil resort Summer Bay Lang Resort….
aduhhhh!!!!!…rupanya salah jeti daa!!!!!.Resort ini satu-
satunya ada jetinya sendiri…Mr.Chua telefon…"you sudah 
salah jeti,kami punya jeti kat simpang tiga..selepas 
stesyen Shell…ada tulis Jeti Redang Lang…ek eleh!!!!!….  
Jam dah tunjuk 8.45 pagi ...bot bergerak jam 9.00 pagi,
alamak camna ni???...En.Hubby lak pergi patah balik ke
Sutra Beach Resort....sebab si Ira tertinggal duit...
hmm!!!!macam-macam...telefon hubby...dah salah jeti
laa...okey..okey..kata en.hubby...saya nak gerak ni...
Kebetulan ada seorang petugas kat jeti tu En. Rosmadi
dialah tunjuk arah nak hala kemana jeti satu lagi tu...
Terima kasihlah En.Madi....

Jeti sedang diubahsuai 





Kami sampai kat jeti khas untuk Summer Bay Resort 
(Redang Lang)…bot belum sampai lagi…kami berlepas 
dari jeti kul 10.45 pagi… dalam perjalanan, bot kami 
melalui Jeti Merang yang kami tersalah pergi tadi...


Kawasan sekitar Jeti Merang yang dilalui.


Perjalanan ke Pulau Lang Tengah mengambil masa 1 
jam lebih kurang...hanya kami sekeluarga aje yang naik 
bot tu,yang lain dalam bot tu adalah pekerja resort, 
termasuklah dari Bangla, orang Melayu tempatan 
(Gganu Kite). 

Sambungan lagi hari kedua bahagian kedua ........
Tungguuuu!!!!





Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails