Friday, April 5, 2013

Siapa Yang Perlu Kita Undi???..Mengapa Perlu Mengundi????


Parlimen akhirnya bubar…dan tak lama lagi PRU13,
bila pilihan raya orang suka tanya “kau pilih siapa?…
undi parti apa?,” nanti yang menjawab akan kata
“ Eh!!!undikan rahsia!!!”…Tapi itu perkara biasa…
maknanya soalan sebegitu dah jadi biasa… tapi yang
paling biasa dan saya tak suka adalah bila orang berkata..
"Alah…siapa pun yang memerintah sama aje…tak
berkuasa bolehlah cakap…cuba pegang kuasa…dia pun
sama aje……!!!”
Siapa pun sama aje???...Pada saya, mana boleh sama
seperti orang yang rajin bekerja dengan yang malas
tentulah hasilnya tak sama, begitu jugalah dengan
orang yang taat dan takut kepada Allah SWT, dah
tentulah tak sama dengan orang yang ingkar kepada
Allah SWT.
Orang yang kita beri undi, akan jadi pemimpin,
pemimpin yang bagaimana? Yang sanggup susah kerana
orang yang dipimpinnya atau yang tahu senang dan tak
pernah peduli pun apa yang orang lain rasa.
Nabi Yusuf A.s pernah ditanya, maksudnya:
"Kenapa kamu berlapar sedangkan harta negara ada
ditanganmu." Baginda menjawab: " Aku takut jika aku
kenyang, aku melupai orang yang lapar." 

Kepada orang yang tak pernah mengundi sebab tak
nak ambil tahu, alasannya "Politik semua sama,
malas nak layan", cuba baca apa yang Prof.Dr.Muhaya
katakan:-


Prof. Dr.Muhaya:
"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan
dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh
dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?.
Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa
dan menjatuhkan orang lain.

Politik Islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus
dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN
dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara
yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki
bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan
kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak
sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan
mendapat kuasa itu. Apabila orang yang tidak layak
mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas
perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan
tanggungjawab kita sebagai pengundi.Islam menggalakkan
kita bermusyawarah dalam kehidupan. Mengundi adalah
cara musyawarah peringkat global."

Begitu juga bila ada keraguan untuk mengundi
orang yang bukan Islam. Cuba baca dan fahamkan
apa kata Dr.(Ust)Zaharuddin Abdul Rahman
(MURSHID) tentang siapa yang kita undi .

Lepas membaca dan memahami..anda semua
buatlah keputusan yang bijak….selamat berkempen
dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.
INIKALILAH!!!!!!!ABCD!!!!!!

2 comments:

  1. Ya..sayang...undi jgn tak undi...tapi jgn salah undi...sebab jika
    kita salah memberikan undi...kata Ustaz kita akan di persoalkan nanti di akhirat.Jaga diri ya Izwa...masa tengah preggy ni rajinkan makan kurma, jus kurma...dah dekat bersalin nanti lagi kena selalu minum dan makan buah kurma (7 biji makan) dan selebihnya minum jusnya.

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails