Friday, April 19, 2013

Kisah Menyentuh Hati - “Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”


Kisah Menyentuh Hati -  
Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian 
di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja 
darjah 6 duduk di tepi meja saya.
“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”
“InsyaAllah, UPSR 5A.”
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu 
pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. 
Katanya lagi,“Ustazah, ini serius tahu!”
Saya senyum sembil berkata;
“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga 
sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”
“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula 
bertanya siapa nama saya.”Saya mula merasakan anak 
ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan 
namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”
“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-
sungguh mahu ustazah doakan?”
Dia menyambung lagi,“Ustazah, saya meminta untuk 
didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, 
apa hadiah yang saya mahukan.”
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan 
seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah 
apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu 
sekiranya kamu mendapat 5A?”
“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya 
dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya 
dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,
“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini.
Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya 
mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada 
anak ini wahai Allah.”
Sekadar renungan bersama...Al-Azrul Zakuan www.fuh.my
                             
(Jika dapat 5A - Tuntut hadiah supaya ibu bertudung 
menutup aurat. Allah Hu Akbar !!!) 

2 comments:

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails