Tuesday, December 11, 2012

Kisah Dari GAZA....You Are My Hero!!!!!

SubhanaAllah semangat ukhwah di "Perhimpunan Batu 
Dari Neraka" atau "Intilaqa Hijarat Min Sijjil"cukup luar 
biasa. Ia merupakan simbolik bagaimana burung burung 
kecil ababil mampu mengalahkan tentera gajah lagi 
gagah & hebat. Itulah perumpamaan kami yg berada 
di sini. Kami bertemu saudara (saudari) dari Eropah, 
tanah arab lain & Malaysia dpd pelbagai NGO.


Senyuman wanita Ghaza berbeza hari ini. Dimata
mereka ada harapan. Harapan anak-anak mampu
menjalani kehidupan lebih baik dari semalam.
Punya peluang pendidikan & yg paling penting
peluang untuk si kecil terus hidup!

Namun jika benar-benar ditenung jelas luka 
semalam 
masih tegar dlm memori. Ada yg menceritan 
pengalaman serangan beberapa minggu lalu. 
Mereka menggigil dan saling berpelukan setiap kali 
bom dijatuhkan yahudi zionis laknatullah. Itu buat 
yg tinggal jauh dari lokasi serangan. Bayangkan apa 
yg dilalui mereka khususnya anak-anak kecil yg 
tinggal di tgh kota Ghaza. Muhammad bin Lubbat, 
12 tahun tidak bercakap selama 3 hari apabila 
15 ahli keluarganya termasuk ibu tercinta dibunuh 
kejam dek serangan tidak berperikemanusiaan. 
Trauma yg maha dasyat. Tak mungkin kita orang 
dewasa mampu menanggungnya. Ya Allah 
lindungilah anak ini.

Di perhimpunan begitu ramai wanita Palestin
datang & memeluk kami. Mereka mengatakan
sayang & cinta kpd rakyat Malaysia. Mereka sibuk
memastikan kami ada kerusi utk duduk, walhal
mereka sendiri perlu berdiri. Mereka pastikan
kami yg kecil ini tidak dihimpit, tidak sesat,
tidak lapar & dahaga. Mereka tunjukkan jln malah
sanggup berjalan jauh utuk pastikan kami tidak
hilang arah. Mereka berikan kami buah, roti & air 
kerana risau kami lapar & dahaga. Semua ini 
dilakukan oleh wanita yg berbeza. Layanannya
tetap sama. Bagaikan saudara.SubhanaAllah.
Tiba-tiba hati saya terdetik. Walhal itulah yg
kami cuba lakukan selama ini utk mereka dari
Malaysia. How our roles have changed in a blink
of an eye today.

Ada seorang gadis merapati kami dan berkata
"you are my hero" (sambil memandang Heliza
Helmi & saya). Saya sangkakan saya tersilap
dengar. Sambil tersenyum dia mengulang
 "you are my hero". Saya menjawab "No. You
are the hero. It was you who had to face the
enemy". Dengan pantas dia menjawab "without
your help we could not have fought the Israelis.
So you are the hero". There was a lump in my
throat. Sebak. Begitu rupanya pandangan mereka
terhadap rakyat Malaysia. Saya & Heliza saling
berpandangan. Kami terkedu.

Sebelum berpisah seorang wanita berpurdah
berkata "InsyaAllah bertemu lagi, di Jannah".

-Farrah Adeeba


Monday, December 10, 2012

Dah habis....sekolah..


Hmmm…dah berhari tak update blog...busy lak
pulak....hari ni baru ada kesempatan.....
Alhamdulillah…lega kak Diba dah habis exam….
Minggu lepas hari Khamis pegi asrama di Kuala 
Kelawang Negeri Sembilan......dan mengangkut
barang- barang yang masih ada…terutamanya
buku….ramai mak ayah yang menunggu .
Hari terakhir bersekolah menengah…
                     
Kak Diba bagitau masa cuti seminggu
dulu kawan-kawan satu dorm pakat-
pakat cari kerja….sementara tunggu
keputusan peperiksaan….
Saya pun tak kisah kalau dia nak kerja,
Dalam waktu yang sama nak dia belajar
memandu dan belajar memasak…..

Bila sebut belajar memasak…bukanlah
Tak pandai langsung…masak nasi, masak
air…bancuh air teh…menggoreng ayam
Goreng ikan…terutama bila guna deep fryer…
budak-budak sekarang memanglah terror…
Cuba suruh guna kuali….dengan minyak
yang banyak tu…hmmm!!!!!!!

Monday, December 3, 2012

Harap Maaf..Untuk Penyewa Bilik Studio Tiara Beach Resort...


Kepada sesiapa yang menelefon, menghantar sms 
untuk menyewa bilik studio di Tiara Beach Resort (TBR),sepanjang cuti sekolah ni..saya memohon 
beribu- ribu maaf sebab…….bilik studio tersebut 
tidak dapat disewakan buat sementara…sebab 
kami masih dalam proses perundingan dengan 
pihak Pengurusan yang baru mengambil alih 
Tiara Beach Resort.

Pihak Pengurusan yang baru ada menawarkan
perjanjian baru untuk pemilik-pemilik apartment….
Sebelum inipun kami serahkan kepada pihak
Pengurusan Tiara untuk menyewakan bilik
Studio kami. Pada perjanjian pertama untuk
Tempoh tiga (3) tahun semuanya berjalan lancar.
Masuk perjanjian kedua untuk tempoh tiga (3)
Tahun lagi…tahun keempat okey…masuk tahun
Kelima dan keenam…mula buat hal….duit sewa
mulalah pihak pengurusan tak bayar….nak duit
kena telefon…kalau tak..diaorang buat senyap je..
Sampai kesudah…telefon berkali-kali pun tak
dapat duit sewa…dalam kami tak dapat duit sewa,
Datang surat untuk perjanjian ketiga…
Saya telefon pihak pengurusan kata…You all nak
Suruh kami sambung you all punya kontrak…
Sedangkan duit kami masih tak di bayar, rugilah
Kami…..untuk perjanjian ketiga kami menolak untuk
Menyambung kontrak pihak pengurusan Tiara…dan
Kami ambil balik bilik studio tu…upah orang untuk
uruskan dari ambil penyewa dan juga bersihkan…
Tapi masalah timbul lagi….bila berbulan-bulan orang
yang kami upah…tak bayar duit sewa kepada kami…
kami nak uruskan memang payahlah…sebab duduk
KL nak ulang alik ke PD….Bila terjadi kes tak bayar..
Kami tak upah sesiapa dah untuk ambil penyewa dan
 Bersihkan bilik….

Bila pengurusan baru tawarkan untuk menguruskan
Bilik studio tersebut dan diaorang nak buat ubahsuai
Nak buat WIFI, tv flat screen dalam bilik dan banyak
lagi…rasa teruja jugak…jadi buat sementara..kami tak
sewakan bilik kepada sesiapa…harap maaf banyak-
banyak…!!!!!!!

Thursday, November 29, 2012

Bercuti di Fraser's Hill Pahang - Hari Kedua......


Pagi kami sarapan kat Putri Bongsu Lounge
Shahzan Inn..Lepas sarapan si Ira ajak si Kak Diba 
main basikal,si Iqa tak turun sarapan..sebab tak suka 
sarapan pagi..dia ambil sarapan lewat jam 10.00 ke 
11.00 pagi… (sebab perut tak tahan...isi pagi-pagi) 
saya dengan hubby tengok Si Ira dengan si kakak Diba 
main basikal…bimbang sebab banyak kereta…..







Saya berkenan dengan banglo berhadapan dengan 
Shahzan Inn, 4 - 5 tahun lepas waktu datang ke sini, 
banglo ni macam rumah tinggal..semak samun..tingkap
rosak..tapi kali ni, banglo ni dah dibaikpulih dan dibuka
untuk disewa kepada orang ramai...cuba tengok iklan 
ni..iklan free aje ni...cantikkan banglo ni..paling dekat 
dengan pekan depan padang golf...



  




Lepas bergambar, balik bilik tengok tv, berkemas….
check out jam 12.00 tengahari..sebelum balik saja
singgah sekejap kat Pine Resort…cantik pemandangan
dari atas bukit..ada kabus...nyaman udara...terasa 
bersih sangat...lepas tu terus balik K.L…kami ikut laluan 
hala ke Raub... jalan belok-belok lebih jauh dari jalan 
masuk ke Fraser's Hill, sampai persimpangan ke KL.. 
berhenti sekejap beli makanan...lepas tu masing-masing lalok...kecuali En. Hubby, pasal dia drive...hik..hik.hik..








Papan tanda dipersimpangan Raub - KL, 
bintik-bintik bulat tu...rintik hujan yang 
mulai turun kena cermin kereta......Inilah  
saja cerita percutian 1 malam 2 hari
di Fraser's Hill.....anak saya si Ira suka sangat..
sebab Fraser's Hill masih sejuk berbanding KL.

Monday, November 26, 2012

Bercuti di Fraser's Hill Pahang - Hari Pertama


Plan nak bercuti ..tunggu kak Diba habis exam…
Habis exam Insya Allah selepas minggu pertama
bulan Disember…sebab minggu tu ada exam untuk
pelajaran teknikal…
Si Ira dah complein asal nak cuti tunggu bulan 12?
Dah bagitau…tapi macam tak faham-faham…dia ajak 
pegi SOGO…ajak gi Wangsa Walk, pegi Times Square 
lagi, I City…segala macam tempat nak pegi…..adehhhh!!!
Kebetulan En.Hubby cuti dah habis…ada untuk tarikh
cuti jemput kak Diba balik dari asrama bulan Disember
nanti…itu aje cuti yang tinggal…

Mana tempat yang boleh pegi Sabtu dan Ahad aje….
Dah tentulah tempat yang tak berapa jauh dari K.L..
Ambil keputusan gi Fraser’s Hill ajelah, walaupun saya
dah pegi sana..lima ke 6 kali..(termasuklah kena out
station masa keje dulu). Hubby booking ..ingat nak 
duduk kat Puncak Inn ajelah…tapi penuh..(dah pernah 
duduk sana sekali)…Jadi tukar booking Shahzan Inn…
(dulu masa nama Hotel Merlin kami pun dah pernah 
duduk ..saya dah 2x…sebab..out stations dan sekali tu 
dengan hubby dan anak- anak..masa tu diaorang 
sekolah rendah) dan juga ada satu banglo tu… saya tak 
ingat namanya. (Banglo tu 2x satu kali sebab keje,
(saya kena jaga peserta kursus- dari ofis saya,
saya sorang je..sepatutnya sorang PTD tu ikut bertugas,
kebetulan masa dah sampai kat Fraser’s Hill, malam tu
dapat panggilan hubby dia eksiden…terpaksa balik …
kebetulan ada pegawai dan kakitangan dari MARA yang 
bertugas sebagai fasilitator untuk Kursus tersebut..
kalau tak mati kutu di buatnya…(selingan iklan sekejap…kekeke…!!!!) dan sekali lagi, saya duduk banglo tu..ramai
-ramai dengan member ofis lama dari JPA.

Kebetulan abang sms ajak pegi Muar..abang dengan 
kakak yang lain ikut…dia orang plan nak tidur Melaka….
tapi sebab dah booking Fraser’s Hill, tak bolehlah nak 
ikut ke Muar….







Kami sampai nak dekat kul 1.00 tengahari lebih kurang begitulah..Ingatkan orang tak ramai..rupanya hotel penuh
Check in…petugas kaunter kata boleh masuk bilik…ambil 
beg semua…masuk bilik..rehat sekejap..azan Zohor 
berkumandang dari Masjid berhampiran…lepas solat 
Zohor baru kami turun pekan FH, jalan-jalan cari makan…

Kami pergi ke Puncak Inn..Restoren D'Olio. Memang 
cantik…tapi harga makanan..hehehe…meletops..










Lepas makan kami jalan-jalan…bergambar sakan..
beli cenderahati, pergi bagi makan ikan, singgah gerai
beli cucur @ jemput-jemput durian...gerai tu penuh
dengan pelanggan lelaki (rasanya semua dari KL)
dan pergi ke tempat menunggang kuda...si Ira yang 
nak sangat naik kuda…
Ingat nak pegi air terjun jalan tutup ada tanah runtuh…
Sedang diperbaiki…..sampai tersesat masuk kawasan
Perumahan pangsa…Lepas solat Asar Ira dengan abahnya
pegi main basikal….

















Malam anak-anak tak nak keluar sebab nak tengok 
Harry Potter…saya, Ira dengan hubby aje keluar…ohh!!..
kedai makan penuh manusia..kebetulan ada satu je 
meja kat kedai makan tu kosong..kedai lain penuh…
bila dah ramai…masakan pun faham-faham ajelah…
tak ada rasa….majoriti yang ramai tu dari KL.

Bersambung lagi.....hik..hik..hik....


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails