Wednesday, September 12, 2012

Asparagus Tumis Udang



Asparagus Tumis Udang – Amy

Bahan-bahan:
 2 cekak asparagus
200 gm udang basah
1 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan untuk di kisar:
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 biji cili merah

Cara:
1.    Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan
Dikisar hingga naik bau.
2.  Masukkan sos tiram, gaul rata.
3.   Masukkan udang basah kacau seketika.
4.  Perasakan dengan garam .
5.   Masukkan asparagus, kacau seketika sahaja
Angkat dan sedia untuk di hiding.




Iklan TV yang mengajar wanita mengumpat.....datang ke rumah orang tanpa adab...



Biasakan tengok iklan minuman ni di tv?… Hari-hari
Iklan ni ada…yang tak bagusnya…iklan tu mengajar
orang mengumpat…atau sebenarnya nak bagitau
seluruh alam yang orang perempuan memang suka
mengumpat…siap kata…”Nak bancuh air oren
laa tu…apa kelas”…..(banyaklah engkau punya
Kelas….!!!!)
Bila kita datang bertandang ke rumah
orang..bukan saja tingkah laku, percakapan perlu
di jaga…mata juga perlu di jaga…barulah kita
di panggil orang yang berADAB….
Orang atau tuan rumah nak hidang air tu
dah cukup bagus…kalau dia buat bodo je…
tak malu ke???
Memang dalam Islam..tetamu perlu di hormati…
tetapi yang datang jadi tetamu pun kenalah tau
adab sebagai tetamu…Apa barang nak kutuk-kutuk
air dan kuih muih kat rumah orang…
Lagi satu…kalau ikut kata Ustaz Azhar, air kat
iklan tu HARAM sebab ada alcohol…sama gak
dengan air COCA-COLA…sebab air COCA COLA
tu umpama Clorox……..tapi iklan hari-hari duk
tayang….Musykil ni….!!!
Teringat waktu saya naik penerbangan MAS,
Masa tu anak yang sulung baby lagi…
Ketua Pramugara tu Non Muslim…tanya saya
“Puan nak White Wine ke?”....saya pun laju aje 
geleng,dengan muka blur (No…No..No!!!!)
Ketua Pramugara tu kata kat saya…white wine tu
bukan arak…sebelah saya pulak…Chinese Man…
pun mengiyakan…ya…ya bukan arak…
Ketua Pramugara tu macam tak puas hati,
dan tanya “Puan bagi tak anak puan minum
Ribena?”…saya pun jawab….Ya!!!!...
“so…. Ribena tu sama ajelah dengan White Wine tu,
kata Ketua Pramugara…Hah!!!!!saya terkujat …
blur jadinya,tapi lepas tu memang saya tak bagi
anak saya minuman tu…..

Mengapa Ust Azhar suka kata BODO... [BACA]


Ingat!!!!
Dalam kubur nanti kita akan kena soal 7 hari 
7 malam. Soalan bertambun-tambun akan ditanya. 
Tapi kita nak mati esok, sekarang pun tak belajar 
agama. Hang nak jawab apa dalam kubur esok-esok 
neh. Kalau aku kata hampa BODO, hampa marah!!!
Haha...Peringatan untuk diri sendiri..adehhh!!!!....

Sumber : di sini

Tuesday, September 11, 2012

Cornflakes Chocolate


Semenjak dua menjak ni, sibuk menjahit...tapi si adik 
bising bila nak buat cornflakes choklat...jadi semalam saya 
buatkanlah untuk dia....bila dah siap sedap la Ibu...mengadap
benda tu ajelah sepanjang hari.


Cornflake Chocolate - Amy

Bahan-bahan:
600 gm coklat masakan di potong-potong
100 gm walnut dipanggang/sangai dan dicincang
4-5 cawan cornflake
badam nib untuk hiasan- di panggang terlebih dulu
cawan kertas secukupnya

Cara:-
1. Coklat dipotong kecil-kecil.
2. Masak secara double boiler.
3. Bila coklat cair angkat, masukkan cornflakes,
    walnut cincang yang telah dipanggang/sangai.
4. Kacau hingga rata. Sudukan kedalam mangkuk kertas.
5. Taburkan badam nib di atas cornflakes.
6. Biarkan sejuk barulah disimpan dalam bekas.
   (Untuk beku masuk simpan dalam peti ais buat seketika).

Tips: Gunakan cornflakes jenama Kellogs - rangup..krup..krap..
       kalau tak guna cornflakes pun boleh guna bubbles rice.
       Coklat pula boleh guna 1/2 bar dari bar yang paling besar.
       1 bungkusan coklat 1 kg...boleh guna 1/2 kilo.
       Walnut dan badam cincang, masuk dalam loyang dan
       masukkan dalam oven, kacau rata sesekali panggang 10-15
       minit je, jangan sampai hangit. Kalau tak sangai ajelah 
       kat kuali.



Sunday, September 9, 2012

MATTA Fair 2012


Dua hari berturut-turut, pergi ke MATTA Fair….mak oiii yaiii,
Ramainya manusia, nak beli tiket pun beratur panjang….
Tiket  tu kena pakai kat  pergelangan tangan, macam nak
mandi kolam renang tu….berpusing dari satu gerai ke satu gerai,
LEGOLAND, USS, Sentosa, Bali, Bandung, Jakarta,Krabi, Phuket,
Korea, Tokyo,Gold Coast, Melbourne, Sydney…Maldives,Shanghai,
Hong Kong, London, Paris…..Fuyoo….!!!!
Cakap kat hubby, ini macam tak boleh simpan duitlah…, kalau
nak berjalan saja….
Anak-anak yang berdua tu bergaduh sorang nak pergi sini, 
sorang nak pergi sana….  Saya pulak berminat nak pergi Pulau…
banyak lagi pulau kat Malaysia ni tak pergi lagi…kalau Pulau
Langkawi, Tioman,Perhentian, Tasik Kenyir dah pergi…tapi 
yang lain-lain tu tak sampai lagi…..    Yang berdua tu berebut, 
sorang LEGOLAND dan sorang lagi USS dan Sentosa pasal nak 
tengok wayang 4D..mak oiii..nak tengok 4D?
Kesudahannya hari kedua MATTA Fair tu, kami tak beli apa pun….
Sebab tak tau tarikh peperiksaan kakak  dan tarikh cutinya….sebab 
kakak balik dari asrama minggu depan….
Nak tak nak, hari terakhir MATTA Fair…yakni hari ni…saya pergi
dengan hubby je…kami beli percutian untuk bulan Disember,
dan booking percutian  untuk tahun depan..(Insya Allah)….itu pun
selepas tengok tarikh peperiksaan dan tarikh cutinya di internet….
Kalau nak pergi Korea atau Australia…hmmm kena kumpul duitlah
gamaknya…teringin nak pergi Korea dah lama…dan kebetulan dua 
anak saudara  ada di sana…dan Australia pulak…Makcik Singapore 
yang pernah duduk,dirumah saya dan jaga anak-anak tu nak pergi 
kerumah anak  angkatnya dan dah plan nak duduk 2 bulan kat sana…
hmmm…tapi..kalau ke sana…bila lak nak pergi umrah????....

Tarikh  di bawah pula dengan jelas dan sahihnya membuatkan borang
peraduan yang kami sertai menjadi k.o..wakakaka.....pasal tarikh untuk
MATTA Fair bulan Mac dah tak ingat...jadi borang peraduan tu saya 
main boh ajelah tarikh...ha..ha..ha dah salah tarikh..melepas laa...!!!! 


Wednesday, September 5, 2012

Surat Cinta???.......


Surat Cinta Tijah - Oh!!!My English!!!!!!.....


Cinta budak sekolah…..


Cinta + Bunga??? Cinta + Handphone???? 

Apa-apa je lah...asalkan bahagia...tak gitu???????

Monday, September 3, 2012

Hmmm!!!!!! Tak ada rezeki lagi........


Semalam…jalan-jalan di SOGO….perbaharui kad keahlian….
beli baju Thira,lepas tu kami gi kedai Tekstile… Nagoya ,
Jakel….lepas beli kain ela....patah balik ke SOGO Solat 
Maghrib, lepas solat kami makan kat  tkt 6, SOGO dan 
lepas makan balik.

Dah kul 12.00mlm, nak kunci loceng jam….carilah hp..
tapi tak ada cari dalam kereta,pun tak ada……aduhhhhh!!!!!!! 
Hp touch tu......!!!!
Dail….bunyi suara mesin yang jawab….…hilang ke? 
Puas fikir kat mana,Bila pagi ,sementara tunggu anak-anak 
bersiap ke sekolah, teringat nak dail no.Hp yang hilang tu…
mesin suara juga yang jawab….hmmmmm!!!!!sahlah hp ni
hilang…pasal semalam, hp ni tak ditutup, dan bateri masih 
penuh lagi waktu nak  pi SOGO….ada orang jumpa atau 
orang ambil….walahu ‘alam….

Anak yang bongsu siap cakap…” Tulah ibu sibuk sangat nak 
beli I Phone.nak beli Samsung Galaxy lah…kan hp tu dah 
merajuk…”  “Aikkkk!!!!...hati saya kata,….hp pun leh merajuk…..ingatkan kereta je leh merajuk….”
Aduhhh…!!!nak keluar duit lagi …nak beli hp..hmmm!!!

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails