Sunday, September 16, 2012

Aurat kaki wanita....


Seperti mana yang semua orang tahu, aurat
wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung
rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan
pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam
hadith sahih yang berbunyi:
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat
Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai
pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’
sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh
(haid) maka tidak boleh baginya menampakkan
tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan
wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w,
“Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat
di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia
tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w
menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna
dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup
aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh
syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah
suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan
syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah.
Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa
pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat
yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita
beranggapan(mungkin tanpa sedar) bahawa pergelangan
kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah
jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga
dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik
dan tidak akan diganggu.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka
tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)
Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling
bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah
(keringanan) ke atasnya dalam menutupinya.
Antaranya ialah:
(1)     Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki
kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan 
kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa
sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan
ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya
bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama
abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
(2)     Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana
dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang
basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan
ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
(3)     Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan
nenek)dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
(4)     Darurat.

Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun,
sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu 
memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak 
pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah 
menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, 
baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih 
tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah 
dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. 
Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat 
kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. 
Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah 
lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? 
Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana 
kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang
melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API
NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala
aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam
LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga
TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita. 
Sumber: di sini
·        Dulu saya pun begini…kalau keluar rumah, 
menonong je sarung kasut atau selipar…tapi bila fikir 
kenapa bila Solat kita beria-ia menutup bahagian kaki 
supaya jangan nampak walaupun tumit, kenapa pula
bila bukan waktu solat kita biar terdedah, jadi saya 
berusaha untuk berubah dengan membeli stoking, 
untuk kegunaan harian, spare dalam kereta, spare 
dalam handbag, jadi bila terlupa waktu tergesa-gesa 
keluar rumah…saya masih boleh memakainya walaupun 
dalam kereta.  


Fucuk dan Suun Lemak Putih


Fucuk dan suun lemak Putih - Amy

Bahan-bahan;
3 keping fucuk
150 gm suun
3 biji ubi kentang – belah empat
2 biji bawang besar – belah empat
3 tangkai cili merah – hiris serong
300 ml santan
1 liter air
1 sudu makan udang kering - rendam sekejap
Garam secukupnya

Cara:
1.Panaskan periuk, masukkan air, masukkan kentang,
   rebus sehingga empuk.
2.Masukkan santan, fucuk, sun, bawang besar dan cili merah.
3.Kacau perlahan-lahan tambah garam dan biar medidih.



Mee Kari Sambal Udang


Mi Kari Sambal Udang _ Amy
Bahan :
500 gm mi kuning atau mihun
dicelur dulu
Bahan Hiasan :
1 pokok daun sup dan daun bawang
1 mangkuk kecil bawang goreng
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji telur rebus – di belah dua
1 ikat daun sawi - dicelur
1 mangkuk taugeh - dicelur
180 gm isi ayam - ayam ni digoreng dahulu
dan siat ambil isinya
5 biji limau kasturi
Cara:
Sediakan mi dan bahan lain seperti di atas, ketepikan dulu
Sementara menyediakan kuahnya.

BAHAN KUAH :

3 ulas bawang putih }ditumbuk halus
5 ulas bawang merah }
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar
1 paket kecil rempah kari daging } jadikan pes
Rempah 4 sekawan } kulit kayu manis, bunga lawang,
buah pelaga, cengkih
180 gm udang hidup } direbus dan diblend bersama
kulit udang dan tapis buang hampasnya
1 cawan isi kerang
500 gm santan (santan pekat dan santan cair (1 biji kelapa)
1-2 tangkai daun kari
4 keping taupok
tauhu kering goreng
2 keping Fish cake
1 paket fish ball
Asam keping
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

CARA :
Tumis bahan kisar (bawang merah, putih dan halia )bersama
rempah 4 sekawan hingga wangi.
Masukkan rempah kari tadi serta cili kisar dan daun kari,
biarkan sekejap hingga wangi. (Kacau hingga pecah minyak)
Masukkan santan cair bersama pes udang yang diblend tadi.
Masukkan fish cake/fish ball, kerang, taupok, asam keping
dan masukkan garam.
Bila mendidih masukkan santan pekat, tunggu hingga masak
dan tutup api.

Bahan Sambal Udang :
½ cawan udang kering kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula

Cara:
Tumis cili kisar hingga garing
Masukkan udang kering, gula, garam
dan asam keping
Kacau sehingga pecah minyak

Cara Menghidangkan:
Letakan mi dalam mangkuk, curahkan kuah dan isinya,
Letakkan tauge, daun sawi, isi ayam,tabur cili merah,
cili hijau, bawang goreng, daun sup/bawang, telur rebus
dan hirisan limau kasturi. Hidangkan bersama sambalnya.




Friday, September 14, 2012

Adaptasi dari Novel......Drama dan Filem


Semenjak dua tiga menjak ni…(bahasa pasar atau bahasa 
cool???he..he..he.).banyak penerbit  samada Drama atau 
Filem menjadikan cerita novel sebagai cerita untuk mereka 
terbitkan di layar perak atau di kaca televisyen…
Yang terbaru dari Novel Aisya Sofea “Adam dan Hawa”
Sebelum ni kat wayang “Ombak Rindu” Fauziah Ashaari,
kat tv pulak Bicara Hati – Damya Hana, Kasih Antara Kita
Aleya Aneesa dan sebelum ni..Jendela Hati Aisya Sofea, 
Tangisan Bulan Madu- Samsiah Mohd.Nor dan banyak lagi…



Tapi kalau nak cari jalan cerita seperti penulis Novel Habibur 
Rahman “ Ayat- ayat Cinta, “Waktu Cinta Bertasbih” memang 
tak adalah…baru-baru ni aje ada novel yang mementingkan 
keagamaan dalam kehidupan sebagai jalan cerita….watak 
heroinnya bertudung,dan lelakinya  “soleh”…contoh Karya
Melur Jelita “Awak Suka Saya Tak?” dan novel yang akan 
dipasarkan“ I Love You Stupid”manalah tau kot nanti, 
novel ni akan jadi filem….pasal muka surat sampai seribu 
lebih.



Saya tertunggu juga dipasaran Novel Dia Cinta Hati Saya 
dan Mr.Pai Epal karya Mardihah Adam.. (14 juta Kali 
sayang untuk Mardihah…hik…hik..hik)Manalah tau..
lepas di pasarkan nanti boleh jadi filem atau drama 
di tv kan?...

Cuma kat Malaysia ni watak untuk hero susah nak cari 
yang sama seperti dalam novel …contoh “Adam dan Hawa”..
memanglah Aaron Aziz tu tengah top dan handsome..
tapi dalam novel, heronya digambarkan berkulit putih,
berambut  sedikit perang sebab heronya mix Mat Salleh…
namanya pun Adam Mukhris Galespie ….
kenapa tak ambil Henry Golding sebagai hero…
(wah !!!suka suki je nak Henry jadi hero..muahahaha!!!….
macam lah jadi  penerbit filem dan drama…)tapi..
kalau nak ikut jalan cerita dalam novel..gaya heronya 
seperti  itulah….(entah-entah Henry Golding BM pun tak fasih…manalah tahukan?)
Untuk  cerita Adam dan Hawa ni….hero dan heroinnya 
dipilih oleh penulis novel itu sendiri.Saya menunggu 
jika novel-novel ini juga di adaptasikan.....
Gambar blur la pulak...Novel Pesanan Terakhir Seorang Lelaki- 
Norhayati Berahim, Permata Asmara - Rozita Abd.Wahab,
Aku Hanya Seorang Perempuan - Hanim Abu Bakar, dan 
penulis baru seperti Nazurah Aishah- Lily Buat Najah, 
Syud -Tentang Dhiya dan paling baru Suri Ryana - M.A.I.D 
dan banyak lagi, tak terkata....
Jemu dong..sinetron Indonesia yang berputar belit….
seolah tiada kesudahannya..macam bengong pun ada!!!




Thursday, September 13, 2012

Mee Rebus Singapura

Mee ni saya buat untuk rakan-rakan Thira yang datang beraya...

Mee Rebus Singapura - Amy

Bahan-bahannya
600 gm mee kuning, dicelur
300 gm daging tetel (rebus sehingga empuk)- 

air rebusan daging di simpan untuk buat kuah.

Bahan untuk di kisar:
1 biji ubi keledek, direbus  terlebih dahulu
1/2 botol kecil taucu, dicuci dahulu 

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

2 batang serai
1/2 cawan udang kering (rendam sekejap)


Bahan lain:
1 bungkus rempah kari daging

1 cawan air asam jawa
garam, gula  secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Hiasan
2 keping tauhu yang digoreng, dipotong kecil
1 ikat daun bawang dan daun sup, dimayang

1 ikat daun kucai- dimayang
1 mangkuk kecil bawang goreng
2 biji telur direbus, dibelah dua
2 biji cili hijau dan cili merah, dihiris
1 mangkuk taugeh, dicelur
2 biji limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

Bahan Hiasan:
Daun bawang,daun sup dan daun kucai, cili hijau dan
merah di mayang halus. Telur rebus dibelah dua dan
tauhu digoreng dan dipotong kecil. Taugeh celur, 
limau kasturi belah dua, dan bawang goreng, semua ini
ketepikan dahulu.

Untuk Kuah:
Ubi keledek direbus kemudian dikisar bersama bahan

kisar yang lain sehingga halus.
Selepas dikisar gaulkan dengan serbuk rempah kari daging.
Panaskan minyak tumiskan bahan-bahan kisar tadi
sehingga garing dan masukkan daging tetel, air asam
jawa dan juga air rebusan daging. 
Masukkan garam, gula secukup rasa. 

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur 
dengan bahan hiasan
yang telah diketepikan tadi.Tuangkan kuahnya dan
masa untuk makan!!!!!

*Ada yang bubuh tepung udang kering/geragau 
yang di goreng rangup, seakan-akan keropok...
itu lagi menambah kesedapan untuk mee rebus.
Kalau ada yang nak buat benda ni saya sertakan 
resepinya:

Bahan Tepung Udang Kering - Resepi asal Diana
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng 


Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. 

Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan 
tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan 
sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena 
banyak untuk menggoreng tepung ini. 


Tergedik-gedik dengan Gangnam Style!!!!


Entah apalah yang best sangat, sampai jadi Fenomena...
Kebetulan tertengoklah di TV.... tergedik-gedik, tertongek-
tongek, penyanyinya pun orang lama, menari ala-ala kuda,
yang heran ada ramai yang suka...DUNIA....DUNIA!!!!!!
Gangnam tu kan nama tempat kat Korea tu?.....
Sesiapa yang minat nak bergangnam-gangnam ni kan 
cuba lihat apa Ustaz Azhar Idrus kata:


Dua Saudara....Bawang Putih Bawang Merah!!!!

(1)Aku punya!!!!.....Huwaaaa...!!!!   
(2)Weh!!!....Aku punya semua!!!!!


(1)Hish!!! Asyik-asyik sama.......Boring...!!!
(2)Yeyyy!!! Dapat pakai baju yang sama....

*Dua bersaudara, belum tentu hati dan jiwa sekata....
tapi sebagai ibu - bapa kena bagitau, iri hati, hasad dengki,
penting diri sendiri itu "Penyakit hati"...
jika tidak di tegur, di didik dan di bendung,
dua bersaudara akan punya masalah di kemudian hari.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails