Friday, January 25, 2013

Pendaftaran masuk ke Kolej Vokasional Kuala Kangsar


Mendapat panggilan dari guru Kolej Vokasional 
Kuala Kangsar,(sekarang dah panggil Pensyarah bukan 
guru)… untuk anak saya si Iqa lapur diri bagi semester pertama….Alhamdulillah..akhirnya berjaya masuk Kolej 
Vokasional. pasal apa jauh sesangat..sebab Kolej Vokasional
kat K.L dan Selangor tak ada bidang Bakeri dan
Konfeksionari..tu laa pasal!!!!

Lepas solat subuh, kami singgah rumah anak saudara 
Ina, sebab si Ira sekolah…minta dia tolong hantar gi sekolah..sementara Kak Diba tunggu rumah sebab …
dapur tengah diubahsuai sambil pesan kat Ina…tolong 
belikan sarapan dan makan tengahari untuk Diba..
sambil temankan kak Diba.

Kami sampai kat Kuala Kangsar dekat 9.50…padahal 
taklimat pukul 9.00 pagi..mana taknya...singgah isi 
minyak lagi... sampai kul 10.30 kat sekolah pasalnya.
kami tersesat….cari Padang Rengas tak jumpa …..masuk
Petronas…nampak Polis…saya pun turun dari kereta 
jumpa Pak polisi…Tanya kat mana Kolej Vokasional 
Padang Rengas....pure sungguh mike menjawap….
"ini udoh terlajok nieeee…Padang Rengas, tak masuk 
pekan ……kena u turn balik, 10 km…straight aje......" alamakkkkk!!!!...patah balik jumpa lampu isyarat semula.
Tapi kami tak tau nak pegi mana….entah-entah masuk 
jalan gi Taiping tak???....pasal polis tu tadi kata…
straight aje….. ya…kot??? Jalan terus jumpa Padang
Asam…alamak ini Padang Asam bukan Padang Rengas….
tak apa..tak apa terus lagi mana tau jumpa…..jumpa 
Padang Rengas….tapi Kolejnya kat mana????
ternampak signboard…tulis Kolej Vokasional 1 km..
Masuk simpang kiri..akhirnya….jumpa wehhh!!!.

Dapatlah dengar separuh ataupun 3/4 dari taklimat ..




Lepas tu gi Bengkel kursus yang dipilih….untuk bayar 
duit pendaftaran..Lepas tu gi pulak untuk bayar duit 
asrama..lepas tu gi pulak masuk dorm…lama kat situ…
pasal kelam kabut, pilih loker…katilnya entah kat mana…
last-last suruh pilih katil dulu baru loker…sudahnya 
tengahari nak kul 1.45 keluar..daftar saja tak masuk 
duduk kolej lagi…




Kami pergi Sg.Perak…makan dan solat baru balik K.L…
Sebelum balik sempat la membeli buah...yang herannya
hubby dengan anak saya tak tau buah yang saya beli..
tu buah apa....Tapi kat...KL memang tak ada pun...saya
kata la...inikan buah Tampoi..."Haa!!! buah Tampoi????
masing-masing menjawap dengan muka blurr...

Insya Allah, 28 hb ni pegi lagi…sebab si Iqa dah kena 
masuk asrama…nak kena angkut segala barang 
keperluan. Nampak gayanya busy cari barang -barang 
dan juga urusan pertukaran sekolah...termasuk nak 
dapatkan sijil berhenti. Segalanya perlu di stamp.....,
kena gi kedai gambar...sebab Kolej nak gambar
ukuran pasport dan gambar penuh 3R....kena gi bank
juga pasal kad ATM si Iqa..bila masuk kat mesin ATM,
namanya tak keluar di screen...macam-macam nak
diuruskan.....!!!!

41 comments:

  1. Jauhnya anak akak belajar..
    tapi takpe Kuala Kangsar bandarnya indah dan tenang .. :)

    ReplyDelete
  2. Memang jauh...Cik Hariah...bila balik jln jammed...tapi kat situ je
    kolej vokasional yg ada course tu...kalau Langkawi lgi laa jauh...
    terima kasihlah sbb sudi jenguk blog ni...

    ReplyDelete
  3. Wah, sy pun dpt tapi tak pegi . bidang sme jugak

    ReplyDelete
  4. syer nx tnyer skit soalan bleh?? berapa kene bayar duit asrama dgn duit pendaftaran..

    ReplyDelete
  5. masa tu bawa duit rm 1,000.00, bayar duit pendaftaran n asrama ada rm 700 lebih ke 800..kalau tak silap... bawa lebih sebab duit poket untuk pelajar lagi...sebab seminggu sekali student boleh keluar outing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masuk vokasianal bulan bulan kena bayar x...??

      Delete
    2. kalau masuk vokasianal bulan bulan kena bayar x...??

      Delete
  6. Setakat ni, bayaran hanya setahun sekali, tapi tak tahu lah tahun depan..belanja bulanan kena ada sebab boleh keluar ke pekan/bandar..tapi makan kat
    dewan makan disediakan...cuma balik wajib ada atau balik pilihan..satu bulan kadang 2 kali atau 3 kali

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...nak tnya mcmana belajar kt sana selain belajar bakeri & konfenari ada belajar apa lagi ya...

    ReplyDelete
  8. Ada banyak bidang..bergantung pd minat, ada kulinari (kalau nak jadi cheff), fesyen pakaian (nak jadi pereka atau buka kedai baju), make up (tata rias) boleh kerja dengan tv, produksi filem/drama sebagai jurumekap. pengurusan perniagaan (boleh kerja dengan bank), automobil - boleh buka bengkel, elektrik ( boleh buka kedai/syrkt pendawaian letrik, ada banyak bidang...sampai tak ingat...boleh pegi ke laman web..bhg vokasional kemt. pendidikan.

    ReplyDelete
  9. Tumpang tanya..kv kuala ni baju koporat pakai dgn kain kan? Pakaian time pegi dewan mkn plk mcmana..boleh pakai bj kurung biasa tak atau ada uniform?
    Tq

    ReplyDelete
  10. ya, baju korporat kena pakai dengan kain hitam lipat belakang, pegi dewan pakai baju kurung biasa asal menutup aurat.

    ReplyDelete
  11. Thanks byk2 yer..anak sy akan mendaftar kat kvkk mggu depan. InsyaAllah boleh la anak2 kita berkwn.

    ReplyDelete
  12. Sama-sama Insya Allah..hari Ahad 19/1... ni nak ke KVKK sebab nak hantar anak balik dari cuti...l

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah bgsnya blog ni..byk info berguna yg dpt diketahui. Tahniah !
    Anak sy jgk akan mendaftar di kvkk isnin depan.
    Disini sy ada beberapa soalan..hrp puan dpt membantu.
    Adakah prep mlm dijlnkan di kvkk dan kalau ada bagaimana dgn pakaian sewaktu prep.
    Sy di fhmkan pelajar mesti memakai bj kurung atau yg sopan sewaktu ke dewan mkn. Adakah di bolehkan pelajar memakai track/ bj muslimah juga utk ke dewan mkn.
    Terima kasih byk2 atas pertolongan puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prep banyak diadakan masa budak SPM ada, tetapi tahun ni junior dan senior sama-sama ambil dip ada juga sijil kemahiran...(dah tak ada prep) tapi baju prep mesti dipakai pada hari Jumaat atau juga boleh dipakai pada waktu balik wajib/pilihan(selain dari baju batik). Utk ke dewan makan boleh pakai seluar track dan baju muslimah selain dari baju kurung. Pihak puan/tuan juga boleh bertanya terus kepada pihak kolej untuk sesuatu perkara...tapi memandangkan saya ini sudah terbiasa berurusan dengan pihak kolej/IPTA/sek(seluruh Malaysia) dan juga Kemt.di Putra jaya jadi Insya Allah mana yang boleh saya bantu saya bantu,... .

      Delete
  14. Bilakah pengambilan pelajar baru kvkk akan di ambil?
    Bagaimana cara untuk kohon kvkk Bg thn 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengambilan KVKK utk tahun 2015, kemasukan selalunya selepas keputusan permohonan secara online di laman web kemt.pendidikan bhg vokasional diumumkan ..keputusan dikeluarkan melalui on line juga.Bidang teknikal memang banyak seperti automobil, elektrik, pengurusan perniagaan, pengurusan pentadbiran, kulinari dan banyak lagi.
      Untuk permohonan pula..boleh memohon masuk secara online di laman web kemt.Pendidikan Bhg.Vokasional selepas sehari atau 2 hari peperiksaan PMR dijalankan.

      Delete
  15. Apakah jurusan yang ada di kvkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bidang yg ada kt KV ni Automotif, Elektrik, Pengurusan Pejabat, Bakeri N Pastry, Kulinari, Fesyen, Kosmetologi..itu aje yg ingat...

      Delete
  16. Assalammualaikum.. sya nak tnye... kalau masuk kv kk ni... telefon dibenarkan bawak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam...Ada yg bawa telefon...tapi sorok-sorok...kalau hilang tanggung sendiri...tapi rasanya dah boleh..sebab ada yg bawa lappy (senior).

      Delete
    2. Owh... yurannya berapa ek? .. sbb insyaallah sy nk masuk kk thun dpan...

      Delete
    3. Mula-mula masuk bayaran banyak juga duit asrama, duit makan, duit uniform..rm 700 ke rm 800 juga...lepas tu..dah tak banyak

      Delete
  17. Assalam,
    Pelajar2 di sini akan ambik SPM ke atau terus ke Diploma ?

    ReplyDelete
  18. Waalaikummusalam..Pelajar2 yg ambil Diploma KVKK..tak ambil SPM..tapi subjek yg belajar di sekolah biasa still ada disamping major course..katalah ambil automobil..belajar bidang automobil dan waktu yg sama ada subject English, Maths, Science...tpi tak ada SPM..tahun pertama contoh 2016..
    umur pljr masuk baru 16 thn...tahun tu ada 2 semester...thn berikutnya 2017 ..2 semester...dipanggil Pra Diploma... bila masuk tahun 2018 baru bermula Diploma sepenuhnya - 2 semester..sehingga 2019..ada 2 semester - jdi semuanya menjadi 8 semester.Pastikan anda minat bidang yang anda pilih,,,bukan utk saja-saja nk cuba atau utk suka-suka...rugi masa jika begitu.

    ReplyDelete
  19. aslm .pemgurusan pejabat tu sama ke dgn pengurusan perniagaan ?

    ReplyDelete
  20. Assalam khair_12...dua bidang itu berbeza...Pengurusan Pejabat lebih kepada Pentadbiran...seperti sekretari..Penolong pegawai Tadbir (ini jawatan yg boleh dipohon selps mendpt Dip.Pengurusan Pejabat) manakala Pengurusan Perniagaan pula lebih kepada Perbankan..(keluar boleh kerja bank atau yg berkaitan dgn nya)

    ReplyDelete
  21. Assalam...saya nk tnya. Spe yg duduk asrama memamg boleh balik ke lepas daftar atau sebaliknya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Ariff Zaffir..selalunya lepas daftar boleh balik dan kena datang pada hari persekolahan bermula.

      Delete
  22. Assalam...akak msuk kv kuala kangsar ni ade kena panggil temuduga ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..Ariff Zaffir..kalau ikutkan mmg ada panggilan temuduga..kalau tak ada...jika ada kekosongan terpulang pd pihak kolej untuk buat panggilan telefon kepada pelajar...Maaf baru jenguk blog.

      Delete
  23. kalau nk ambik bidang kulinari tapi xreti bab2 masak .boleh ke? tapi minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ain, Sebelum masuk ada temuduga dengan pihak kolej..kalau bidang kulineri ni, kena buat presentation masakan...

      Delete
  24. assalam.kalau tak reti sangad bab2 masak boleh ke ambik bidang kulinari tu?

    ReplyDelete
  25. Salam . kak sy nak tanyea . untuk thun 2017 nie nnty , agak-ii yuran pendahuluan tu brape yea . satu lagy sy nak tanya . kalau anak sy tak duduk asrama . dia bole ulng alik balik . yuran knea bayar brapa ya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huawei 00011 - duduk asrama lebih jimat kalau rumah ibu bapa pljr jauh contohnya di KL.Tapi kalau rumah ibu bapa tak jauh boleh ulang alik, yuran makan/asrama tak perlu bayar sebab duduk diluar kolej. Yuran untuk permulaan agak banyak berbanding tahun2 seterusnya.

      Delete
  26. Assalammualaikum sis saya nak tanya..saya pelajar pt3 untuk tahun ni.macam mana nak daftar melalui online atau call?boleh saya tau link online pendaftaran tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faten Nabilaa, Waalaikummusalam..Pelajar PT3 boleh mendaftar online selps peperiksaan selps 1 hari atau 2 hari habis peperiksaan...bergantung kpd Laman web Kementerian Pedidkan Bhg.Vokasional.

      Delete
  27. Sis kalau temuduga untuk bakeri selalunya dia suruh buat apa ye? Terima kasih sebab reply��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faten Nabilaa , masa temuduga anda kena siapkan satu menu kegemaran atau masakan yang anda tahu, hidangkan depan panel temuduga (benda tu di masak dirumah) dan terangkan bahan2 yg digunakan dan cara memasak. Anda juga kena tahu bahan-bahan yg digunakan dalam masakan (nama-nama bahan,kegunaan nya untuk apa, bahan-bahan peralatan dalam kulineri dan banyak lagi).

      Delete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails