Thursday, January 3, 2013

Sekolah Bermula...Benda membosankan pun tiba!!!!


Sekolah sudah bermula….lalu lintas mula bertambah sibuk,
perkarangan sekolah penuh dengan kereta dan motor…
Adehh….capekkk dong!!!....
Semalam nak ambil adik Ira…tak boleh nak parking
kereta…kiri kanan jalan penuh…sudahnya saya telefon
En.hubby…kebetulan ada kat sekolah menengah nak
jemput si Iqa balik…minta dia jemput si adik dulu,
sebab dia guna motor…..   

Si kakak Iqa telefon pegi rumah kawan berhampiran
sekolah, sebab petang nak pegi sekolah balik nak
ambil buku teks tambahan…

Petang lepas En Hubby ke pejabat semula, saya hantar
Si Ira ke sekolah agama…hmmm sama juga ramai, cuma
tidak sepadat sebelah pagi sebab sekolah agama ada
dua buah…dalam kawasan berdekatan…
Pergi uruskan bayaran yuran…ingat nak selesaikan
untuk setahun..tapi terlupa bawa duit extra…dok
menonong hantar si Ira…duit dalam purse ada tiga
ratus aje…sedangkan yuran segala bagai tiga ratus
tujuh puluh dua…tak cukup tujuh puluh hengget…
Jadi ustaz kata bayar untuk yuran Jais dan yuran
sekolah dulu RM 192.00, yuran bulanan kemudian.
Ciss!!!…buat keje…dua tiga kali ni yang tak suka ni……
Balik rumah ambil duit nak bayar yuran bulanan…
RM 180.00 tu…sampai sekolah agama parking
penuh…pusing dua tiga kali…baru dapat….,
Masuk kawasan sekolah…nak naik tangga, Nampak
Ustaz tadi dah turun nak tuju kedewan…laa ustaz ni
pegi tolong ustazah yang lain jual buku tulis pulakkk.
Sudahnya tak bayar, saya ajak anak saya balik…
Itupun sebab ramai yang balik…..sebab tak belajar..
Anak saya kata kena tanya ustaz dulu…dia pun
minta izin dengan ustaz …nak balik..sebab ibu dah
tunggu…ibu ajak balik…ngeh..ngeh..ngeh…!!!!!Kalau
tak balik sekali, waktu tu dah nak dekat kul 5.00
petang…nanti saya kena datang lagi sekali pulak
jemput dia balik (5.30 petang)ohhh…tak larat
penat wehhh!!!

Malam si Kak Iqa..bagi borang maklumat peribadi
murid untuk di isi…BOSANNNNN!!!!!!!! Balik-balik
borang ni setiap tahun nak di isi….Kemt.Pelajaran
ni…tak ada ke nak buat sistem perisian maklumat
peribadi murid…hidup zaman canggih-canggih,tapi
cara keje kuno macam zaman tujuh puluhan…
Buatlah satu sistem simpanan maklumat bukan
saja untuk murid tapi untuk guru sekali khas untuk
sekolah saja…kalau system HRMIS tu babitkan JPA/
JPM(membabitkan maklumat pencen)…tapi sekolah
mesti ada satu sistem simpanan maklumat mereka
sendiri…Untuk kemudahan para guru dan ibu bapa.
Jadi setiap tahun buka sekolah, cuma edarkan borang
tambahan maklumat…ialah mana tahu dalam keluarga
Pelajar/guru ada yang bertambah atau berkurang…
Contohnya pertambahan adik beradik…ataupun ada
Ahli keluarga yang meninggal…ibu/bapa contohnya…
Ataupun pertambahan kenaikan gaji ke….
Perisian itu mesti dikemaskini…untuk memudahkan
Pihak sekolah dan ibubapa apatah lagi jika ada 
pertukaran sekolah…ini tak balik-balik bagi borang…
nak isi benda yang sama setiap tahun kecuali gaji ibu 
atau bapa….apa barang buat keje macam tu!!!!

Satu lagi kes…naik taraf sekolah Teknik dan Vokasional,
Bagai nak rak jadikan kolej…tapi caranya tak tentu hala,
Keputusan periksa PMR keluar bulan Disember…
keputusan masuk Kolej bulan Januari…kemasukan ke 
Kolej bulan Mac…habis tu sementara nak tunggu 
keputusan dapat ke tidak masuk Kolej..kena sambung 
masuk sekolah biasa balik…kena beli buku tulis dan segala 
macam bagai tak membazir ke tu?....ibu-bapa kena
keluar duit…nanti...kalau dapat masuk Kolej..kena keluar 
duit lagi…dan waktu tiga bulan tu dah tentu pihak
sekolah ada jadual tersendiri…pihak Kementerian 
Pelajaran ni masa buat keputusan ada memikir bagi 
pihak sekolah dan ibu bapa ke …tak????….
ke syok sendiri….susah kalau perasan pandai ni….!!!!!
Ini entry lepas geram namanya…nak buat cam mana…
hik…hik…hik…. 
     

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails