Friday, November 2, 2012

Amalan-amalan Sunat Hari Jumaat....


Hari ni hari Jumaat..dan kalau perempuan keje kat ofis
hari ni adalah hari shopping @ hari pegi Surau sebab ada
kelas pengajian...pilihan ditangan anda.
Dan yang lelakinya dah tentulah ke masjid,kalau ada 
lelaki yang monteng pegi Solat Jumaat ni...hmmm!!!!
susahlah mau crita...rugilah jadi Lelaki@Khalifah di dunia ni..

Hari Penghulu segala hari ni ada amalan-amalan sunat
yang boleh dilakukan:

 Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
 Membaca Surah Al-Kahfi
 Mandi sunat hari Jumaat bagi mereka yang akan
 memunaikan solat jumaat
 Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
 Memperbanyakkan membaca Al-Quran
 Memperbanyakkan amalan bersedeqah
 Memperbanyakkan amalan sunat
 Memotong kuku kaki dan tangan
 Memperbanyakkan zikrullah
 Memakai pakaian sunnah
 Memakai wangi-wangian
 Hadir awal ke masjid

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala 
hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu 
wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya 
Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu 
terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga 
ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana 
doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari 
Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”. 
(HR Ibnu Majah)


1 comment:

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails