Ayam
Kapitan – Amy
Bahan-bahan:
1
/ 2 ekor ayam - dipotong kecil
1 cawan santan pekat
500
ml air
2
batang serai – diketuk
5-6
helai daun limau purut
2
sudu besar kerisek
Sedikit
air asam jawa
5
sudu makan minyak masak
Garam
dan gula secukup rasa
Bahan
kisar:
100
gm cili kering
10
biji bawang merah
4
biji bawang putih
4
biji buah keras
2
batang serai
1
cm halia
1
cm kunyit hidup
Sedikit
belacan
1.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar
sehingga wangi.
2.
Apabila naik baud an garing, masukkan serai ketuk,
daun limau purut, kerisek serta air secukupnya.
3. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan masak
15 – 20 minit.
4. Masukkan santan dan perasakan dengan garam
dan
gula secukup rasa.
Masukkan air asam dan biarkan
mendidih.
5. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat. Angkat
dan
hidangkan.
* Masakan ini adalah Makanan Baba Nyonya dan untuk
kali ni saya tak pekatkan kuah sebab anak saya
yang dua
lagi tu nak makan berkuah, kalau si adik tak kisah, jadi
bila mendidh saya angkat terus tanpa tunggu kuah
menjadi pekat.
No comments:
Post a Comment