Monday, November 12, 2012

Wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali RA


RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan 
wasiat kepada isteri, anak,kaum kerabat dan umat 
Islam seluruhnya.Namun antara wasiat yang menarik 
dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah 
wasiatnya kepada menantu baginda,Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali,namun kita 
sebagai Muslim dan muslimah,perlu menjadikannya 
sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, 
adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat.Malah, 
boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah 
ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti 
yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib
berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan
tiga belas wasiat khusus untukku:"

1.Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki
tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain
separas pinggang.Bahawasanya barang siapa memasuki
tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka
dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari 
telunjuk dan di jari tengah'.Sesungguhnya itu adalah 
apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3.Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya 
yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta"
( Tuhanku, ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau).
Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,sesungguhnya
hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku:
Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta.
Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta).
Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan 
disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) 
itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada
mengumpat dan mengadu-dumba.Bahawasanya
orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya
seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya
di pintu syurga.

6.Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan
nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan
Allah permainan sumpah engkau.Sesungguhnya
Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani
orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan
rezeki untuk hari esok.Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8.Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-
bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu
pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.



9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan
mencolek (mencungkil) gigi.Bahawasanya bersugi itu 
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai 
Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat 
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau 
mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak 
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.
Apabila timbul rasa marah,duduklah engkau dan 
fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah 
Taala ke atas hamba-Nya.Pertahankan diri engkau 
daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau
kepada kesabaran.

11.Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan 
Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau 
dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh 
peruntukan daripada Allah.

12.Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, 
maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau 
dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka 
engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni 
engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.
Dengan itu,engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13.Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara
penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah
engkau.Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan 
rasa persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan 
darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku).
Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.

InsyaAllah. 
Sumber:di sini


No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails