Friday, November 16, 2012

Doa Qunut Nazilah Untuk Syria dan Palestin


Qunut Nazilah
Kita sebagai Umat Islam yang prihatin,sama-samalah 
kita memanjatkan doa kepada mujahideen di Syria 
dan Palestine. Mari sama-sama kita membaca doa 
qunut nazilah dalam setiap rakaat akhir solat fardhu 
untuk mendoakan saudara-saudara Islam kita yang 
sedang hidup sengsara dan menderita di Syria,Palestin, 
termasuk juga Afghanistan, Selatan Thailand, atau 
dimana saja,akibat peperangan dan kezaliman…. 
Banyakkan berdoa untuk keselamatan dan kemenangan 
mereka.Doa itu senjata ISLAM....Gunakanlah Doa dan 
perbanyakkanlah dan amalkan Qunut Nazilah selalu 
dalam solat.. 

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan
(pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi
(darjatnya), jika kamu orang beriman”
(Ali-Imran 139).

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari
dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan
qunut selama satu bulan untuk mendoakan
pembunuh-pembunuh para sahabatnya di dalam
peristiwa Bir Al-Ma’unah.

Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu Abbas:Terjemahan:

Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan
berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib,
‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila
baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah”
dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan
kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim,
Ri’il, Zakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang
yang di belakang beliau mengaminkannya.
(Sunan Abu Daud)

Cara Membaca Qunut Nazilah:
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu:
Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca
pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’
untuk ‘Itidal,iaitu selepas membaca 
“Sami’allaahu liman hamidah”.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. 

Ada tiga cara membaca doa tersebut. Boleh memilih 
salah satu dari cara-cara berikut:
1.        Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa
    dibaca ketika solat Subuh.
2.       Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana
    yang di atas.
3.       Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan
    doa Qunut Nazilah.
Peringatan:
1.    Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah
   bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam
   solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh
   dibaca selepas solat.
2.    Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa
   qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka
   mengaminkan bersama doa tersebut.
3.   Jika solat secara bersendirian juga boleh dibaca
   doa qunut nazilah. Dalam masalah ini ulama’
   berselisih pendapat dan pendapat yang paling
   rajih (disepakati) adalah dibolehkan.

Marilah kita sama-sama bacakan doa ini khusus 
untuk saudara-saudara kita di Syria dan Palestine 
dan kepada kaum muslimin dimana saja berada.
                      sitik.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails