Friday, November 16, 2012

Nasi Beringin

Nasi Beringin - Amy  


Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi, dicuci bersih, di rendam dan toskan
3 cawan air
1 cawan santan
1 labu bawang besar – di hiris

Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia muda

Bahan-bahan tumis:
5 biji buah pelaga
3-4 kuntum bunga cengkih
2 bunga lawang
1 inci kayu manis

Bahan-bahan lain:
2 helai daun pandan
Sedkit garam
3 sudu makan minyak/majerin

Bahan hiasan:
Sedikit kismis
Bawang Goreng
Daun Bawang, Daun sup

Cara
1. Pijarkan minyak di dalam kuali besar.
2. Tumiskan bawang besar, kemudian bahan tumis (rempah
     4 sekawan).
3. Masukkan bahan kisar tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan daun pandan, masukkan beras dan gorengkan,
    kacau rata.
5. Masukkan beras yang sudah ditumis kedalam periuk nasi
    bersama semua bahan tumis tadi), masukkan air juga santan.
6. Masukkan sedikit garam.
7. Bila nasi dah kering masak, masukkan kismis biarkan 
    seketika.
8. Sewaktu menghidang hiaslah dengan bawang goreng dan 
    daun bawang dan juga daun sup. 

*Kalau nak mudah tumis aje dalam periuk letrik, kemudian
  Ikut  aje turutan di atas (skip tumis kat kuali)
 


1 comment:

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails