Tuesday, March 12, 2013

Muffin Coklat Chip



Muffin Chocolate Chip   
Bahan A (diayak):-
250gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
50gm serbuk koko
Bahan B:-
¾ cawan gula castor
2 cawan susu segar/susu cair
1 cawan minyak jagung/butter cair
1 biji telur size A
1 sudu teh esen vanilla
Inti:
150gm coklat chip

Cara membuatnya:-
1.  Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat
    dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas.
2. Pecahkan telur kedalam bekas lain dan kacau
    guna whisk, masukkan gula,susu segar, minyak
    jagung dan esen vanilla.
3. Masukkan bancuhan susu tadi kedalam tepung
    sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan
    senduk kayu. Gaul rata.Masukkan coklat chip
    separuh.
   4. Panaskan oven dengan kepanasan 160-170 c
       selama 10 minit terlebih dahulu.
    5. Masukkan bancuhan kedalam cawan muffin
        3/4 penuh.
    6. Taburkan sedikit coklat chip diatasnya sebagai
        hiasan.
    7. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
        (untuk lebih moist, bakar jangan terlalu lama).

1 comment:

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails