Sunday, May 5, 2013

Anjakan Paradigma...Undilah Untuk Perubahan...Jalankan Tanggungjawab Anda!!!!





Jika memilih dan mengangkat pemimpin yang tidak
tahu dan tidak mahu menghormati agama, tangan yang
mengundi dan menaikkan  mereka juga bertanggung
 jawab di akhirat, ditanya di hadapan Allah SWT peranan
yang  mereka lakukan di atas dunia. Takkanlah orang
Islam Malaysia tidak percaya kepada pembalasan akhirat?



Adakah kita akan membiarkan sahaja warga asing merebut
hak kita? Membiarkan mereka menentukan siapa yang
jadi pemmpin kita...kalau ya jawapannya..musnahlah
masa depan anak cucu kita, negara kita.Jangan kerana
kesilapan kita, generasi yang akan datang hidup di negara
sendiri umpama "Melukut di tepi gantang". "Hidup segan
mati tak mahu", "Kera di hutan disusukan, anak sendiri
mati kelaparan".

Adakah kita nak generasi akan datang menanggung
hutang? dahlah hutang negara mencecah 500 billion...
belajar masuk U berhutang, kereta hutang rumah hutang,
sampai nak kahwin pun hutang....
"Jauhkanlah dirimu daripada berhutang. Sesungguhnya
berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan
gelisah di waktu malam". – Luqmanul Hakim

Kita bukannya nak pergi berperang masuk hutan, kita cuma
perlu pergi mengundi. Jalankan tanggung jawab dan
tunaikan hak kita.Ini kalilah....Insya Allah..!!!



No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails