Tup…tup ada hamba Allah tu kata :
Kalau tak mahu terima Sistem Pilihanraya,
Boleh hijrah keluar dari Malaysia! Aikk dia tuan
empunya bumi ka??? Baru dapat kuasa, dah rasa
diri tu besar sangat….sedangkan Malaysia ni..
berapa % (persen) la sangat..kat muka bumi ni.
Hmmm..sendiri mau ingatlah.!!!
Duk kata rasis sana…rasis sini…Takkan lah
rakyat
tak boleh nak menunjukkan rasa hati mereka???
Siapa yang mereka suka?, siapa yang mereka pilih?
Siapa sebenar yang rasis?, siap ada persoalan
lagi,
"Apa lagi Cina Mahu". Tak habis-habis
dengan
budaya rasis.Masyarakat Cina adalah masyarakat
yang terbuka, sejarah China sendiri membuktikan
sedemikian rupa.Mereka bukan sahaja bijak dalam
ekonomi tapi juga bijak dalam politik.Kenapa
tidak
berbaik sangka?
Bila diamalkan dasar pecah dan perintah yang
asasnya
dari zaman British tu maka semangat kaum
dijadikan
kriteria untuk menang dan kekal berkuasa?.Guna emosi
dan sentimen semangat bangsa. Sampai
bila?Bersaing
dan bertanding secara adil itu penting, INTEGRITI
SANGAT PENTING.Apatah lagi pertandingan besar untuk
MENGURUSKAN NEGARA. Tapi apa yang SPR buat?
Balik-balik SPR cakap "kami tulus, tak ada
penipuan."
Dengan muka yang tersangatlah poyo dan tersengih-
sengih
macam @#%*$#@$%&#!!!!
Jika diukur pencapaian, sejak merdeka sehingga
kini
hampir 60 tahun.Dalam menyaingi negara-negara
jiran dari segi ekonomi pun Malaysia
alah. Zaman
70-80an Singapura, Korea Selatan, lebih rendah
pendapatan perkapitanya…apatah lagi negara mereka
tak ada hasil bumi berbanding dengan negara
kita.
Apa yang tak ada Allah beri kat Malaysia ni….....
nak
minyak, gas, bijih timah, getah, kelapa sawit,
emas pun ada..kenapa dengan hasil bumi yang mewah,
rakyatnya
berpendapatan rendah?
Islam tak ajar umatnya untuk menipu dan main
kotor...
~Wahai orang-orang yang
beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan
keadilan
kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan
sekali-kali
kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan… (Al-Maaidah 5:8)
No comments:
Post a Comment