Friday, February 27, 2015

Jenguk Kebun Di Lanchang...




Cuti Tahun Baru Cina..saya sekeluarga termasuk 2 orang 
kakak pergi ke Lanchang menjenguk kebun abang disana…
sambil menghantar pokok durian yang ditanam oleh suami 
dalam pasu kat rumah.. semua orang gelak dengar tanam 
pokok durian dalam pasu…bukan setakat durian, pokok longan, pulasan, mangga ditanam dek suami dalam pasu…

Cuma pokok durian yang kami dapat hantar dulu…sebab 
kereta penuh…Insha Allah lain kali hantar pokok-pokok 
buah lain tu…Ingat nak suruh abang bawa ke kebun waktu 
malam atau waktu awal pagi…sebab sekarang kalau tengahari 
panas terik…





 



  
Kebun ada 2.....satu kebun baru nak tanam dengan pokok-pokok dan satu lagi atas bukit dah ada pokok buah-buahan yang besar..
Yang dibawah ni kebun yang baru nak mula tanam pokok-pokok


Yang nampak ada air ni pulak...kolam pelihara ikan...abang baru
lepaskan 15,000 anak ikan talapia...kedalam kolam ni..gambar
anak yang ambil..dari jauh.. tak berapa nampak kolam ikannya.

Pokok tinggi ni pula penanda aras untuk kebun yang atas bukit..
satu-satunya pokok yang paling tinggi di dalam kebun yang dah
dipenuhi pokok buah-buahan.


Lepas masak tengahari dan solat Zohor kami jenguk kebun atas
bukit..cuaca memang panas...kabin yang kami berteduh tu ada
dapur, bilik air dan ada tempat solat...lengkap ada letrik dan air paip...cuma kebun atas bukit belum ada air dan letrik...
Selepas solat Asar....dan tanam pokok durian yang dibawa baru
kami...dan juga seorang abang balik ke Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails