As salam.. Awal Januari 2016 berlansung pernikahan anak saudara
Muhamad Ammar dengan pasangannya
Nurul Izzatti Jannah.
Memandangkan kenduri perkhawinan hanya di buat
sebelah
perempuan di Kuantan Pahang.. jadi abang sewa dua buah
bas ke majlis
tersebut….....satu bas untuk keluarga dan satu bas
untuk kawan-kawan abang…udah
macam rombongan Cik Kiah
hik..hik..hik..
Lepas solat Subuh kami pergi ke Tmn Melewati
Hulu Klang sebab
bas tunggu di situ….memang betul rombongan Cik Kiah…pasal
masing-masing bawa bekal…saya cuma bawa orange cup cake dan
dua kotak air
mineral…anak-anak saudara ada yang buat kuih seri
muka, kek gula hangus, ada
yang sebelum subuh goreng karipap,
kebetulan ada yang baru balik dari Krabi
siap bawa kacang goreng…
meriah sungguh..Kami sampai di Kuantan dah tengahari…majlis
nikah dah lepas sebab dibuat sebelah pagi.. ibu pengantin dan adik
beradik
pengantin lelaki dah pergi sehari awal untuk majlis tersebut.
Kami disambut oleh sipengantin lelaki dan Tuan Guru
sekolah pondok
beliau.
Pengantin lelaki, Tuan Guru dan yang siap bersamping tu
bapak pengantin.
Kawan-kawan se Pondok.
Kawan-kawan pengantin perempuan....
Pasangan pengantin..
Dua buah bas rombongan Cik Kiah berhenti di Kemaman
Lepas majlis kami singgah Masjid solat zohor..lepas tu rombongan
terus ke Kemaman. Abang belanja makan satar, bukan satar je..
keropok lekor cuma otak-otak tak sama macam kat KL..sebab sekeping
isi ikan seakan ikan bakar atau pais ikan, saya pulak makan pulut
durian...sedap sangat..
Tag line ahli rombongan "tengok jerr..."
Konon tak nak menyopping...
tapi tempat bagasi penuh..!!!
Lepas Kemaman kami singgah Cherating...tapi kebetulan dah petang
sangat dah nak masuk Maghrib..jadi kami dipantai sekejap..lepas tu cari masjid untuk solat..sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur...
No comments:
Post a Comment