Tuesday, February 16, 2016

Malas Abah Ko !!!!!!

Bila menteri bagitau nak bawa 1.5 juta rakyat Bangla 
masuk Malaysia sebab belia malas, memilih kerja tak ada 
siapa nak buat kerja 3D..(Dirty, Dangerous and Difficult) 
jangankan orang lain marah dan hairan, aku sendiri naik 
hairan, pasal kalau kat pasar Selayang tu terutama kat 
area Pasar Tani....penuh dengan orang dia berniaga, 
belum lagi jadi tauke buat welding pagar besi.. belum lagi
kedai cuci kereta ..belum kedai mamak,belum lagi pasaraya,
kat stesyen minyak…semua tu kerja 3D ke…???
Ohh..menteri kata atas permintaan majikan dan industri…
jangan salahkan menteri, jangan salahkan kerajaan, tapi 
Persekutuan Majikan Malaysia kata kaji balik.....
Menteri kata belia atau rakyat Malaysia malasssss…yang 
pagi-pagi beratur kat Tambak Johor nak masuk Singapore 
tu bukan rakyat Malaysia?.. yang sampai jammed kat 
Tambak Johor tu rakyat Malaysia yang nak pergi berhuhuhu
lah gamaknya..!!
Bukan seorang dua tapi beratus ribu nak hampir 1/2
juta..itu jumlah tahun 2012 sekarang dah tahun 2016, 
yang cari rezeki dalam bidang 3D yang dok menteri 
sebut tak sudah-sudah… diratib malas, malas, malas!!!.
Jika rakyat Malaysia ni malas..tak adalah subuh sepiee
diaorang keluar rumah beratur di Tambak Johor dan
balik kerja dah tengah malam..sampai rumah jam 11.oo
malam, keluar jam 4.00 pagi atau 5.00 pagi. 


 
Menteri sanggup nak keluar kerja dan balik macam tu???
Bukan sahaja di Singapore, tapi ada rakyat Malaysia 
yang sanggup bersusah payah pergi ke Australia hanya
nak bekerja sebagai pemetik buah..keluar modal sampai
RM5000.00 dan belum tentu diterima bekerja semuanya
risiko...ada Menteri tau kisah begitu...Sebenarnya siapa
yang malas??? rakyat bersusah payah cari rezeki..dok
kata memilih..pemalas.....Siap cabar lagi tu...!!!  

 
 Apa motif import sampai 1.5 juta Bangla.. Sekarang 
Malaysia bukannya ekonomi booming pun..merudum lagi adalah..pelabur banyak lari,ringgit jatuh..hutang dah
menimbun..PATI yang sedia ada kat Malaysia pun 
jumlahnya dah sama tara jumlah rakyat Terengganu berlambak..nak bawa masuk lagi..buat apa ???…Datang 
dengan permit buruh tapi berniaga???.. Ada udang balik 
mee kah??? Sampaikan si penyokong totok kata..
Itu belum bawa budaya sosial yang teruk, wabak penyakit..perangainya.. takkan kita nak biar perkara 
yang buruk terjadi kepada anak dan keluarga..???
Nauzubillahi min zalik..!!!

Tahun demi tahun perbelanjaan keluarga meningkat
sebab harga barang naik, keperluan asas seperti letrik
mahal melangit, GST lagi. Tapi gaji basic rakyat masih
Rm 900.00 …ikan kembung sekilo rm 17.00..ikan biasa
jer tu..belum ikan senangin, siakap, udang harga sekilo
nak cecah rm 40.00..orang kampong potong getah,
skrap getah harga rm 1.80 sekilo..nak makan apa???
Berapa ribu pohon getah nak kena toreh hanya nak beli
ikan sekilo…ko menteri gaji puluh ribu..belum bisnes di
luar alam 7  keturunan tak habis makan…sembang lebihh!!!!
 

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails