Thursday, August 9, 2012

10 Malam Terakhir Ramadhan



Kita sudah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan,
bermula malam tadi. Hari ini hari yang ke 20 Ramadhan  
dan malam ini malam ke 21.Allahuakbar! Cepatnya masa berlalu.
10 hari terakhir inilah yang terkandung malam yang berkat,
malam “Lailatul Qadar”. Padanya diturunkan Al-Quran daripada
Luh Mahfuz ke Baitul Izzah, Langit Dunia.

Ada banyak hadith yang menyuruh untuk kita mencari
malam Lailatul Qadar ini di dalam sepuluh malam-malam
yang terakhir di bulan Ramadhan, antaranya:
Hadith nabi:
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah 
bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar 
pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir 
di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)

Daripada Aishah r.a telah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW
apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan
malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut 
kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat 
pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan 
melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)

Tips untuk 10 malam terakhir. Sumber:  di sini
Malam tadi saya mendengar tazkirah selepas solat terakwih
yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias.
Antara yang menarik perhatian saya ialah tips yang dikongsi
daripada ulama besar Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :
”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia
berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat
subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam
tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari 
hadis Osman,Sahih Jami’ Saghir – 6341).
Jadi menurut Ustaz Mohd Ramadhan, pastikan bahawa kita
menjaga kedua-dua perkara tersebut di 10 malam terakhir
Ramadhan ini. Itu adalah antara syarat yang paling utama.
Jika kita mampu bersolat dan berqiam sepanjang malam,
alhamdulillah. Lakukanlah!. Namun bagi yang bukan 
ahli qiam seperti saya ini mungkin ia tidak dapat dilakukan 
dengan sebaiknya.
Jadi orang yang sebegini, pastikan jangan tinggalkan 
solat isyak dan solat subuh berjemaah. Kerana mengikut 
hadith nabi di atas, jika kita melakukan kedua-dua solat 
tersebut secara berjemaah,ia seolah-olah melakukan solat 
di sepanjang malam. Bayangkan kita buat seperti yang 
disarankan pada malam Lailatul Qadar,ia seolah-olah kita 
melakukan solat sepanjang malam selama lebih daripada 
83 tahun. Allahuakbar! Besarnya rahmat Allah kepada kita! 
Sayangnya Allah pada hambanya.
Ayuh, rakan-rakan…! Kita sematkan azam dan kuatkan 
semangat untuk berusaha supaya tidak meninggalkan solat 
Isyak dan Subuh secara berjemaah. Itu adalah syarat paling 
rendah untuk menghadapi Malam Al-Qadar.
Jika dapat melakukan ibadat yang lebih lagi alhamdulillah. 
Lagi besar ganjaran yang akan diperolehi.
Wallahua’lam


1 comment:

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails