Thursday, August 16, 2012

Di Penghujung Ramadhan



Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah
kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan
ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya,
bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya,
Bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang
terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia
yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang
tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis
kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini
pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah
tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat,
jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah
bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang
bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w),
Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul,
segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka
apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?!
(Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya
padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan
perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya
untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu
yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin
yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu
dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang
terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya
dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia.
Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat
malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan
bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar,
mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan
Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Eidulfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga
malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya.
Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar,
rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan
dua malam raya (EidulFitri  dan EidulAdha) dengan ibadatnya
dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan
segala hati. (Al-Hadith).Sumber : di sini

* Di penghujung Ramadhan ini di manakah kita?
  Kalau perempuan ada tempoh 'percutiannya'.
  Sebagai seorang wanita... selain zikir dan tafsir.
  yang boleh untuk wanita 'bercuti' amalan yang lain, 
  saya tak tak pasti, kena tanya Ustaz ..kalau bersedekah tu.. 
  tak kira bila dan di mana pun boleh...
  Selamat Beramal. Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan
  Ramadhan ini diterima di sisi Allah. Aminnn................


No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails