Biskut versi rangup dan mudah
Saya kongsikan resepi waktu sekolah dulu, nama biskut ni
sempena tuan empunya resepi, seorang Datin,isteri kepada
MB Selangor zaman 80'an dulu. (Pasangan suami isteri ini
sudah pun pergi tak kembali ...Al Fatihah...)
BISKUT SEMPERIT MAK DATIN - KOLEKSI AMY
- AWAL 80’AN
Bahan-bahannya:-
1 cawan gula halus
1 cawan tepung custard
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung @ tepung kanji
1 cawan mentega yang dipanaskan
Telur ikut basah - anggaran 1 ke 2 biji sahaja
Manik warna untuk hiasan
Cara:-
Semua dicampur, gaul sampai sebati, canai, terap ikut acuan,
Hias dengan manik gula atau ikut cita rasa.
Bakar hingga kekuningan
15-20 minit , 180 C.
* Biskut ini versi semperit rangup dan enak, mudah di adun.
Jika ingin mendapat hasil yang banyak, gandakan sahaja
salam, sy kongsi resepi biskut semperit ni di blog saya ye. terima kasih.
ReplyDeleteAssalam...silakan ambil Cik matahariku... terima kasih sudi menjenguk blog ni...
ReplyDeleteAs salam. nk tya mentega tu mmg kn masuk kn panas2 ke dlm adunan tu
ReplyDeleteMaaflah lambat reply...dah raya pun....masa panas tu masukkan mentega tu, dan gaul sebati gunakan senduk kayu...dan bila sebati baru uli doh dengan tangan
Delete