Sabda
Rasulullah s.a.w.
"
Wahai manusia, akan menjelang kepada kamu
suatu
bulan yang agung dan penuh keberkatan (Ramadhan),
Bulan
yang ada padanya suatu malam yang lebih baik
daripada
seribu bulan, Bulan yang Allah s.w.t. menjadikan
puasa
pada masa itu wajib dan menghidupkan malamnya
adalah
sunat. Sesiapa yang menghampirkan diri dengan satu
amal
kebaikan adalah seperti dia melakukan perkara wajib.
Sesiapa
yang melakukan satu perkara wajib samalah seperti dia
melakukan
tujuh puluh perkara wajib yang seumpamanya."
(Riwayat
Ibnu Khuzaimah).
Walaupun
kita telah meninggalkan 10 Ramadhan pertama,
dan
sekarang kita melalui minggu Ramadhan kedua,
tapi
belum terlambat untuk kita meningkatkan amalan kita.
Bulan
penuh barakah dan rahmah ini Allah berikan khusus
untuk
umat Islam. Banyak tawaran yang Allah swt berikan
kepada
orang mukmin yang betul-betul mengambil
kesempatan di
atas bulan paling hebat dalam setahun ini.
Bahkan
Nabi Muhammad saw pernah bersabda :
“Sesungguhnya
rugi dan malanglah barangsiapa yang
mendapati
Ramadhan dan tidak diampunkan dosanya
(setelah
habis Ramadhan)”.
Semoga
kita mendapa keampunan dan redha Allah SWT
dalam
bulan penuh barakah ini.
“
Semua amal ibadah anak Adam adalah
untuk
dirinya sendiri kecuali puasa,
kerana
puasa adalah untuk-Ku dan
Akulah
yang akan membalasnya.
Orang
yang berpuasa mendapat dua kesenangan,
Dia
merasa senang ketika bertemu dengan
Tuhannya,
dia juga merasa senang dengan
Pahala
puasanya.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
“Barang
siapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan
Keimanan
dan megharap pahala Allah, maka
Diampuni
dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat
al Bukhari)
No comments:
Post a Comment