Monday, August 13, 2012

Tangisan Ramadhan...Balik Kampung Mana Tahun Ni???



Tangisan Ramadhan
Salam...

Catitan seorang sahabat:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)        
Petang yang muram mengiringi air mata ke bazar ramadhan. Bulan puasa yang penuh berkat menduga kesabaran seorang suami dan dia mempertahankan rumah tangga dengan menghadapi ujian . Rahman menceritakan kisahnya di petang itu.........ketikanya dia sedang memandu menempuh kesesakan jalan raya dan saat berbuka puasa hampir tiba..........

Perbualan hanya bermula dari kisah adik beradik di kedua belah pihak. Sang suami berkata " awak sungguh beruntung kerana tiap tiap tahun dapat balik ke kampung awak, kampung saya cuma sekali sekala je, itu pun kut sekali agaknya". Sang isteri mula naik hantu, lupa diri bahawa dia masih berpuasa lantas meninggikan suaranya....." Saya balik kampung sebab adik beradik saya bagi duit, adik beradik saya selalu belikan baju raya untuk anak anak, adik beradik awak ada bagi tak ? Kereta yang awak bawak inipun atas nama adik saya. Malulah diri awak hidup berhutang dengan bapak awak..............Lagipun balik ke kampung saya itu atas kehendak awak sendiri"

Begitulah manusia dengan sifat takbur. Tidaklah mungkin bertahun tahun hidup bersama, sang suami tidak pernah membeli baju anak anak, tidaklah mungkin sentiasa mendapat duit kebajikan dari adik beradik isteri untuk pulang ke kampung, tidak jugak mungkin adik isteri tolong bayarkan duit kereta tiap tiap bulan dan juga tidak mungkin sang suami tidak berkehendak pulang ke kampungnya sendiri.....

Bahasa yang berdesing itu disambut dengan getaran oleh seluruh  tubuh badan yang berpuasa, bagaikan berbara dan terus bertanya " apa yang kamu pilih di dunia ini" Apa yang kamu lihat tadi adalah nafsu yang menambah dosa serta membatalkan pahala puasa walaupun sang isteri itu sebenar seorang yang taat bersolat, berpuasa. Pilihlah jalan sabar yang diredhai Allah kerana meruntuhkan bangunan lebih mudah dari membenanya.

Apa yang berlaku kepada keluarga Rahman itu terjadi juga kepada keluarga orang lain di saat saat pulang berhari raya. Sang suami selalu beralah, apatah lagi bila si isteri mengatakan bahawa dia tidak serasi dan terasa bagai dipinggirkan oleh keluarga si suami. Sang isteri harus pandai memainkan peranan, celah mencelah di kalangan keluarga suami dan bukannya menolak habis penuh kebencian.

Seperti yang tersebut oleh hadis di atas......berbicaralah baik baik dengan suami dan jangan penuhi isi neraka dengan nafsu dunia.............
Sumber: di sini


No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails