MIHUN SOTO - Amy
Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam
Bahan kisar:-
18 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
½ sudu
teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
½ sudu teh ketumbar
Bahan utk tumis:-
5 cm kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 inci halia – di mayang
Bahan untuk hiasan:-
200 gm kacang tanah digoreng dengan
minyak
Soo hoon digoreng
Tauge dicelur
Daun sup dan daun bawang (dimayang)
Bawang goreng
Nasi himpit
Mihun di celur
Mihun di celur
Sambal kicap cili api
Pegedil kentang* (resepi bhg lauk daging)
Untuk kuah kicap:-
15 biji cili api* (ditumbuk 90 % lumat)
3 ulas bawang putih*
1 sudu makan gula
1 sudu makan cuka (boleh ganti perahan
limau)
2 sudu makan kicap
(Kesemua bahan digaul dalam mangkuk
kecil)
Cara :-
1.
Ayam
direbus hingga empuk, bila sudah sejuk, digoreng sebentar, kemudian disiat-siat
hingga menjadi kepingan halus.
2. Air rebusan ayam disimpan untuk kuah.
3. Bahan yang dikisar, rempah 3 sekawan dan halia
masuk dalam periuk.
4. Masuk air rebusan ayam tadi, tambah air 2
cawan, bubuh garam, biar sampai mendidih.
Cara
menghidang:-
1. Potong
nasi himpit, bahan-bahan untuk hiasan, kuah soto dan hidang.
No comments:
Post a Comment