Saturday, August 4, 2012

Solat Tarawih Bersendirian


Saya solat Tarawih bersendirian beberapa hari ni, 
kerana anak yang bongsu dilanda penyakit asthma....
saya terpaksa memberikan gas 4 jam sekali..sebab 
tarikan nafasnya begitu susah dan kuat bunyinya...


Masuk hari ke tiga asthmanya berkurangan, tapi demam,
batuk dan selsema pulak melanda..ubat batuk dan ubat
demam pulak silih berganti...sebelum tidur saya berikan
madu lebah...saya paksa makan madu lebah.."Makan madu
ni...untuk cairkan kahak...ini makanan Nabi".


Pagi Jumaat..yakni semalam demam dah kebah...asthma
dah ok...tapi tak pergi sekolah lagi....sebab dah beberapa
hari tidurnya tak lena...jadi saya suruh rehat dirumah saja.
Saya kongsikan di sini tentang solat Tarawih secara 
bersendirian untuk rujukan saya pada masa akan datang
juga untuk panduan orang lain juga... 

Solat Tarawih adalah solat yang dilakukan
pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas
menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir.
Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita. 


Bagaimana cara melakukan Solat Tarawih bersendirian?


Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang
biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat
dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan
memberi salam.  Rukun sembahyang sunat Tarawih
ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang
lain juga. 


Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk
mengerjakan solat Tarawih atau Qiyam Ramadhan,
kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Niatnya:

Maksud: Sahaja aku menunaikan solat Tarawih 2 rakaat 
kerana Allah Taala

Bacaan - bacaan di dalam solat juga sebagaimana
yang biasa di baca dalam solat-solat yang lain.
Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat Tarawih
ini ialah niatnya sahaja.

Oleh kerana solat tarawih di lakukan dua - dua
rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi
salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua
rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang 
dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawih
itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara
melakukanya (tidak berselawat)

Berselawat selepas setiap dua rakaat  tidaklah wajib
dan tidak mencacatkan solat tarawih jika tidak
melakukannya. Amalan berselawat itu hanya
dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat
solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama
solat itu “Solat Tarawih”. Ia bukanlah sabit dari
amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya
dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir,
berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya.
Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya
dengan sebarang ibadah yang lain.
(sumber : di sini)

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails