Bercerita
tentang bangun sahur, saya
teringat rakan sekerja yang tak
pernah bangun sahur…Saya
tanya kenapa tak bangun? Dia
jawab….”Memang tak nak bangun…”
Saya
jawab..”Ohh…rugilah…tak nak bangun
sahur…dapat berkat tau..!!! Dia….sengih
aje….!!!!
BERSAHUR adalah amalan penting
ketika Ramadan.
Bagi
mereka yang hanya mengkaji ilmu feqah akan
berkata:
Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja..
Andai
kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih,
kita
akan menyedari betapa pentingnya sahur ini
walaupun
hukumnya adalah sunat.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
Bersahurlah
kamu kerana pada sahur itu ada berkat..
(Hadis
riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi,
Nasai
dan Ibn Majah).
Melalui
hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan
keberkatan
dan keberkatan pula membawa makna
rahmat,
kebaikan serta restu Illahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa
orang
Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani
(ahli
kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim, yang bermaksud :
Perbezaan
di antara puasa kami dengan puasa ahli
kitab
(Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan
Allah
ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat
dilihat
lagi dalam hadis Nabi bermaksud: Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air..
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada
orang yang berpuasa walaupun makan atau minum
dengan
sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.
Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur
Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur
itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud:
Sesungguhnya
Allah dan malaikatnya mengucapkan
selawat
(berdoa dan memohon daripada Allah akan
keampunan
dan keredhaan) ke atas orang yang bersahur.
(Hadis
riwayat At-Tabrani).
Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu
bersahur itu kerana amalan itu
dilakukan
oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah
bersabda yang bermaksud: Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu
bersegera
berbuka puasanya dan mengakhirkan makan
sahurnya.
Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit
Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit
pernah
berkata: Kami pernah bersahur bersama nabi,
kemudian
kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).
Zaid ditanya : Berapa lama masa antara kedua-duanya
Zaid ditanya : Berapa lama masa antara kedua-duanya
(yakni
antara makan sahur dan solat Subuh)??
Berkata
Zaid: Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.
(Hadis
riwayat Bukhari)
Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur
Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur
semuanya
bertaraf sahih dan mutawatir.
Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak
Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak
diabaikan
amat signifikan lagi saintifik kerana ia
menepati
waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan
makanan
paling utama dalam masa 24 jam ialah
sarapan
pagi.
BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard,

mendapati
mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko
tinggi
menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap
kencing
manis.
Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih
Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih
rendah
diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan
kadar
gula dalam darah berbanding yang jarang
bersarapan
pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada
kanak-kanak
yang berpuasa. Ini kerana kesan
kanak-kanak
meninggalkan sarapan pagi adalah lebih
negatif
disebabkan tubuh mereka yang kecil.
Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam
Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam
darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan
ini
berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak
akan
menghadapi masalah memberi tumpuan kepada
pelajaran.
Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa
Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa
Nicklas
dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya
ke
atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka
yang
tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali
ganda
mengalami kekurangan zat besi dalam darah.
Keadaan
ini akan menyebabkan penyakit anemia
(penyakit
berkaitan kekurangan hemoglobin dalam
darah).
Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari
Chicago
Tribune pada 24 September 2001.
Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih
Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih
daripada
itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah
sunnah
dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi
keberkatan.
Allah berfirman bermaksud:
Allah berfirman bermaksud:
Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa
yang
lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka
yang
bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang
mengalir
di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal
dalamnya.
Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang
suci
serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha
Melihat
akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang
berdoa,
Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman,
maka
ampunilah dosa kami dan peliharalah kami
daripada
seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar,
yang
benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya
di
jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu
sahur.
(Surah Ali Imran, ayat 15-17)
No comments:
Post a Comment