Monday, August 6, 2012

Zakat Fitrah




Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

Syarat Wajib Zakat

-Islam

-Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.

-Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan Zakat Fitrah

-Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
-Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Mengapa Wajib Membayar Zakat?
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah

Adakah memberi zakat fitrah kepada orang yang lumpuh tetapi kehidupannya tidak miskin?
Zakat fitrah hanya berhak kepada 8 asnaf.

1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Muallaf
5. Riqab
6. Gharimin
7. Fisabillilah
8. Ibnu Sabil

Ketentuan kadar fitrah, ketentuan nisab, kenapa Terengganu ada 3 kadar fitrah?
Kadar zakat fitrah dan ketentuan nisab diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Pembayaran untuk keluarga di KL, tetapi beliau menetap di Sabah?
Sah zakatnya. Walaubagaimanapun lebih afdhal dibuat di tempat tinggal.

Qadha Zakat Fitrah?
Tiada qadha zakat fitrah. Sekiranya dibayar selepas waktu yang ditentukan syarak, ianya dianggap sebagai sedekah. 
Sumber: di sini

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails