Kita kini telah tiba di penghujung Ramadhan dan
esok hari Insya Allah umat Islam di
Malaysia akan menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Tidak salah sekiranya kita
meraikan kemenangan kita berperang dengan
hawa nafsu di dalam bulan Ramadhan
dengan berhari raya menyambut kedatangan Syawal sebagai tanda bahawa kita sudah berjaya memfitrahkan
diri kita kerana Aidil Fitri itu sendiri bermaksud kita ‘kembali kepada
Fitrah’.
Fitrah juga bermaksud tabiat semula jadi.
Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan
disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih , bertadarus
al-Quran, Qiyamullail, bersedekah dan sebagainya ibarat telah meleburkan dan
membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali
seperti bayi yang baru dilahirkan.
Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib
menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya
telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut Eidul Fitri. Ciri-ciri
yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak
sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan.
1. Jangan
jadikan sambutan Hari Raya sebagai alasan untuk
kita membazir dengan membeli
pelbagai barang keperluan
Hari Raya seperti perabut atau perhiasan rumah demi
untuk
bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk. Kita boleh menyediakan makanan,
juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana
dan mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga.
2. Jangan
jadikan alasan berhari raya untuk kita mudah menghulurkan tangan bersalaman
dengan semua orang ketika ziarah menziarahi. Ingatlah bahawa hukumnya haram
bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim walaupun orang yang kita
bersalaman itu dianggap seperti saudara kandung sendiri.
3. Ada
yang sanggup bersusah payah untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat
Hari Raya sedangkan solat yang fardhu langsung tidak ditunaikan. Mana satukah
yang wajib dilakukan?
4. Memang
tidak dinafikan bahawa dalam bulan Syawal nanti
pasti akan ada banyak Rumah
Terbuka. Makanlah sekadar yang
mampu dan janganlah sehingga sampai membawa
mudharat
kepada diri sendiri akibat terlebih makan.
5. Amalan
bermaaf-maafan bukanlah hanya esklusif kepada
Hari Raya sahaja. Ia seharusnya
diperluaskan kepada setiap
masa kerana bermaaf-maafan ini adalah satu amlan
yang
amat dituntut agama. Amalan meminta maaf juga perlulah
dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan
kesilapan serta kesalahan pada orang
lain.
6. Selalunya
semasa Hari Rayalah pelbagai rancangan
hiburan akan ditayangkan di kaca TV dan
ramai yang
'melekat' di rumah tanpa pergi ziarah-menziarahi sanak
saudara dan sahabat
handai. Amalan ziarah- menziarahi
orang tua, sandara-mara, kaum kerabat,
orang-orang
yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat
handai ini
sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya
sahaja, tetapi perlu dilakukan pada
hari dan bulan lain
yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda
Rasullullah s.a.w.yang bermaksud : " Ziarahilah saudara
mara kamu dari
masa ke masa kerana ia boleh menambahkan
kasih sayang." Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita,
hendaklah dilakukan lebih kerap dan janganlah menunggu
Hari Raya sahaja.
7. Janganlah
pula kita asyik berhari raya sepanjang bulan
Syawal sehinggakan kita terlupa
untuk menunaikan ibadah
sunat berpuasa 6 hari di dalam bulan Syawal kerana besar
fadhilatnya sepertimana hadis
dari Nabi Muhammad SAW
yang bermaksud “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan ,
kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah
seperti berpuasa
setahun.”(Hadis riwayat Muslim).
Sumber: di sini
Diharap sambutan Hari Raya
Eidul Fitri kita itu tidak
melampaui batas dan janganlah pula kerana alasan nak
menyambut Hari Raya , kita mengenepikan soal hukum
hakam. Janganlah dijadikan
Syawal itu merosakkan segala
pahala yang telah dikumpul sepanjang bulan
Ramadhan.
Wallahu'alam....
ringkas dan menarik perkongsian. saya mohon share ya. jazakallah..
ReplyDelete