Cuti sekolah kali ni memang dah janji nak pergi
jalan-jalan, kebetulan ada kawan hubby yang nak pergi Sabah, jadi kami pun join
sekali walaupun naik penerbangan waktu yang berlainan. Tiba di Sabah dan balik
ke Kuala Lumpur pun waktu berlainan.
Pagi Rabu telefon anak saudara Amar, janji ambil
jam 12.00 tengahari..pagi kul 9.00 telefon tak dapat-dapat..aleh-aleh jam 11.10 baru
dia jawab panggilan ..rupanya dia tertidur..
Alhamdulillah jam 12.00 tengahari dia sampai, kami
berangkat ke KLIA.. Sampai kat KLIA terminal MAS, dah jam 1.20 tengahari lebih
kurang, terus ke mesin untuk dapatkan “boarding pass” sebab tempah tiket
melalui internet..dapat boarding pass terus ke kaunter “check in” lama juga,
sebab ramai orang..
Pukul 2.00 selepas selesai hantar bagasi..terus
pergi surau solat Zohor, surau penuh sesak..selepas selesai solat..nak isi
perut sikit..pergi je yang berhampiran beli nasi lemak, sandwich dan pepperoni
puff…jam dah tunjuk 2.50 petang..kita orang pun cepat-cepat masuk Bahagian
Pelepasan Gate A4.
Masuk dalam flight…anak-anak leka tengok
tv..tayangan gambar, banyak pulak tu pilihan…nak dengar bacaan ayat AlQuran pun
ada…selain muzik, sukan…lambat sikit penerbangan tu…Kapten kapal kata ada masalah
teknikal..
Pukul 4.30 lebih kurang dihidangkan makanan dan minuman…sedap
pulak nasi lauk ayam kicap…kek pulak kek oren….
Kami sampai di airport Kota Kinabalu jam 6.45
petang, tapi suasana dah macam kul 8.00 malam…ambil bagasi…beratur kat kaunter Imigresen,
dah kul 7.20..keluar di pintu airport…van yang kami sewa pun dah tunggu…
Sampai kat hotel dah nak dekat pukul 8.00…sewa
Hotel Le Kinabalu.. sederet dengan Hotel Le Meridian.
Ini je gambar yang dapat diambil dalam bilik Hotel Le Kinabalu.....lepas tu h/p padam...
bateri kong...huhuhu...
kamera tak beli-beli lagi.....Malam selepas mandi, solat...baru keluar merayau cari makan...pergi juga beli makanan ringan ni...sebelah gerai makan berhampiran pasar Filipina.....Balik tidur pasal pagi-pagi jam 8.00 nak check out...nak pergi tengok Pesta Kaamatan yang kebetulan diadakan dan hari terakhir. (penutup pesta).
No comments:
Post a Comment