Sunday, June 24, 2012

Lawak Antarabangsa ?????

Kisah Pertama....

Dua orang lelaki sedang berbual di kedai Kopi.

Leman:        Lama kita tak jumpa ye !!!, anak kau berapa sekarang ?

Kassim:       Ha..ha.. anak aku ? Ada 5 je !!!

Leman:        Iye ? Dahsyat ko ye ? Anak kau apa namanya ?

Kassim:       Abu, Abu, Abu, Abu dan Abu.

Leman:        Biar betul??? Ko tak  “konpius” ke ???

Kassim:       Tak arhh!!! Lagi senang….bila diaorang main kat luar,
                   Aku jerit, “ Abu!!!!!.....masuk…hari nak hujan ni !!!
                   Mereka semua masuk.

Leman:        ?????



Kisah Kedua.....



Rasuah - dianggap rezeki
Berjudi - di kata 'boleh bertaubat'
Arak    - di bedal
Perempuan - belakang kira
Tapi bila bab Makan......

Suka atau tidak.....
Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni ….
Cukup berhati hati bila tiba bab makanan
Dicari sampai sedalam dalamnya maklumat berkaitan
Samada ada bahan syak atau meragukan
Tak dinafikan tu memang bagus untuk jadi amalan
Apatah lagi makanan ini mengalir dalam diri
Menjadi darah daging..

Tapi halal dan haram bukan setakat apa yang kita telan
Jangan bila dalam hal lain .. pakat bedal kiri dan kanan
Hilang terus rasa nak cek waham dan dzan,
Pulun semacam sampai tahap meroyan....



Kisah Ketiga......

Satu hari seorang penggubah bunga telah pergi ke kedai gunting
rambut  untuk memotong rambutnya. Setelah selesai,
dan ketika beliau ingin membayar, si tukang gunting telah berkata
"Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan
khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu".
Si penggubah bunga berasa kagum lalu meninggalkan kedai tersebut.
Pagi berikutnya apabila si tukang gunting ingin membuka kedainya,
beliau menemukan sebuah kad ucapan 'terima kasih' dan sejambak
bunga ros diletakkan didepan pintunya.

Kemudian, seorang anggota polis datang untuk memotong rambut,
dan apabila beliau hendak membuat pembayaran, sekali lagi
si tukang gunting mengatakan "Saya tidak boleh menerima bayaran
kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma
selama seminggu". Polis tersebut berasa gembira dan berlalu pergi. Keesokannya, sekali lagi si tukang gunting mendapati ada sebuah
kad ucapan 'terima kasih' dan sedozen donut didepan pintu kedainya.


Kemudian, datang seorang ahli politik ke kedainya untuk memotong rambut. Apabila selesai dan ingin membayar, jawapan dari si tukang rambut tetap sama "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Ahli politik itu berasa sangat gembira ketika meninggalkan kedai tersebut. Menariknya, apabila si tukang rambut bersedia untuk memulakan tugasnya pada keesokan hari, disana telah terdapat berderet deret ahli politik yang sedang beratur untuk menggunting rambut secara percuma .. kah kah kah

Dan cerita ni walaupun lawak, namun dapat menggambarkan apa yang tersirat dalam realiti membezakan masyarakat kat negara kita dan ahli politik yang menerajuinya.(Dalam erti kata lain…semua mau percuma maa!!!!!….)





No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails