Tuesday, June 5, 2012

Bercuti Di Bawah Bayu Sabah...Hari Ketiga...Part 2

Mount  Kinabalu Heritage Resort n Spa
Laluan untuk ke Restoran di Mount Kinabalu Heritage…

Saya telefon hubby dan sms kak Diba dan kak Iqa..kalau nak balik dari Kinabalu Park bagitau..sebab adik Thira tidur..
pukul 11.45 hubby telefon..dah nak balik...kebetulan adik Thira bangun...kemas barang-barang, sebab tumpang chalet orang kan......bawa beg dan kunci chalet...turun lalu jambatan gantung...plan nak tunggu kat lobby hotel...Dah pukul 12.00 tengahari...adik Thira lapar....."Ibu makan kat hotel ni..bu" ?   
Saya pun bawalah Thira pergi makan...

Pelayan tu bagilah menu..terkejut saya sebab adik Thira minta mushrom soup, fish and chips.." Betul ke adik nak semua ni...banyak tu..."? Habis ke ?...Dia kata nak semua tu..mak oii yai...selera orang tak sihat....Saya order dua-dua tu dan nasi juga lauk Ayam Goreng Kundasang, sayur campur untuk saya...


Hmmmm..sedap masakan hotel ni...ayam gorengnya rangup walaupun tanpa tepung...sayur campurnya segar...tengah-tengah makan, sikakak-kakak Thira sampai...hubby minta kunci chalet member dia...tanya kakak Diba dengan Iqa "nak makan tak "?...kakak nak nasi..Iqa nak kongsi Thira punya..
order nasi untuk Diba dan pelayan tuang air dan beri piring pada si Iqa...


Anak-anak berceritalah masa naik trail Gunung Kinabalu jumpa orang Korea, Jepun...orang Korea siap ber " Anjong Sahyo" dengan dia orang...  tapi setakat 1900 meter lebih nak hampir 2000 meter aje..sebab ayah dah tak larat...









Dekat  situ ada air terjun yang cantik….






Bila dah tak larat apa lagi turun balik lah…tiba-tiba hujan turun dengan lebat , kelam – kabut di buatnya…




 Dapatlah sijil dari pihak Kinabalu Park…..Tak dapat nak scan sijil tu....scanner wat hal lak pulak......nanti kalau okey saya update kemudian.. Insya Allah... sijil tu cantik sangat...

 Kami solat zohor dulu di Surau hotel baru ikut yang lain untuk makan tengahari...tapi kami tak turun dari van...sebab dah makan tadi....Lepas makan kami pergi check in di Nabalu Lodge....





Cantik pemandangan di Nabalu Lodge….bunga-bunga segar macam Cameron  Highland dan Fraser’s Hill, masuk bilik pun cantik..diluar veranda pemandangan cantik sekali dan saya puji bilik air Nabalu Lodge memang cantik….





bilik air Nabalu Lodge cantik dan terkini….



pemandangan di belakang veranda Nabalu Lodge






Selepas check in, plan nak pergi Farm Dairy…tapi adik Thira demam…jadi tak pergi…petang hubby keluar dengan kawan-kawan pergi beli madu lebah…
 malam beli makanan kat Nabalu Cafe bungkus makan kat bilik…tapi terus terang saya kata..mahal harganya tapi tidak dengan rasanya…lepas suap makan Thira ..dia nak jalan-jalan dan makan cupcake sebab Nabalu cafe memang ada jual pelbagai jenis kek...belilah untuk dia..

Yang bestnya…siaran tv ada Fox Movie Channel…dari satu ke satu cerita best semuanya…solat maghrib dan Isya waktunya cepat dari Semenanjung...lepas solat mengadap tvlah semuanya......



No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails