Sayur Lodeh - Amy
300
gm kacang panjang/buncis – di potong panjang 2cm
1
batang lobak merah – di hiris
1
/ 4 kobis – di hiris nipis
2
keping tauhu – di goreng – di hiris
2
keping tempe – di goreng – di hiris
1
paket suun dan fucuk – di rendam
2
batang serai –di titik/ketuk
1
sudu kecil serbuk kunyit- (jika tidak guna kunyit hidup)
1
mangkuk santan pekat
2
mangkuk santan cair
Garam
dan gula secukup rasa
Bahan
kisar:-
6
ulas bawang merah
2
ulas bawang putih
3
cm halia
2
sudu besar udang kering/ikan bilis – (di rendam)
4
tangkai cili kering
Cara
1. Masukkan
santan cair ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan kisar, juga serbuk kunyit
dan
serai di
titik tadi.
2. Masak
hingga mendidih, baru masukkan tauhu dan tempe goreng.
3. Kemudian
masukkan santan pekat, masukkan suun dan fucuk yang telah di rendam tadi.
4. Bila
hampir mendidih baru masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi.
5. Masukkan
garam, gula secukup rasa,kacau sebati, bila mendidih sepenuhnya, barulah di
angkat.
* Sayuran dimasukkan akhir sekali supaya kekal ranggup.
No comments:
Post a Comment