Tuesday, June 5, 2012

Bercuti Di Negeri Di Bawah Bayu Sabah...Hari Keempat....


Pagi kami sarapan di Nabalu Lodge…ada yang nak pergi Island Hoping – Pulau Manukan , Sapi dan Mamutik …adik Thira taknak pergi..sebab demam lagi…
lepas sarapan kami singgah di kedai cenderahati di Kundasang, belilah...t shirt, si Iqa sibuk beli gitar kayu kecil..kena beli satu lagi sebab adik Ira pun nak walaupun hanya duduk dalam van, key chain untuk kawan-kawan sekolah...dan acik Ana pesan beli pelekat kat peti ais....




 lepas shopping, kami terus tinggalkan Kundasang dan balik semula ke Kota kinabalu....terus pergi ke kawasan bot sebelah Pasar Filipina..hubby nak  pergi pusing pulau tu, adik Thira nangis tak bagi...kalau pergi juga mau meraung dalam van..nak tak nak, tak jadi pergi pulau...inilah jeti Pulau Manukan yang kami tak pergi...... dah 3 kali sampai Sabah tapi saya masih tak berpeluang nak pergi ke pulau-pulau...
Member hubby yang lain pergi..tapi ada juga yang nak terus check in kat Promenade Hotel sama macam kami....





Masuk bilik memang cantik dan apa yang Thira cari-cari ada di sini, iaitu Bath Tab dan si Iqa pulak peminat peti simpanan...









Masuk bilik solat dulu, lepas tu kami order makanan..."Room Services" mula - mula  Pizza dan nasi Goreng...tak sempat snap...dah licin..aleh-aleh order lagi Nasi Goreng Api-api...sedappp...sate pun sedap..sampai tiga kali order...
Petang nak keluar..Hubby dengan  adik Thira tinggal sebab Ira tak sihat lagi....lepas solat Asar... rilex dulu....petang kul 6.00 kami keluar.....



Inilah van yang kami naiki sepanjang berada di sini.....mula-mula kedua-duanya van putih tapi hari kedua...satu van ditukar....

Rupanya nak pergi Tanjung Aru...tepi pantai...ingat nak makan kat situ...rupanya setakat nak bergambar je....hehehe...
saya pernah makan kat sini dulu, tapi masa tu datang dengan rakan sekerja........dan Datuk TKSU join sekali............itu pasal agaknya JKR Sabah aturkan makan malam kami semua kat situ...
agaknyalah......selalu kalau yang datang dari Ibu Pejabat memang akan dilayan begitu baik oleh pejabat-pejabat luar Kuala Lumpur...ingat masa kat JPA dulu lagilah....ditatang betul....



No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails