Tuesday, June 19, 2012

Biskut Sarang Badam Pancawarna



Bahan-bahan:-

1 buku butter (250 gm)
1 1/2 gelas tepung jagung
2 biji kuning telur
1 gelas gula ising
2 gelas tepung gandum
1 gelas serbuk badam
1/2 st esen vanilla
badam cincang secukupnya (siap di panggang dlm oven)
chocolate rice secukupnya
Pewarna ikut suka

Cara membuatnya:-
Kacau mentega,vanilla dengan gula hingga sebati.
Kemudian masukkan campuran tepung2 dan serbuk badam,kemudian sedikit-sedikit masukkan telur dan diadun sebati.
Sekiranya agak lembik jangan bimbang masukkan lagi sedikit tepung gandum/tepung jagung.
Ambil adunan bahagi kepada 2 atau 3 bahagian ikut pewarna. Satu dan sebatikan doh dengan pewarna pilihan.
Masukkan setiap doh berwarna ke dalam pelecek kentang dan di punch keluar. 
Doh akan keluar berjurai dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
Sudukan parutan adunan ke dalam cawan kertas, dan susun cawan kertas di dalam petitin.
Tabur badam panggang ke atas adunan tadi juga,tabur chocolate rice.
Bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.

Peringatan:
1 gelas tepung = 75 gm
1 gelas air = 250 ml 

* Resepi asal adalah Biskut Sarang Semut, tapi telah di olah semula sesuka rasa. Yang diolah adalah warna-warni dan ditambah badam panggang, juga nama biskut ni. Minta ampun kepada empunya resepi..Kak Rosnah Fotopages.




No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails